SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Ahad, 18 April 2010

Duri dalam daging PKR-malaysiakini


Tun lancarkanProgram SELAMATKAN PKR tolong berhati hati dengan orang yang sebelah Zahrain tu.Namanya jamil ia merupakan orang kuat Zahrain .dia adalah duri dalam daging.berkali kami lapor pasal dia ni.Tun sanggup kena saman atau dipecat dari Pkr demi nak bagi tahu duri yang amat kotor ini.dia adalah perancang besar untuk bayan baru dan perosak parti.
tolonglah berhati hati dengan orang ini.

Apa Barang!!!Mp pun boleh blah ni sicabok-malaysiakini


Tun rasa tak jadi kudis pun ,kalau nak keluar parti,sedangkan Adun dan MP pun ada yang dah keluar.ni bebudak hingus tu yang nak kata dia pejuang 1998,pi la jiwa tak kental apa kena mengena dengan zaid jadi calon dan dia hentam DSAI berkepentingan.kalau Ketua AMK pusat nak keluar pun orang takde heran,tak ada apa yang dia buat untuk menjana semangat apakan lagi ekonomi anak muda.
terserah lah pada sesiapa [un nak keluar ,keluar bak kata YB Mansor"kita tak akan menangis lagi"betoi jugak cakapnya ,orang ceroi dan suka merajuk macam ni eloklah tinggalkan parti,kerana kita tahu mereka ini tiada kesabaran dalam perjuangan.
Umno boleh pungut kalau mau..............Dari dulu keluar yang masuk berlambak sampai Kad Ahli sampai sekarang pun tak sempat siap kah kah kah.
Bayan baru 200 ratus orang nak keluar,yang merancang 3 .4 orang je mana mai lagi pun tak tau.
biasa bila daa PRK ada je yang keluar.
nampak sekarang takpe nanti lepaih ambil Putrajaya tak mau dah orang orang macam ni ada.

Isnin, 12 April 2010

umno dan islam-malaysiakini


ISLAM UMNO HANYA KOSMETIK SEPERTI:
1. ADANYA LAUNGAN AZAN
2. BANYAKNYA MASJID
3. ADANYA BANK ISLAM / PERBANKAN ISLAM
4. JABATAN AGAMA / MAHKAMAH SYARIAH DLL

SELEBIHNYA ...
KEHIDUPAN PEMIMPIN2 YANG PENUH MAKSIAT, PERASUAH, MEMBUNUH, MEMBIARKAN PENYAKIT SOSIAL TEMPAT2 PERJUDIAN KILANG2 ARAK DSBNYA
INILAH WAJAH2 UMNO YANG DIKATAKAN ISLAM ITU.
YANG PASTINYA BERSIFAT FASIK & MUNAFIK!
PERSETAN DENGAN KEBANGSAAN!
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!
ALLAHUAKBAR!!!

Sabtu, 10 April 2010

Rosmah ada ciri ciri ini-malaysiakini

Enam Jenis Wanita Yang Buruk

SEORANG penceramah wanita di tv tadi menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.

Jumaat, 9 April 2010

Anak kita kat mana-malaysiakini

kegiatan melepak, Santai sambil merokok sudah semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar-pelajar sekolah akhir-akhir ini.
Aktiviti ini sama ada disedari atau tidak, ibu bapa dan guru-guru perlu duduk semeja untuk berbincang kenapa masalah itu semakin tidak terkawal.

Kes lepak dan merokok di kalangan pelajar sekolah mengisi perbincangan pro dan kontra di kalangan warga Keningau, Sabah. Seterusnya membawa kepada usul untuk mendedahkan aktiviti tersebut melalui akhbar.
Bertindak daripada aduan, AMKNPP telah melakukan intipan beberapa hari di beberapa kawasan strategi, dan mendapati dakwaan itu benar-benar berlaku.
  1. “Bosan di rumah,” itulah jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah, ketika diajukan soalan.
  2. Sambil merokok dan bergurau senda dengan rakan-rakan lepak, pelajar itu mendakwa mereka kehilangan hala tuju apabila ibu bapa gagal menunaikan permintaan mereka untuk mendapatkan sesuatu, seperti telefon bimbit dan pakaian.
  3. “Ibu bapa kami sentiasa menyogokkan jawapan tidak ada duit … ini yang membosankan,” jelas pelajar-pelajar ini dan menambah, mereka melepak sekadar untuk menghilangkan tekanan keluarga.
  • Intipan yang dibuat mendapati, kebanyakan pelajar yang terlibat melakukan aktiviti itu selepas waktu sekolah, atau mereka yang ponteng sekolah.
  • Satu kes yang berasingan dalam kumpulan gadis-gadis remaja, mereka mendakwa terpaksa melepak untuk mencari peluang daripada kalangan rakan-rakan lelaki atau orang awam yang sanggup menunaikan permintaan mereka. “Pok makan, bos,” inilah jawapan yang mereka berikan kepada wartawan.
  • Kajian mendapati berpuluh gadis remaja yang tersungkur dan terpaksa mengakui hakikat dijadikan ‘perempuan simpanan’, di kalangan tertentu semata-mata untuk mengejar kemewahan.
  • Terdapat pelajar turut terlibat dalam kes-kes seumpama, dan kajian mendapati kebanyakannya berasal daripada keluarga miskin.
  • “Kemiskinan mendorong kami untuk melakukan semua ini,” jelas seorang pelajar yang kini sebagai perempuan simpanan kepada seorang lelaki yang tidak dinamakan.
  • Orang ramai yang turut diminta pendapat mencadangkan, sekolah perlu melalui proses penjenamaan semula dalam usaha memartabatkan gedung ilmu itu, bukan sekadar melahirkan pelajar berilmu tetapi pelajar bermoral tinggi

Khamis, 8 April 2010

Apa Muslihat KULI Membangkitkan TRAGEDI DOUBLE SIX??-malaysiakini

Apa Muslihat KULI Membangkitkan TRAGEDI DOUBLE SIX??


Tahun INI merupakan ulang tahun ke-34 Tragedi Double Six di Kota Kinabalu, Sabah.KULI secara tiba-tiba membangkitkan kembali tragedi malang itu. Malah, KULI mendakwa bahawa mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh, di mana masa itu merupakan Timbalan Ketua Menteri mengarahkan agar supaya keluar daripada pesawat Nomad yang membawa Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens sebelum pesawat itu berlepas.

Apa motif sebenar KULI membangkitkan isu nahas ini? Apa kaitan dengan perjuangan KULI untuk mendapatkan royalti minyak untuk negeri asalnya dengan tragedi Double Six ini?

Apa hubungkait royalti minyak kelantan dengan tragedi ini? tiada siapa yang tahu, hanya KULI seorang.

Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.

Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan Sabah.

Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975. Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum Kadazan-Dusun.

Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).

Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas kematian Stephens.

Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya dinamakan Wisma Stephens.

Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).

Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).

Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:

Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda kepada ADUN Moyog, Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];

Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];

Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Papar];

Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];

Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];

Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];

Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];

Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];

Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.

Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat oleh Stephens.

Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah kelima.

[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]

Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).

[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]

Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di belakang kepala.

Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di Labuan.

Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.

Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.

Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang kedua.

Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.

Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah. Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dikebumikan di masjid itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.

Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.

Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.

Z dan Z pi ikut Najib ke USA-malaysiakini

DUA BEKAS AHLI PARLIMEN PKR SERTAI NAJIB KE AMERIKA SYARIKAT


MP Bayan Baru - Zahrain Hasim

Dua MP Bebas, Datuk Seri Zahrain dan Zulkifli Nordin menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat, demikian laporan portal Malaysian Insider. Kedua-dua bekas MP dari PKR itu akan menghadiri Malaysia-United States Caucus yang akan dilancar Najib di Washington pada Rabu depan.

Difahamkan, rombongan yang sepatutnya akan disertai beberapa MP daripada BN itu telah menerima arahan daripada Perdana Menteri supaya tidak sertai rombongannya. Maklumat itu disahkan Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi MP. Menurutnya, senarai rombongan MP dari BN telah disediakan, namun Najib berubah fikiran dan meminta MP kerajaan hadir dalam Dewan Parlimen yang sedang bersidang sekarang mempastikan semua bil kerajaan mendapat sokongan.

Najib dikatakan tidak ingin peristiwa hampir tewas ketika pembentangan Budget 2010 pada Disember lepas akan berulang. Dalam Dewan Rakyat, BN mempunyai majoriti tipis dengan jumlah 137 MP berbanding 78 MP dari Pakatan Rakyat. Malah pemimpin veteran seperti Tun Abdullah Badawi dan Datuk Paduka Rafidah Aziz juga diminta menghadiri sidang parlimen.

"Yang pasti Datuk Seri Rais ada dalam trip itu" jelas Datuk Wan Junaidi lagi.

Selain itu seorang lagi MP Wangsa Maju Wee Ka Siong daripada PKR telahpun berlepas awal bersama rombongan yang diketuai Datuk Seri Nazri Aziz.

Najib yang akan berada di Amerika Syarikat selama seminggu juga dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Barrack Obama.

Selasa, 6 April 2010

Hidup umno hidup ....apa ha-malaysiakini

Tak Perlu Handsome Nak Kahwin Artis


10 comments:

Anonymous said...

huhuhuhu..melepak nyee zizie..

Anonymous said...

mata duitan ....tua x sedar diri

ewanSEPANG said...

Masyaallahh..... Ni muslim or non muslim ni?? Apakah gerangan orang diatas baik si perempuan nye atau si lelaki nya tidak mengerti perihal aurat seorang muslim... Lelaki muslim auratnya dari pusat ke lutut, perempuan muslimah auratnya seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka. Lihat posting diatas.... ????????

Cencaluk said...

Seorang suami sepatutnya mendidik isterinya agar dapat menjaga maruah mereka apatah lagi beliau adalah YB maka berpakaian seperti ini adalah kurang sesuai untuk seorang isteri YB.

MIBF said...

BETUL.APA ADA hensem bukan boleh bawa mati.

Anonymous said...

pemimpin umno biasak la,bila cakap pasai arak ketaq

Anonymous said...

ingatkan dah nikah elok sikit tapi makin tak senonoh. si suami tak rasa malu ke... aku pulak hang malu...

Anonymous said...

dah tak ada rasa malu ke... dah jadi isteri YB jaga lah sikit penampilan tu... Itu yang buat orang benci.

Anonymous said...

abang bung, kenapa tak suruh zizie tu pakai bra dengan seluar dalam je, baru le abang bung nampak lagi hebat dan dahasyat

Anonymous said...

Lawyer garang memang la tak ada laki yg siuman nak buat bini.

Kesian anak hang tu...dapat mak macam hang, bapak pun lari.

Ahad, 4 April 2010

Ingatke?ulangtahun keadilan hari ini-malaysiakini

Penyimpan Pemohon Raja Raja Gopal saudara Bob
lupakah kita yang pada hari ini 4hb April ulangtahun Parti Keadilan ditubuhkan.Parti Keadilan ditubuhkan secara rasminya pada 4hb April 1999,betoi tak Ezam.............
Marilah kita bangun dan nyayikan lagu parti dengan penuh bersemangat,agar kita boleh teruskan agenda perjuangan "Lawan TetapLawan"yang melawan pi lah sorak bersama Katak yang memperkasa kumpulan Reptlia nya...........
Satu pergi sepuluh mari...........

Khamis, 1 April 2010

kartika tidak disebat,lepaih ni anak gadis bolehlah merebat-malaysiakini


Konfiuss........................Tun blur....la dengan kes sebat Kartika ni.
Sebelum Tun terus pening dan blur..Tun nak tanya mana mana Ustaz yang boleh
tunjuk ajar ku sifu.Soalannya begini ,boleh ke sultan ampun kan dosa atau ringan hukuman
terhadap persalah yang melibatkan dosa dosa seperti apa yang dilakukan oleh Kartika.Bagaimana ni akhirat nanti adakah ringan sikit hukumannya jika didunia tidak dilaksanakan hukuman yang cukup ringan itu.

Pembunuh kejam Alprihna-malaysiakini

lepaih ni nakmakan ayam atau daging je lah......
seronok sangat,mungkin boleh pi kat pulau perhentian pulak......

nah ngeri nya......................