SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Khamis, 30 Disember 2010

Utusan Meloyar Punya Loyar-malaysiakini



PENDAKI SOLO PERLU RM250,000 CATAT REKOD DUNIA DAKI TANGGA MENARI KL



Pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin memerlukan perbelanjaan sebanyak RM250,000 untuk cabaran terbaru beliau yang bakal mencatatkan rekod dunia iaitu pendakian solo tangga di Menara Kuala Lumpur tahun depan.

Beliau berkata, berikutan kesukaran untuk mendapatkan penajaan bagi membiayai program itu, cabaran yang sepatutnya diadakan pada 9 dan 10 Oktober lepas, terpaksa ditunda kepada 2 Februari hingga 3 Februari 2011.

"Program ini terpaksa ditunda sekali lagi kepada 16 hingga 17 April 2011 kerana sehingga kini masih tiada pihak yang mahu menaja, walaupun kecewa saya akur dan tetap meneruskan latihan," katanya.

Mohd. Noor, 43, yang juga jurugambar Utusan Malaysia sebelum ini pernah memecahkan rekod negara dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi cabaran mendaki sebanyak 50 kali Gunung Kinabalu secara solo selama 60 hari pada 10 Julai hingga 10 September 2007. - Melayau

Note: Apa kerja la jurugambar utusan sorang ni.. RM250,000 ni banyak keluarga miskin yg dapat dibantu.. Bila orang kata melayu bodoh nanti ramai pula orang umno yang marah. Tapi dah tak ada kerja lain ke selain panjat tangga ni? Ni jer ke yg boleh melayu buat? Buat la yang lebih mencabar seperti ketuk lesung batu atas kepala ke.. dah tentulah mat saleh pun tak berani nak pecahkan rekod macam tu. Aksi terbodoh world of record... Kah..kah..kah..kah... Kalau tak pun pecahkan la rekod pemanjat amah indon yang sehingga kini polis pun tak berani nak tangkap dan masih lagi jadi menteri... Kah..kah..kah..kah..

Jumaat, 3 Disember 2010

YAHOOO.... BARU 2 HARI LEPAS NAIK NI DAH NAIK LAGI

YAHOOO.... BARU 2 HARI LEPAS NAIK NI DAH NAIK LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

"Harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi"



December 03, 2010KUALA LUMPUR, 3 Dis — Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.

Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97. Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin. Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini.

“Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri.

“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, langkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.

Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.

Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.

Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram. - The Malaysian Insider

Note: Kah..kah..kah..kah... padan muka...!!!!