SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Sabtu, 21 Februari 2009

muhammad taib derhaka sultan selangor-malaysiakini

Satu tajuk berita dalam Berita Harian baru ini "Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa",



memaksa saya untuk menulis pada hari cuti ini. Inilah kerja-kerja yang dilakukan oleh media arus perdana sekarang ini bagi mengekalkan kuasa pemerintahan Barisan Nasional dan UMNO yang semakin terhakis sekarang.



Setiap kali UMNO melakukan kebiadapan terhadap raja-raja seperti Pindaan Perlembagaan 1983, krisis dengan Istana Kelantan 1990 dan Pindaan Perlembagaan 1993, surat khabar inilah yang menjadi dalang mendedah dan memperbesarkan keburukan perangai raja-raja dan istana dengan tujuan untuk memalukan raja-raja dimata rakyat.



Hari ini mereka cuba pula menjadi jaguh mempertahankan raja-raja Melayu dan pihak istana, dengan cara menyebarkan dakyah-dakyah dan berita-berita yang diputar belitkan dengan mendakwa pihak pembangkang menderhaka kepada raja.



Dalam lapurannya di bawah tajuk tersebut, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamduddin Hussein, dilapurkan berkata, rakyat tidak harus memperjudikan masa depan negara kerana tidak mustahil pemimpin Pakatan Rakyat yang menyatakan hasrat mahu menyaman Sultan Perak akan menukar Malaysia menjadi republik sekiranya diberi peluang memerintah.



Apakah mereka sudah lupa bahawa pemimpin UMNOlah yang telah cuba membuka laluan untuk membolehkan Malaysia menjadi sebuah republik dalam pindaan perlembagaan 1983, yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.



Mengikut pindaan tersebut sebarang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sekiranya tidak ditandatangani atau diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong, akan kekal menjadi undang-undang.Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia telah melahirkan kebimbangannya mengenai pindaan perlembagaan 1983 dalam bukunya "Kenangan Tunku" yang diwawancara oleh K.Das.



Dalam buku tersebut Tunku menyatakan;"Saya telah menulisnya di dalam buku saya. Dia boleh menjadikan negara ini sebagai satu republik dalam masa dua minggu saja. Apa yang perlu dia lakukan adalah dengan membawa usul ini ke Parlimen dengan majoriti dua pertiga yang dia ada, mereka menerimanya dan jika ia tidak diperkenankan atau diluluskan dalam masa dua minggu, ia akan menjadi undang-undang.



Dan dia boleh menukar negara ini dari pemerintahan beraja kepada sebuah negara republik. Ada beberapa perkara lagi yang telah dipinda dalam perlembagaan dan saya mencadangkan supaya perlembagaan itu dikaji semula. Chandra (Muzaffar) yang mengadakan seminar bertujuan untuk mengkaji semula perlembagaan. Oleh kerana tindakan itu, Chandra telah ditahan (dibawah Operasi Lalang) dan akhbar (The Star) digantung" .Begitu jugalah dengan isu Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak.



UMNOlah yang telah meminda Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993, dimana imuniti raja-raja telah dihapuskan dan raja-raja boleh disaman dan di bawa ke mahkamah".



Oleh itu pak yet-pak yet UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dan juga media-media arus perdana, janganlah cuba membuat dakyah-dakyah dan memutarbelitkan fakta-fakta sejarah yang telahpun kamu buat.



nyanyuk tua det jadi ketua penderhaka pada zaman purbakalanya..dan ...orang2 umno mase tu jadi pecacai angkat najis si kutty laknat ni....ihsan....http://w%20ww.shalattas.com/30hb%20disember1992bapak tun saban pergi ke P.W.T.C, masuk ke dalam Dewan Tun Hussein Onn berkumpul bersama-sama ahli UMNO untuk mendengar taklimat Dr. Mahathir kepada ketua-ketua UMNO mengenai Pendirian kerajaan hendak melucutkan kekebalan raja -raja.



Ini amanat penting, ini sejarah, kita tak boleh dengar dari mulut ke mulut, kita kena dengar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Penulis adalah mata dan telinga rakyat.Hendak mencabut kekebalan raja-raja ini bukan kerja mudah, lebih kurang macam kita hendak mencabut taring daripada mulut ular yang sangat berbisa.



Apakah magic atau keramah yang ada pada Mahathir untuk berlawan dengan sembilan raja-raja yang kebal-kebal belaka ini? Cuma tukang main silap mata dan bomoh ular sahaja yang dapat melakukannya. Kalau ia pun Raja Berperlembagaan ini bolehlah diibaratkan macam ularpemain silap mata. Masakan ular boleh bertukar menjadi cacing sesudah hilang bisanya nanti?



bapak tun percaya pemimpin UMNO seperti Dr. Mahathir yang sudah menempuh lebih besar gelombang dari sekadar buih dalam cawan teh tarik. Tentunya Che' Det dapat bergelut bersama ular peliharaan UMNO yang sudah membesar menjadi seperti naga dalam metos pribumi.



Mengganggu raja, bererti mengganggu gugat hati nurani bangsa Melayu. Menghina raja samalah mempersenda dan merendah-rendahkan mertabat bangsa Melayu. Biarpun tak ada apa benda lagi di bumi bertuah ini yang akan kekal dengan nama Melayu.



Nasib baiklah yang berkonfrantasi dengan raja-raja ini parapemimpin UMNO sendiri, kerana bangsa Melayu telah menerima bahawa UMNO itu Melayu, kalau tidak tentulah buruk padahnya. Tak mustahil Malaysia boleh jadi macam Bosnia.Golongan orang tua-tua terutama yang berada di kampung -kampung yang masih hidup di dalam kegelapan mereka sangat takut dengan raja-raja, malah mereka lebih takut pada raja dari Allah Azajawallah.



Padahal raja bukannya ada kuasa, nak buat macam mana? sayang kehilangan raja atau malu pada beruk, ular yang ada raja? Daun-daun pakau pun ada raja juga. Raja kekuk, Raja Kelawar, Raja Spade dan Raja Diamond.Masih ramai di luar dan di dalam UMNO yang percaya pada daulat raja, masih takut digelar penderhaka.



Pada mereka kalau tak ada raja orang Melayu semua akan mati kerana mereka telah menyerahkan hidup mati, ibadat mereka, pada raja, biar pun di dalam solat lima waktu sehari mereka berkata dihadapan Tuhan perkara yang bertentangan dengan yang diamal bila berhadapan dengan raja-raja. Nauzubillahi minal zalik.



Itulah yang menyebabkan ramai orang tua-tua yang tak tahu ada peranan raja arah pada Mahathir, kerana mereka tidak membaca dan berfikir. Baca akhbar dalam tandas sekadar tunggu melepaskan projek saja. Baca akhbar pun bukan faham sangat, kerana fikiran masih tertutup, terbelenggu dan jiwa yang meletakkan keistimewaan dan kedaulatan raja-raja diatas segala-galanya.



Tujuan bapak tun pergi semata-mata ingin melihat muka Dr. Mahathir dari dekat. Macammana nak buat ramalan mengenai Mahathir kalau tidak dapat menfirasatkan mukanya terlebih dahulu? Nak tinjau , nasib Dr. Mahathir bila lawan Sultan Johor Almutawakil. Nak firasatkan muka orang yang akan mencipta sejarah hangsa bukan boleh main-main. Kalau salah firasat peminat tidak akan percaya lagi dengan tulisan-tulisan bapak tun.Orang-orang UMNO yang ada di dalam dewan itu bukan selimut dan pagar, pboleh diharapkan sangat, banyak terdapat gunting di dalam lipatan, musuh di dalamagar yang diharapkan adalah jenis-jenis pagar yang makan padi. Ramai yang pipih di luar rencong di dalam. Telunjuk lurus kelengking berkait, ada yang seperti udang di sebalik batu. Namun tidak kurang yang seperti dun dalam daging dan abuk yang berada di dalam mata. Kasihan Dr. Mahathir,



itulah cakap babak tun tak mahu dengar.Semua orang tahu ada Menteri Besar yang lebih takut kepada Sultan daripada Perdana Menteri dan kuasa parti yang mengangkat mereka. Apa sultan minta, MB, timbalannya dan para Exco yang menjadi orang sultan setuju saja. Inilah jenis jenis ahli politik dan wakil rakyat yang sedang mendengar taklimat Mahathir, nampaknya masuk telinga kanan keluar telinga kiri serupa mencurah air di daun keladi seperti membisik sesuatu kepada orang pekak.



Apakah orang macam ini yang diharapkan untuk menyampaikan amanat Mahathir kepada rakyat?Nasib baiklah ada media massa dan para penulis cabuk yang pernah di perhina oleh para pengampu UMNO sebagai orang yang mesti dicurigai oleh UMNO. Kalau tidak siapa yang hendak percaya pada pernimpin yang cakap tak serupa bikin.



Nasib baik perkara ini melibatkan maruah dan keselamatan, ekonomi dan politik negara.Ramai yang pucat lesi, gelisah dan serba salah takut dengan dosa-dosa sendiri semasa duduk sebaris di atas pentas dengan Mahathir. Tapi muka orang politik relax macam sadin saja.Kita tahu adanya pemimpin UMNO yang sedang duduk diatas pentas masih percaya raja punya daulat. Maka mereka bolehlah buat apa saja, ikut kemahuan Sultan yang mengatasi undang-undang.



Salah mereka mempunyai kepercayaan demikian sedangkan mereka sudah lihat dengan mata kepala sendiri. Orang yang dimurkai Sultan mustahil boleh jadi Menteri Besar atau para EXCO atau Wakil-wakil Rakyat?Tunku Muhamad Taib, Menteri Besar Selangor mencipta sejarah yang pertama.



Sultan Selangor hari ini seperti tikus jatuh ke beras kerana gagal mengusir Mike Tyson dari kerusinya. Namun Sultan berjaya meletakkan Timbalan Menteri Besar sebagai mata-matanya. Salah siapa? Angkara siapa?Kehendak Sultan semua lulus kerana pembesar takut kepada Sultan dan istana bukan kerana sayang dan hormat. Orang ramai percaya bahawa Sultan dan istana paling berkuasa hingga terlupa tentang kekuasaan Tuhan.Maka sebab itulah Sultan merasa yakin bahawa mereka sebenarnya punya kuasa, melebihi perlembagaan dan undang-undang, melebihi Perdana Menteri dan kerajaan.



Mereka boleh melakukan apa saja. Mereka kebal dan siapakah yang berani mengambil kekebalan yang telah diperolehi lebih tiga puluh lima tahun dari mereka? Datuk-Datuk dan rakyat jelata akan terus menyembah dan menjunjungi duli-duli yang tidak disenangi oleh mereka. Banggakah kita dengan manusia serupa ini?Kebetulan bapak tun terkenal sebagai seorang Ahli Firasat, seorang penulis yang berani, yang tak peduli siapa pun, Dr. Mahathir yang kebetulan Menteri Dalam Negeri yang boleh tahan orang dibawah ISA pun bapak tun hantar memo suruh berhenti, inikan pula raja yang cuma menjadi lambang. Pena bapak tun tak kira tentang kekebalan raja.



bapak tun takut pada Allah saja kerana tak ada manusia yang kuat dan berbisa melainkan dipinjamkan oleh Allah.Hendak buat macam mana ianya sudah menjadi tugas dan tanggungjawab. Ianya adalah menjadi amanah dan disebabkan bapak tun telah diterima sebagai penganalisa dan Pemikir, maka menjadi kewajipan bapak tun kepada para peminat-peminat bapak tun yang mahukan pandapat dan buah fikiran bapak tun yang ikhlas mesti ditunaikan.



bapak tun teringat semasa Dr. Mahathir bersalam dengan Pak Habib dia bertanya. "You buat apa kat sini you bukan ahli UMNO." Dia bergurau, dia ketawa kecil bercakap sambil berjalan. Nun di lubuk hatinya dia tahu yang menghidupkan UMNO bukan semua ahlinya, begitu juga yang memberi undi dan penyokong kerajaan, adalah orang ramai di luar UMNO.



Mereka adalah rakyat Malaysia yang percaya kepada kewibawaan dan kepimpinannya, rakyat yang cintakan negara ini. Rakyat jelata yang mempunyai sense of responsibiliti.Ternyata kebanyakan daripada Menteri-Menteri Besar kecut bila berhadapan dengan raja-raja mereka. Prinsip dan perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair hilang ke mana, bila keutamaan diri dan keluarga bermain di dada?



Inikan pula Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-ketua Cawangan dan Ahli Biasa yang masuk UMNO semata-mata nak cari peluang berniaga dan harta.Apa lagi rakyat Johor yang tahu perangai AlMutawakil yang mempunyai kekebalan. Nasib baik ada Menteri Besar yang tabah dan bij aksana macam Tan Sri Muhyiddin dapat menyesuaikan diri menyelesaikan krisis istana dan rakyat kalau tidak mungkin terjadi pertumpahan darah.



Mudah-mudahan Allah selamatkan Muhyiddin dan memberikan hidayat kepada Almutawakil Sultan Mahmud Iskandar.Dalam dewan ramai ahli UMNO yang jadi telinga dan kakitangan raja yang menjadi musuh dalam selimut yang telunjuk lurus kelengking berkait buat muka selamba pura-pura taat setia.



bapak tun fikir lebih baik biar wartawan duduk sama dalam dewan, tetapi nak buat macam mana semua di halau keluar kononnya ini perjumpaan tertutup. Nasib baik Pak Habib saja yang tertinggal bersama kawan-kawan dari Semangat 46 yang menyamar sebagai Ahli UMNO.Cerita pasal Raja, kisah-kisah sebenar yang sedang berlaku didalam istana perlu diberi penjelasan supaya rakyat dapat tahu siapa raja mereka yang sebenar, dan para sultan juga patut diberitahu tentang kedaulatan Rakyat.



Siapa yang berani berterus terang pada para Tuanku-Tuanku sekelian bahawa kedaulatan yang ada pada rakyat boleh menghakiskan kekebalan raja.Kekebalan raja ini sukar untuk dipertahankan, ia ibarat air yang sedang surut. Hingga kehari ini saya tak fikir ada para pemimpin UMNO yang berani berterus terang walaupun mereka tahu Kekuasaan yang ada pada raja-raja diibaratkan seperti senjakala yang sedang menunggu waktu maghrib.



Cerita bagaimana manusia-manusia macam Tengku Wong dapat meminjam kekebalan raja-raja, cerita bagaimana keadaan kerabat di Raja Johor yang sedang berada di dalam keadaan kucing berak ke rambut memang tidak seronok didengar oleh mereka yang berjiwa royalist.



Orang-orang konservertif juga tidak senang, apa lagi para kuncu-kuncu dan pecacai-pecacai serta algojo raja, tentulah mereka marah-marah pada kerajaan kerana menggunakan media massa untuk menaruh pasir dalam periuk nasi mereka.



Hampir di setiap hari media massa memuatkan di muka depan akhbar-akhbar tentang penyelewengan raja, itu pun baru sedikit dari keburukan raja dan kerabat mereka didedahkan.







Masyarakat Melayu sedang menghadapi kejutan Budaya, manalah mereka tak kelam kabut dan manalah raja tak takut kehilangan kekebalan.Surat dari pembaca dan ruangan-ruangan tertentu Rencana pengarang dan ruangan Professor Syed Hussein Alattas di Utusan Malaysia begitu menggerunkan pihak royalist dan konsevertif tiba-tiba saja lahirlah orang yang tidak pernah menulis pun sudah pandai dan berani menulis dan mengkritik raja termasuk tun. Nampaknya ramai sangat yang sudah tidak takut dengan raja lagi. Begitulah kata peribahasa Melayu, apabila pohon sudah tumbang kura-kura pun pandai memanjatnya. Lulus jarum maka luluslah kelindan.







Apakah raja dapat menahan Kejutan Budaya seperti ini?



"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"



.Kata-kata di atas adalah ingatan Tan Sri Raja Azlan Shah, bekas Ketua Hakim Negara dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980 di hadapan DYMM Raja Tuanku Syed Putera, Canselor universiti itu.Kalau saja para raja dan kerabat mereka membaca dan berfikir, berfikir dan membaca, tentunya mereka akan hati-hati, ingatan itu ditujukan kepada raja-raja.



Tunku Abdul Rahman juga pernah mengingatkan raja-raja semasa isu Sultan Johor dengan Tan Sri Othman Saat, Rahim Bakar dengan Sultan Ahmad Shah kerana kekebalan berada di tangan mereka, membuat tak peduli.Jika kedua-dua putra raja yang berpengaruh tak berjaya menasihati raja apa lagi orang seperti Mahathir dan para Menteri Besar, raja kebal.



Maka kenapa salahkan Perdana Menteri bila media massa dan media eletronik digunakan? Dr. Mahathir mengaku beliau membuat silap dan meminta maaf, sepatutnya dulu lagi beliau telah mengambil tindakan ini, tetapi nak buat macam mana Mahathir cuma manusia biasa yang tidak mempunyai kekebalan seperti raja-raja.



Peristiwa Sultan Johor memanggil jurulatih hoki Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) Douglas Gomez ke Istana Bukit Serene dan memukulnya bukanlah suatu peristiwa baru dan pelik lagi, ia sudah menjadi sejarah, istana Bukit Bising (Serene) diserang oleh media massa.



Kalau bukan Raja Azlan sebagai Presiden Persatuan Hoki, bukan juga anaknya Raja Nazrin sebagai Pemangku Raja Perak, cerita ini akan senyap begitu sahaja tetapi inilah hukum karma, bangkai gajah tak boleh ditutup, busuknya pekung di dada tak boleh disembunyi lama-lama. Buku bertemu ruas.



Begitu juga pada suatu masa dulu pernah kedengaran desas-desus mengenai peristiwa Prebet Adam dikaitkan dengan kekasaran raja yang memerintah negara. Degas-desus itu senyap begitu saja kerana rakyat takut mempersoalkannya dengan lebih mendalam. Mahathir juga tidak mahu menghina rajanya. Hari ini pun rakyat sudah berani marah Perdana Menteri kenapa tidak ambil tindakan.



Pada zaman ini peranan raja sebagai pelindung atau payung rakyat boleh dikatakan tidak wujud lagi. Malah ramai rakyat di negeri yang beraja sentiasa merasa terancam keselamatan mereka dari kekasaran pihak istana. Ramai rakyatnya dalam ketakutan kalau-kalau dapat penampar free jika tersilap memotong kereta anak raja atau tidak perlahankan kereta bila anak raja lalu ketika memandu.



Dari masa ke semasa peristiwa-peristiwa tingkah laku kasar dan tidak bermoral raja dan kerabat menjadi perbualan rakyat. Istana bukan saja sudah menjadi lambang keganasan tetapi juga lambang pembaziran dan kemungkaran. Peranan seseorang raja sebagai ketua agama Islam juga sering menjadi bahan ketawa orang ramai. Dulu di zaman jahiliah patung batu yang menjadi sembahan, tetapi kini orang Islam menyembah patung yang bernyawa.



Bukankah ini menjadi tamparan kepada alim ulama?Pada masa ini kedudukan seseorang raja sebegitu rupa hingga tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah atas sifat dirinya sendiri. Dengan lain perkataan seseorang raja di negara kita adalah bebas untuk melakukan apa saja termasuk membunuh orang tanpa sebab sudah mula menjadi perbincangan di sana sini.



Pada mulanya memang sukar untuk di telan macam orang yang tiba-tiba mendengar bahawa bapanya seorang pembunuh tentulah dia terkejut, inikan pula kalau dia seorang manusia yang tidak beriman.Bagi anak-anak dan kerabat raja pula mereka tidak mengatasi undang-undang dan dengan itu mereka tertakluk kepada undang-undang negara sama seperti rakyat biasa tetapi tingkah laku melebihi ayahanda mereka yang kebal.



Bagaimanapun jika mereka melanggar undang-undang mereka boleh mendapatkan perlindungan di belakang seseorang raja tanpa mampu diambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu sebab itulah kerajaan terpaksa tarik balik ilmu kebal yang ada pada raja demi untuk menyelamatkan umat dan kuah tidak tumpah ke nasi namun ketam nak ajar anak berjalan lurus macam mana?



Dalam keadaan sekarang rakyat terpaksa mencari jalan untuk melindungi diri dari ancaman raja dan kerabat raja. Buat masa ini rakyat terpaksa menerima saja apa-apa bentuk keganasan yang mungkin dilakukan oleh raja mereka tanpa mendapat keadilan yang sewajarnya.



Terima kasih rakyat pada Mahathir yang berani menyabung nyawa bukan saja untuk melindungi rakyat tetapi membebaskan fikiran dan jiwa yang selama ini menggelapkan nasib rakyat jelata.Sebagai rakyat yang mengamalkan demokrasi, saya menyokong penuh tindakan berani Perdana Menteri saya, bahawa kerajaan patut mengambil tindakan undang-undang terhadap kerabat diraja termasuk sultan yang menyalahgunakan kebebasan kerana di dalam Islam siapa saja yang bersalah mesti menerima hukuman.



Allah akan membalas walaupun sebesar zarah amal kebaikan atau kejahatan.Raja-raja sepatutnya bersyukur kerana di Malaysia sahaja terdapat bilangan raja yang ramai. Kedudukan mereka sekarang juga adalah hasil perjuangan rakyat jelata yang banyak berkorban terhadap negara.Kedudukan mereka adalah lebih tinggi daripada imam.



Mereka adalah Ketua agama negeri dan berkuasa tentang adat istiadat Melayu, tetapi apakah mereka patuh pada perintah Allah dan Rasul?



Apakah mereka hidup dalam keadaan, dikandungan adat sedangkan mereka mati akan dikandung tanah.Sebagai ketua agama, untuk menghadiri konsert nyanyian juga adalah bertentangan dengan kedudukan mereka kerana ia mencemarkan agama Islam.



Malah ulama-ulama kerajaan atau pembangkang tidak pernah menegur tentang keadaan ini walaupun sikap mereka tidak melambangkan sebagai Ketua Agama.



Nampaknya Pusat Islam seperti merestui kemungkaran ini, mereka cuma menentang golongan yang tidak sehaluan yang menjadi sasaran, di tuduh menyeleweng, sesat dan terkeluar dari akidah? Apakah mengamalkan kekebalan itu akidah Islamiah?Sebenarnya, ketidakadilan sikap laku tentang rajaraja ini telah lama dialami oleh rakyat tetapi pemimpin sebelum ini takut dan menghormati raja tidak bertempat, hingga 35 tahun lamanya kita hidup di dalam kehinaan baru tahun ini tiba-tiba tersedar.



Tetapi tidakkah kita terfikir entah berapa banyak lagi rakyat jelata kita yang telah dianiaya oleh golongan ini? Apakah patut kita memberikan kemungkaran ini berterusan?Contohnya, tidakkah kita terfikir mengapa Prebet Adam mengamuk pada suatu masa dahulu? Tentu ada diantara anda (pembaca) yang tahu, tetapi tidak mahu menghebohkannya kerana takut bala menimpa sedangkan membunuh orang Islam adalah sebesar besar dosa.



Sultan dan kerabat diraja Johor patutnya menjadikan peristiwa bola hoki sebagai pendorong untuk mereka sentiasa menjaga hati dan perasaan rakyat sebelum terlambat.Kejatuhan Shah Iran raja yang telah memerintah 2500 tahun, raja segala raja ketangan seorang tua yang berumur 80 tahun tanpa senjata.



Ingatan King Faruk bahawa akhirnya hanya tinggal lima raja sahaja di dunia yang diingatkan oleh Tengku Abdul Rahman semasa krisis Sultan Johor dengan Tan Sri Othman Saat tidak mahu dijadikan tauladan. Sekarang bila media massa membuat liputan baru pertama kali nak marah pasal apa? Raja buat 23 kali salah rakyat senyap saja.



Di Indonesia, serentak dengan revolusi kemerdekaan, raja-raja Melayu dan Jawa pun dihapuskan. Pada hal feudalisme Jawa cukup kuat malah sampai sekarang pun masih ada yang diamalkan dalam masyarakat Jawa. Semua orang tahu bahawa rakyat itu berkuasa.Dalam tinjauan bapak tun majoriti rakyat yang di bawah 30 tahun mahu pindaan perlembagaan dilakukan walaupun raja-raja tidak bersetuju, kerana majoriti rakyat bersetuju.



Parlimen pun telah mencapai kata sebulat suara kerana raja mesti ingat tidak ada raja tanpa rakyat. Masakan raja yang cuma sembilan orang melawan rakyat seramai 18 juta?Orang-orang Melayu yang sudah tahu tentang kemungkaran raja mulai 'hot' dan baran kerana adanya taukeh-taukeh ala "Tengku Wong" di semua negeri kerana merekalah yang mengaut keuntungan berjuta-juta dari kawasan balak, tanah perindustrian dan perumahan, dan bermacam-macam projek lagi yang diberi atas nama atau kerana istana.



Orang Melayu duduk atas tanah haram jadi sasaran dan buruan pasti akan bersama-sama Mahathir. Inilah yang menyebabkan Mahathir kuat bukan batang tubuhnya.Sudah menjadikebiasaan orang Melayu mempunyai ingatan yang singkat "Malay people have short memory" bahawa ketuanan Melayu berada di tangan rakyat. Kita menjadi tuan kerana kuasa politik di tangan kita.



Kuasa politik UMNO dan rakyat Melayulah yang menabalkan kembali raja-raja. Dengan kuasa politik inilah juga kita bangunkan pelajaran dan kemahiran serta menebus maruah bahasa dan ekonomi Melayu.



Maka kita pun menjadi tuan dan dihormati. Ketuanan inilah yang wajib dipelihara dan dipertahankan habis-habisan. Semoga Allah merestui usaha kita untuk mengembalikan raja-raja kita kepada akidah Islam yang sebenarnya.Seandainya Sultan Johor berfikir bahawa sebagai orang Islam selaku umat Muhammad kita diwajibkan meraikan dan melayani tetamu yang datang ke rumah, kita tak patut pukul tetamu dan hina mereka kalau ini dilakukan, tentu isu pukul Gomez ini tidak akan meletus sebesar ini.



Atau sekurang-kurang baginda selaku seorang besar sebagai raja yang memerintah sesudah melakukan kesalahan terus meminta maaf tentu dengan mudah kes ini akan tertutup begitu sahaja.Sebenarnya ini zaman penutup tahun dua ribu. Semasa Isma Isma manusia mulai hapus dan terkubur.Kejajian sehari-hari kita saksikan bahawa anak-anak sudah tidak lagi menghormati ayah dan ibu mereka. Murid sekolah tidak lagi menghormati guru.



Mereka tidak lagi mahu mempercayai perkataan berkat seorang murid dipukul guru. Ibubapa dan orang ramai bertindak terhadap guru. Inilah zaman bila raja pukul seorang rakyat satu negara bangun memusuhi raja.Begitu juga dengan Majikan dan pekerja ini zaman buruh yang memerintah bukan majikan yang berkuasa.



Tetapi raja bukan nampak ini semua kerana mereka kebal dalam istana, zaman pekerja boleh dipukul, bantai, dimaki hamun sesuka hati sudah berlalu seperti akan berlalunya kekebalan raja-raja kalau bukan melalui Parlimen tak mustahil melalui revolusi.Soal sama ada raja-raja bersetuju atau tidak bersetuju tentang soal pindaan perlembagaan, tidak timbul lagi. Pertimbangan sekarang bukanlah undang-undang, tetapi tuntutan demokrasi, keselamatan rakyat serta maruah para pegawai kerajaan.



Undang-undang hanya berfungsi apabila rakyat masih mengkehendakinya. Apabila rakyat menolak, tidak ada undang-undang yang berkuasa. Suara rakyat adalah suara keramat. Rakyat memberi mandat kepada pemimpin dan parti untuk membuat undang-undang melalui Parlimen. Tetapi apabila Parlimen dan rakyat tidak mahu lagi kepada undang-undang itu, maka habis dan tamatlah peranan dan kuasanya.



Para pemimpin dan parti yang diberi mandat untuk membuat undang-undang itupun, akan jatuh apabila rakyat tidak percaya kepada mereka. Segala badan penguatkuasa undang-undang pun tidak boleh berfungsi lagi.Mahathir akan menang dalam perlawanan ini bukan kerana dianya Dr. Mahathir, bukan kerana Mahathir kuat dan handal.



Tetapi doa dari mereka yang dizalimi oleh raja-raja yang tidak berperikemanusiaan dan prilaku raja yang angkuh dan zalim pasti menerima pembalasan dari Allah di dunia ini akibat terlupa bahawa Allah yang berkuasa dan bila timbul kebenaran maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.Dari Buku"Tuan Ku Mahathir Lawan Sultan Mahmud Iskandar" (1993)3. dengan rase bangganya UMNO dengan lagak samseng ,penyamun ,pengungut dan perompak pergi berak dan kencing atas kepala raja raja dan sultan sultan negeri yg beraja



Berikut tun sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.


Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.

Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.

Kelantan:Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.

Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.

Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam.

Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku

“Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.



Negeri Sembilan :Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.



Selangor :Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.



Pahang :Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.

Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.



Perak :Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.

Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.



Johor :Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan MahathirPelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.



Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.

Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.

Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.

Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.

Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.

Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.

Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.>Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.

Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan?Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?

Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.

Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.

Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…? Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.

Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.

Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua

Tiada ulasan: