SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Jumaat, 10 April 2009

darah umno jadi panas bila ayat al-quran dibacakan-malaysiakini


Salam

Nampak riuh dalam media isu YB Nga Kor Meng ADUN Pantai Remis & MP Taiping membaca ayat Al Quran dalam ceramah beliau di dalam kempen pilihanraya kecil Bkt Gantang/ Bkt Selambau.

Beliau dikatakan membaca petikan ayat daripada Surah Al A'raf memperkatakan tentang keadilan.Maka riuhlah juak-juak ameno menghunus keris karat menghentam YB Nga Kor Meng, kononnya menghina Islam.Saya mahu bertanya kepada puak-puak ni, adakah ayat Al Quran yang dibaca oleh YB nga itu salah atau diputar belit.

Saya dapati apa yang beliau baca itu betul belaka (dalam bahasa arabnya dan terjemahannya betul, walaupun bahasa arabnya ada kelemahan sedikit).Malahan juak-juak keris karat ni pun tidak menyatakan bacaan itu tidak betul.Kalaulah YB Nga menukar ayat Al Quran atau memutarbelitkan ayat itu, saya akan jadi orang pertama menegur beliau.

Tetapi apa yang beliau baca itu betul! Dimana salahnya.Apakah juak-juak keris karat nak bagitahu kita orang bukan Islam tidak boleh baca ayat Al Quran?

Ini berbeza dengan isu bukan Islam mahu memakai perkataan ALLAH-ini kerana dalam nak menggunakan perkataan ALLAH mereka mencemarnya dengan mempersekutukan atau mensyirikkan ALLAH dengan dakwaan ALLAH ada anak Jesus dan lain-lain!Kalu YB Nga menukar ayat tersebut, atau memalsukan maknanya, atau menghinanya barulah boleh kita menyatakan ianya salah.

Yang peliknya ada salah seorang keris karat ni kata YB Nga baca Al Quran tanpa wuduk, dan mungkin berhadas besar. Apalah punya jahil mamat ni. Hukum mesti berwuduk ataupun sudah di angkat hadas besar hanya terpakai untuk Muslim yang mukallaf. YB Nga bukan Islam, hukum tu tak terpakai kepada dia. Lagipun YB Nga tak pegang nashkah Al Quran pun..dia cuma baca ayat yang betul.Cuma kesilapan YB Nga bila dia menyebut surah Al Aurah, sepatutnya Surah Al A'raf. Itu saja.

Dimana hukum yang kata orang bukan Isam tidak boleh baca ayat Al Quran?Saidina 'Umar ibnul Khattab membaca Surah Toha semasa masih kafir, yang akhirnya membawa beliau memeluk Islam.

Maharaja Najasyi pemerintah Kristian dari Habsyah membaca Surah Maryam yang akhirnya beliau beriman kepada Allah.

Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa dalam sirah Nabawi yang menunjukkan ramai golongan bukan Islam yang beriman dan memeluk Islam hanya setelah membaca atau mendengar ayat Al Quran dalam keadaan mereka masih kafir!

Sepatutnya kita mengambil langkah memuji YB Nga yang berani membaca ayat Al Quran secara terbuka dalam cermah umum. Ramai dikalangan kita dalam ceramah atau ucapan tidak memetik pun sepatah ayat Al Quran.

Ucapan sulung DS Najib semasa menerima perlantikan sebagai Perdana Menteri Ke 6 tidak ada langsung memetik ayat Al Quran! Titah YDP Agong semasa merasmi sidang Parlimen pun tidak ada membaca ayat Al Quran.Mungkin juga ramai keris karat diluar sana sepatutnya berasa malu dan insaf akan ketidakmampuan mereka membaca dan menyampaikan ayat Al Quran. Atau mungkin mereka berasa malu dan terhina kerana diperingatkan oleh golongan bukan Islam kepada ayat Al Quran.

Malahan apa yang dibuat oleh YB Nga sepatutnya menyedarkan golongan keris karat ini betapa jauhnya mereka dengan Al Quran.Apakah kamu hanya pandai memusabaqahkan Al Quran, tetapi tidak melaksana dan mengamalkkannya, sehingga terpaksa ALLAH hina kamu dengan menghantar orang kafir memperingatkan kamu dengan ayat Al Quran?

Mengapa kamu menjadi saperti masyarakat jahiliyah, yang melenting bila ayat Al Quran dibaca walaupun kamu tahu kebenaranya? Tolong buktikan dimana ayat yang dibaca oleh YB nga itu salah, atau diputarbelitkan?!Kamu sepatutnya bukan sahaja memuji keberanian YB Nga memperingatkan kamu dengan memetik ayat Al Quran, malahan kamu sepatutnya menyiarkan secara langsung dan diberi liputan meluas di kaca televisyen dan media elektronik/ cetak yang lain supaya rakyat pelbagai agama & kaum dapat melihat betapa Islam boleh diterima hatta oleh bukan Islam.

Daripada kamu menyiarkan secara langsung selama 40minit ucapan seorang tua yang patut dah pencen tapi dok tak mau pencen, merepek tak tentu arah menghina, memfitnah dan mencerca orang lain.

Saya khuatir bila ada segelintir dikalangan kita yang mengambil tindakan melulu memaki YB Nga hanya kerana beliau membaca ayat Al Quran atas alasan dia kafir, kamu sebenarnya menjauhkan manusia daripada seruan kebenaran.

Apalah salahnya kamu memberi ruang lagi kepada beliau. Malahan saya bercadang nak menghadiahkan rakan saya YB Nga senaskhah Al Quran dengan terjemahan bahasa Tionghua, dengan doa moga-moga apabila beliau sering membaca dan memetik ayat Al Quran, maka ALLAH akan berikan hidayah Nya kepada beliau insyalllah.

Kepada YB Nga, YB Gobala, YB Tian Chua dan ramai lagi rakan-rakan bukan Islam yang lain, teruskanlah membaca dan memetik serta merujuk kepada ayat-ayat Al Quran.

Kiranya kalian perlu bantuan, saya dan sahabat-sahabat bersedia membantu saudara untuk mendapatkan bacaan yang betul dari segi tajwid dan makhraj hurufnya insyallah.

6 ulasan:

Bikir Perak berkata...

Alhamdulilah, menegakkan kebenaran pada golongan pemimpin ameno yang kosong, macam tong yang dipenuhi dengan gas-gas yang racun. akhirnya memakan balik diri sendiri, sebenarnya mereka terdesak dengan panorama sokongan rakyat dari hari kehari bertambah pada Pakatan Rakyat. Tak ada isu untuk menjatuhkan sokongan, terutama disaat genting di 2 Bukit dan 1 Batang hendak pilihan raya. Al-Najis perletup c4 baru beberapa hari dok kerusi PM, satu dunia pun tahu..ituleh kenyataan bodo lagi bahlol, bila nyawa di hujung c4. Ameno yang JAHIL AGAMA BERTEMU DANGAN MUKTI DIHUJUNG SEMPADAN AKHIRNYA TERCEKIK ...PADA KATA-KATA SENDIRI..

Caiyo...parti keris udah angkat bendera putih di Dun Penanti..kah..kah.. brovo,brovo..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum saudara

dgn harapan, org yg menidakkan Allah dlm kepercayaannya, tetapi dpt membaca secebis ayat alquran dgn keikhlasan utk mengenal Allah dan agamanya, dan dgn kehendakNya akan mendpt hidayah spt dlm cth2 hayatus sahabah dan sirah nabawiah.

dgn harapan, bacaan kalimah Allah yg dibaca dgn ikhlas bukan atas dasar kepentingan politik utk menarik hati pengundi beragama islam, sgt sgt dikhuatiri akan hanya mengundang kemurkaan dan azab dr Allah swt, nauzubillah himinzalik...

sesungguhnya tiada amal tanpa iman. Seorg yg ada iman dlm hati lebih mulia dari seluruh org kafir dimuka bumi dr zaman bumi dibentuk shingga bumi dihancurkan....

wallahualam

Tanpa Nama berkata...

niat hati seseorang itu hanya tuhan saja yang tahu,harapan kita harap memang bukanlah digunakan untuk kepentingan politik,tapi nik aziz dan pemimpin islam mengunakan ayat al-quran nak menyedarkan sesuatu yang salah,adakah itu dianggap kepentingan politik,islam untuk semua,jgn biarkan org kafir terus kafir.kalau mereka tak memahami islam macam mana nak masuk islam,takan nak kawin saja masuk islam

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
saya sering mengikuti perkembangan blog tun yang pada saya seperti tun seorang ahli nujum huhuhu... tetapi untuk posting ini saya tergerak untuk memberi sekidit komen dan komen saya tidaklah lansung berbau kepada politik memana parti..

Secara azalinya kita sebagai orang islam adalah berpegang teguh kepada kitab suci al-quran. segala yang terkandung di dalamnya dan salah 1 dari rukun iman kita adalah percaya kepada kitab2 allah..al-quran merupakan roh kepada agama islam itu sendiri.. tenpat di mata kita mencari panduan hidup... bagaimana pula jika al-quran di baca oleh orang2 kafir. yah itu tidak salah dan amat di alu alukan. Tetapi jika ayat2 suci alquran di gunakan sebagai barang untuk berpolitik adakah itu juga tidak salah sedangkan yang membacanya adakah orang kafir yang tidak beriman kepada allah swt.. bagaimanakah dia mempercayai isi yang di bacanya betul sedangkan dia sendiri tidak beriman kepada allah swt.. Disini saya berasa amat terkilan bilamana setiap isu dipolitikkan dan umat islam malaysia semakin alpa dan dan menyiakannya hanya kerana yang membacanya adalah dari kalangan parti politik yang sama-sama di perjuang sedangkan mereka lupa dan mempertahankan seseorang yang mempermainkan agama mereka sendiri.. semoga kesedaran akan muncul.. pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mendengar teguran orang bawahan, pengikut yang berkhemah adalah bilamana kepimpinannya melakukan kesalahan dan dia menegur.. jadilah seperti hang jebat dan bukan hang tuah.. jangan kita hanya angguk2 geling2...

Tanpa Nama berkata...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
.... jangan la setiap isu dipolitikkan sehingga menunjukkan kejahilan kita sendiri akibat terlalu taksub.. politik hanya pentas dunia.. jangan sehingga agama sendiri tergadai dan di persenda oleh dunia politik...

tunsaban berkata...

Apa lah punya manusia sikit sikit kata politik.hampa ni tuhan ke tahu niat orang.kamu semua yang kata hian atau main main ugama ,tapi ini satu kesedaran dia baca dan terjemah,bukan koyak atau kencing al quran.