SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Rabu, 31 Mac 2010

Pulau Perhentian ‘Hotspot’ Untuk Pelancong Barat Berbogel-malaysiakini

Pulau Perhentian ‘Hotspot’ Untuk Pelancong Barat Berbogel

- Kerajaan Diminta Bertindak

Jerteh, BESUT – Apabila Ahli Parlimen Besut menyuarakannya di parlimen pada tahun 2001, Menteri Pelancongan ketika itu terperanjat dan berkata ia adalah satu ‘berita baru’ kepada kerajaan.

Namun kegiatan berjemur sambil berbogel ditepi pantai Pulau Perhentian dekat sini, terus menjadi amalan para pelacong Barat yang datang, saban tahun dari Mac hingga September.

Promosi berkenaan kegiatan itu boleh dijumpai dengan mudah di laman-laman ‘lonely planet’ yang memberikan khidmat perundingan percuma kepada pengembara, terutamanya kepada ‘backpacker’.

Justeru, kesan negatif dari kegiatan pelancong ‘diluar etika dan budaya’ Timur itu membimbangkan penduduk tempatan dan sekitarnya.

Selain dari ‘berjemur dan berbogel’ di pantai, para pelancong tersebut telah memasuki kawasan kampung untuk mencari makanan dan minuman dalam keadaan berpakaian ‘menjolok mata’ itu.

Ramai pihak mendakwa ia adalah satu gejala sosial yang mesti dibendung oleh pihak berkuasa.

Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak serius membendung gejala sosial yang berlaku khususnya di Pulau Perhentian.

Katanya, sikap PAS terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menangani masalah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.

“Masalah (gejala sosial) ini serius tetapi kerajaan (Barisan Nasional) tidak bersungguh untuk membendung gejala sosial yang semakin kronik berlaku dalam masyarakat kita.

“Sikap PAS dan mungkin sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri menangani masalah (gejala sosial) ini,” tegasnya.

Menurutnya, produk pelancongan bukan sekadar tertumpu kepada keindahan alam dan tempat tetapi budaya serta amalan masyarakat setempat wajar ditonjolkan.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri membuat Pelan Strategi Pelancongan bagi jangka masa lima hingga 10 tahun yang sesuai dengan konsep Islam.

“Kita (PAS) cadangkan supaya kerajaan adalah ‘Pelan Strategi Pelancongan 5 hingga 10 tahun’ yang sesuai dengan konsep Islam dan budaya orang Melayu.

“Pendekatan KPI boleh digunapakai untuk mengukur tahap kemajuan dan keberkesanan sesuatu pelan yang dilaksanakan dalam pelancongan,” ujarnya.

Justeru itu, Ustaz Wan Azhar mahukan kerajaan negeri memantau sebarang aktiviti pelancongan yang dibawa masuk ke negeri ini.

Sementara itu, Bekas Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak, Hassan Salleh mendesak kerajaan negeri dan pejabat agama memainkan peranan penting menangani gejala maksiat terutama di Pulau Perhentian.

Katanya, laporan serta aduan yang diterima dari penduduk turut melahirkan rasa kurang selesa serta bimbang dengan kebebasan keterlaluan para pelancong asing di pulau tersebut.

“Saya ada terima ‘komplen’ (aduan) dari penduduk di Pualau Perhentian. Mereka (penduduk) rasa tidak selesa, risau dan bimbang dengan aktiviti para pelancong yang bebas berbikini.

“Aktiviti maksiat kuat sangat dan mereka (pelancong) pula bebas berbikini dan berjemur separuh bogel di pulau-pulau kita,” ujarnya.

Menurutnya, kebebasan tanpa berpakaian seperti di barat itu boleh mengundang gejala tidak sihat di kalangan penduduk terutama perkembangan minda anak-anak remaja di pulau berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Besut menjelaskan ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999 hingga 2004 aktiviti seumpama itu tidak berlaku secara bebas.

Katanya, kerajaan PAS melalui jabatan berkenaan sering kali melakukan rondaan serta pencegahan maksiat termasuk di Pulau Perhentian.

“Semasa kerajaan PAS dahulu selalu dibuat rondaan dan pencegahan maksiat di tempat-tempat pelancongan dan di pulau (Perhentian) ini.

“Sekarang ini, saya dimaklumkan pihak jabatan agama langsung tidak ada operasi pencegahan dan mereka (pelancong) rasa bebas kerana tidak ada gangguan pihak berkuasa (kerajaan),” jelasnya.

Ketua Pemuda PAS Besut, Zulkifli Kadir, 39, berkata kesan buruk kebebasan para pelancong asing di Pulau Perhentian menyebabkan berlaku masalah sosial semakin tidak terkawal.

Katanya, para pelancong barat tersebut tidak mempedulikan sesiapa untuk berbikini serta berpakaian separuh bogel dan berbogel ketika berjemur di tepi pantai.

“Kita lihat hari ini masalah sosial dalam masyarakat terutama di pulau (Perhentian) sangat teruk kerana mereka (penduduk) terdedah dengan minuman keras (arak) dan maksiat (berbogel).

“Mereka (pelancong) tidak kira depan siapa untuk berbikini dan berjemur di tepi pantai dan dilihat oleh anak-anak muda dan remaja kita (Melayu),” ujarnya.

Menurutnya, jika berlaku sebarang aktiviti pesta serta penganjuran hiburan di Pulau Perhentian keadaan lebih teruk dapat dilihat oleh penduduk. BO

Isnin, 29 Mac 2010

Hampir 600 usahawan melayu penang diujudkan-malaysiakini

Wow Hebatnya melayu Pulau Pinang,dah suka berniaga, bagus lah kalau macamtu,
sejak dua menjak ni banyak pasar pasar malam telah dibuka untuk memberi lebih peluang perniagaan kepada Orang melayu memulakan perniagaan dari pasar malam.Tun pun pernah berniaga selama 2 tahun dipasar pasar malam.bermula dari sini lah kita akan belajar selok belok perniagaan dan terus berkembang. Kalau tak silap Tun 4 hingga 6 pasar malam telah dibuka dikawasan Pulau sahaja, dengan kebenaran Kerajaan Negeri,MPPP kerja dia bagi lesen dan pastikan kebersihan terjaga,Tapi biasalah dalang dalang prosit Umno banyak kerja kat dalam MPPP,tu yang kekadang tindakan MPPP bercanggah dengan Kerajaan Negeri.Kalau
Kerajaan negeri tak usik Anda yang bekerja di MPPP,jangan ambil kesempatan,kerajaan Negeri perihatin dengan anda dan keluarga anda.jadi bekerja lah ikut arahan bukan arahan "luar".
Bayangkan setiap pasar malam melahirkan 100 usahawan melayu berniaga,kalau dikali 6 pasar malam hampir 600 ratus usahawan melayu telah diujudkan di Pulau sahaja. Apa cerita kat seberang yang tu kena tanya Din binjai........jangan mare...........
99 peratus rezeki itu datangnya dari berniaga.
Burung pun subuh sudah cari makan,apakan kita
yang bangun tengahari nak cari apa,semua orang dah kebas

Ahad, 28 Mac 2010

Tanah wakaf dapat kembali tank LGE-malaysiakini


Gambar diatas papan tanda telah dipasang menyatakan hak milik MAIPP


Tahniah diucapkan kepada kerajaan Negeri Yang dipimpin olah YB Lim Guan Eng dan pimpinan Yb Abdul Malik Kassim ,Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ,kerana sudi
menyerahkan balik tanah Wakaf yang begitu lama diperdagang dan dikhianat oleh pemimpin melayu Barisan Nasional kepada Peniuaga peniaga Cina di belakang Stesyen Minyak Shell Sg Nibung(berhampiran bulatan bayan baru)
Setahu Tun peniaga peniaga itu jual arak dan ba kut teh(ba alif ba ya)begitu lama ditanah Wakaf melayu,Itulah Pengkhianat melayu yang akan Tun bongkar sikit masa lagi,
Banyak lagi tanah tanah yang akan dibongkar melibatkan tanah wakaf diPulau Pinang.

gambar gambar diatas tanah yang telah diambil semula setelah berpuluh tahun disewakan kepada peniaga peniaga cina.dan telah ditutup kawasan ini.

Rabu, 24 Mac 2010

Dah jadi katak pi..lah main hujan-malaysiakini


Sila letak jawatan Presiden FAP!!!!
ada faham ka!!!! Tun kata letak,letak
jangan nanti sumpah jadi siamang baru tau.Tapi status katak puru tu pun dah ok.itu pun 3 kali merayu minta kat raja katak.baru lulus jadi katak.....
Penang bola dah ceroi ranking no 13.Sejak Katak ni pegang dia buat taik najis merata.ni Tun cakap luar parlimen,katak cakap dalam Parlimen berani lah......
letak jawatan! letak jawatan! letak jawatan!


Selasa, 23 Mac 2010

Mazlan teruskan berjaung untuk peneroka felda-malaysiakini


Bila permasalahan Felda satu persatu telah keluar dari hati hati peneroka yang selama ini memedam rasa apa yang dibuat oleh pentadbiran Felda.Hari Tun nak bomgkar sedikit penyelewengan yang dibuat oleh pentadbiran di Felda Gunung Besauot perak dan mungkin di felda felda lain.
Kita ambil kes yang kecil ini ,seperti projek pokok cabai.setiap rumah diberi 10 pokok cabai ,dan dikenakan rm50 perlu dibayar oleh tuan rumah yang jaga pokok cabai itu.Pokok cabai itu perlu disiram dan dibaja dijaga oleh tuan tanah,bila hasil keluar ,cabai masak boleh dipetik maka datanglah malaun malaun ni untuk mengutip hasilnya,bayangkan berapa banyak rumah dari Felda G Besaout 1 hingga 7. tanpa memberi apa apa bayaran kepada si penjaga ini.Pelik tak tapi ini kenyataan.
Satu lagi sistem pinjaman perumahan.Contoh peneroka nak pinjam rm45 ribu buat rumah
,rumah yang siap kos dalam RM20 ribu kena bayar RM60 ribu kepada kontraktor wajib yang dilantik oleh pentadbiran felda.
Banyak lagi akan Tun bongkar tentang kemelut pentadbiran felda ini.dari cerita tanah sampai kebaja,tak ambil baja pun kena bayar ni apercerita..........
Tunggu ................................................

Kerjasama umno dan Israel-malaysiakini


Ayuh mari kita koyakkan Passport kita beramai-ramai,Apa gunanya kalau tertera dilarang kita masuk ke Israel, sedangkan Umno bawa masuk Agen Yahudi buka
Agensi di negara ini sewenang-wenangnya.Mana Zulkifli Nordin mengapa senyap kematu saja.

UMNO LEBIH YAKIN DENGAN SYARIKAT YAHUDI BERBANDING SYARIKAT BUMIPUTRA (APCO)?

Tindakan UMNO mahu mengheret Anwar Ibrahim ke “Select Committee” Parlimen menampakkan kesakitan yang mendalam yang dialami oleh UMNO.

Kes ini mendedahkan betapa UMNO adalah parti yang hipokrit. Semenjak mula-mula Anwar dipecat dari TPM, Dr Mahathir telah menuduh Anwar agen asing dan agen Amerika. Namun, dengan terdedahkan perkaitan UMNO dengan APCO, sebuah ajensi “Perhubungan Awam” milik Yahudi bertaraf antarabangsa amat memalukan UMNO.

Laman web APCO mendedahkan perkaitan UMNO dengan mereka secara terbuka:
Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus, president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister Najib Razak.

Malaysia continues to demonstrate that it is a major player in Asia, one of the great manufacturing nations for electronics and a sophisticated participant in global markets across many sectors", said Kraus. "APCO’s ability to leverage strategic communication capabilities across borders mirrors the kind of leverage Malaysia has achieved in its approach to business and trade, making this a natural location for our expansion".
Diberitakan APCO dibayar oleh UMNO dengan duit rakyat Malaysia sebanyak 60 juta setahun. Kalau UMNO mengambil khidmat syarikat-syarikat Malaysia dan Bumiputra, UMNO hanya perlu membayar tidak lebih dari 10% dari kos itu.

MENGAPA SYARIKAT YAHUDI BERBANDING DENGAN BUMIPUTRA/MALAYSIA?

Untuk berkomunikasi dengan rakyat Malaysia, seharusnya syarikat Malaysia lebih layak. Ini kerana syarikat Malaysia lebih memahami cita rasa serta perasaan dan hati naluri rakyat Malaysia.

Mengapa perlu ambil syarikat dari luar negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel? Apakah syarikat-syarikat Malaysia tidak berdaya maju? Apakah syarikat-syarikat di Malaysia tidak bermutu tinggi?

Di bawa artikel ini, saya mendapat senarai beberapa firma “Perhubungan Awam” di Malaysia yang boleh didapati di internet untuk rujukan pembaca sekelian.

ADAKAH UMNO TAKUT RAHSIA MEREKA TERBONGKAR?

Syarikat antarabangsa milik Yahudi diambil kerana mereka orang luar. Jadi, sekiranya ada apa-apa “rahsia” UMNO yang mereka tahu, maka terjamin rahsia itu tidak terdedah.

Adakah itu sebenarnya mengapa APCO diambil oleh kerajaan Malaysia? Adakah perginya Zahid Hamidi bertemu Presiden Israel satu masa dahulu atas perancangan APCO juga?

Adakah pemecatan wakil Malaysia di IAEA juga atas perancangan APCO?

Soalnya mengapa perlu syarikat milik Yahudi untuk menjalankan kerja-kerja UMNO ini. Itu soalan yang perlu kita bahaskan kerana sehingga hari ini, soalan ini masih belum berjawab.

Tapi yang sahnya, slogan 1Malaysia adalah ilham pemikir Yahudi yang diambil kerja oleh APCO yang sebelum ini digunakan oleh Ehud Barak di dalam membawa agenda “1Israel”.

1Malaysia, 1Israel. Berjalan sehati sejiwa.

Tulang Besi

Lampiran: Senarai Firma PR yang boleh didapati di Internet.
Asiatica Intergroup Marketing Specialists
We are a marketing consulting firm that assists companies of all sizes to develop & implement winning marketing tactics for competitive advantage. Whether it is a single brochure design, website development, tele-sales activity or a complete marketing campaign, we have the expertise to get the job done professionally, and most importantly, within your budget.

27-2B, 1st Floor, Jln PJU 1/3C, Sunwaymas Commercial Centre, 47301 Petaling Jaya
Tel: 03 7803 7210,
Fax: 03 7803 0250,
E-mail:
customerservice@asiatica.com.my

Batey Communications
Asia’s most awarded communications company, established in Malaysia in l988, has specialist practices in Corporate, Financial, ICT, Travel & Tourism and Consumer Public Relations and a successful track record in Issues & Crisis Management and Events Management.

Level 3, Bangunan Setia 1, 15 Lorong Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
Tel: 03 2092 3579,
Fax: 03 2092 2560,
E-mail:
sheela.knathan@batey.com.my

BRANDTHINK Malaysia
BRANDTHINK is an imaginative integrated marketing agency in Malaysia with services in Advertising, PR, Events and Interactive Marketing. We are famous for our work with major clients in luxury, fashion, lifestyle and technology - having launched iconic brands and products in Malaysia and being the go-to agency for reaching the affluent consumer.

B-3-2 Level 3, Tower B, Northpoint, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03 2287 2255,
Fax: 03 2287 2277,
E-mail:
info@brandthinkasia.com

GO Communications
At GO Communications, it’s not about winning awards, although we have won a few. It’s about spending your marketing ringgit the smart way. It’s about identifying your competitor’s weaknesses, delivering your marketing message, becoming part of the community & branding your products strongly & consistently. That’s what we do for our clients.

S111 & S112, 2nd Floor Centrepoint, 3 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel: 03 7710 3288,
Fax: 03 7710 3289,
E-mail:
gocomm@gocomm.com.my

Asia Public Relations Consultants
F1008, 10th Floor, Block F, Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya
Tel: 03 7954 5966,
Fax: 03 7954 9808


Edelman Malaysia
45-9 & 47-9, The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03 2287 8689,
Fax: 03 2287 0234

Epic Communications
49-C Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya
Tel: 03 7727 1161, Fax: 03 7727 3122


Eric Pringle Associates Public Relations (EPAPR)
7.20, 7th Floor, Wisma Central, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 2161 7144,
Fax: 03 2161 8209


Essence Communications
Level 15, CP Tower, 11 Section 16/11, Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya
Tel: 03 7952 5072,
Fax: 03 7954 9235


Ghazalie Rafeah Ali & Associates - GRA
Suite 310, Level 3, Block B, Phileo Damansara Two, 46350 Petaling Jaya
Tel: 03 7660 9950,
Fax: 03 7660 9980

Kim Chew Communications
Unit 1210, 12th Floor, Block A, 1 Jalan SS20/27, Damansara Intan, 47400 Petaling Jaya
Tel: 03 7726 3430,
Fax: 03 7728 3432


One Four One
Level 11, Menara IGB, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur .
Tel: 03 2296 8999,
Fax:03 2296 8989


Ovation - Marketing Communications (MARCOM) solutions, product publicity, events

Pat-Lin Communications
Unit 507 Block D, Phileo Damansara 1, 9 Jalan 16/11, Petaling Jaya
Tel: 03 7660 0400, Fax: 03 7660 0460

Rantau PR
Suite 19A-23-3A, Level 23, UOA Center, 19 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 2162 7269,
Fax: 03 2161 2278

RAPR Mileage Communications
RA House, 32 Jalan Telawi Dua, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Tel: 03 2282 2333,
Fax: 03 2284 5768

Ahad, 21 Mac 2010

ZahrainTakde kerja cari kerja-malaysiakini


CERITA MENARIK 16 SEPTEMBER, ANWAR KENA PANGGIL, ZAHRIN PUN DI PANGGIL KITA LIHAT SAMPAI TAHAP MANA KES INI BERJALAN WALAUPUN KES INI SUDAH LAPOK

Inilah Malaysia tanah airku, jika ada yang di benci maka yang di benci itu sepatutnya berjaga-jaga, harapkan biarlah ia menjadi jerat yang sentiasa bersiap sedia di sepanjang masa, namun sikap pelanduk juga yang di bawanya, akhirnya pelanduk juga yang lupakan jerat, tetapi kita lihatlah nanti pelanduk terjerat ataupun jerat yang akan terjerat diri sendiri

Yang jelas Anwar Ibrahim akan di panggil atas tuduhan menghasut, Zahrin juga akan di panggil atas alasan mereka cerita dalam parlimen, kemudian mereka berdua akan di panggil atas aduan polis yang di buat, jika hanya kenyataan tersebut hanya di dalam parlimen tidak apa, namun kenyataan di parlimen sudah di sambut oleh orang tertentu di luar parlimen lalu aduan di buat

Sekarang tak pasal-pasal mereka yang berkait tidak boleh tidur malam sebab macam mana nanti hendak jawab di mahkamah, tidakkah kes ini bagaikan "TIADA KERJA CARI KERJA, PERGI KE PULAU BATU DI GALAS" lagupun cerita ini di anggap sudah basi, kalau tidak silap Yang Di Pertuan Agong pun sudah tiada lagi

Sepatutnya kes ini tidak lagi relevan kerana ia sudah berlalu dan tidak pun apa-apa yang berlaku yang boleh menjejaskan sesiapa saja, akan tetapi mungkin juga kes ini hanya mencari sebab untuk menghukum Anwar Ibrahim yang di anggap licik dalam politik walau apapun kes yang akan timbul nanti mungkin akan menyusahkan diri orang yang membuat aduan di luar parlimen sebab mereka mungkin akan di ambil tindakan SAMAN MALU yang mencecah jutaan RM

Sabtu, 20 Mac 2010

Najis dan Daki itulah Zahrain-malaysiakini


Zaharain telah tersalah kandang. Salakannya bukan dikandang kambing, tapi salakan kini dikandang harimau. Itu saja yang aku nampak.

Aksi terlampau dari Zahrain bakal memakan tuan. Anwar yang dijadikan sasaran langsung tak terjejas, tapi dia yang melangkah kaki sebelah ke Umno kian panas dihentak rakan baru.

Bung Mokhtar Radin:
Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian. Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan, kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini. Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang. “Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti,” katanya.

Dr Chua Soon Bui:
Beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya. Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.

Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain, katanya.

Ghapur Salleh:
Beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini. Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas, katanya.

Tengku Razaleigh Hamzah:
“Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng,” katanya. Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar. Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.

*************************************

Tindakan berani dan terbaik dari PKR kerana bijak secara halus mengusir sampah sarap politik dalam PKR untuk hanyut secara sendiri sendiri. Contohnya adalah mamat Zahrain nih. Busuk perut sungguh dengan menikam kawan sendiri, minda outdated dan tak layak sebagai ahli Parlimen.
Dengan Ini kerana Tanda Boikot kepada sang najis ini maka Tun harap para Blogger jangan
panggil Dato Seri kerana dia tak layak dipanggil begitu,kita panggil zahtaik sahaja.

Darth Vader muncul di Putrajaya-malaysiakini

Darth Vader muncul di Putrajaya



Usah terkejut lihat Darth Vader terapung di udara. Belon udara panas yang menyerupai karakter daripada filem Star Wars itu kelihatan garang terapung di ruang udara Putrajaya, semalam. Ia adalah antara belon yang terbang di angkasa sempena fiesta.

Sebanyak 20 belon udara panas pelbagai warna dan corak dari 10 negara menyertai fiesta yang diadakan setiap tahun ini. -- AP.

Khamis, 18 Mac 2010

Makmal Sains pertama di SAR penang-malaysiakini

GUAN ENG MERASMIKAN MAKMAL SAINS PERTAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Permatang Pauh - Ketua Menteri Pulau pinnag YB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.Turut serta dalam majlis gilang gemilang ini ialah EXCO Agama Kerajaan negeri YB Hj Malek Kassim ,Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam negeri Yb Salleh Man ,Yb Lee Hock Seng ,Pengetua Madrasah Al Aminiah Ustaz Hj Azamuddin Alang Hamzah dan para ibubapa dan tetamu .

Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang di katakana oleh Bn.Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.YB Lim Guan Eng juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha Sekolah Agama Rakyat Al Aminiah ini membina makmal sains kerana peruntukan yang di berikan di gunakan dengan telus dan beliau percaya usaha tanpa ketirisan ini membantu meningkatkan lagi kecermalangn sekolah agam dan juga slogan kerajaan negeri “CAT” iaitu ketelusan,akauntabiliti dan telus.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang di diberikan kepada sekolah agama rakyat di gunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya di gunakan tanpa sebarang kebocoran.maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan ngeri kepada sekolah agama rakyat” demikian jelas guan Eng lagi.

Sekolah agama rakyat in juga , menurut Guan Eng menerima RM 300 ribu bagi membina banggunan baru dan juga makmal sains dan menurut beliau belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.

“Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita”

Dalam ucapan penutupnya pula Yb Guan Eng menyampaikan sepatah ungkapan dari Omar Abdul aziz

“Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya ,penolong bagi orang fakir .bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaaah. panduan bagi orang miskin”

Smentara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat. Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama. Kini kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan kperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

Tuurt sama memberi ucapan dalam majlis tersebeut ialah Yb Hj Malek Kassim yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Menurut YB Malek usaha kerajaan negeri ialah bagi membantu sekolah agama semampu mungkin dan akan membantu selagi terdaya. Malah Yb Malek Kassim juga menjelaskan bahawa pruntukan kerajaan negeri dari Rm 1 juta bertambah setiap tahun dan pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menambahkan peruntukan dari 1. juta kepada 1.7 juta bagi membangunkan sekolah agama rakyat. Usaha ini akan berterusan lagi

Isnin, 15 Mac 2010

Blogger Umno Bergaduh teruk-malaysiakini

Petikan dibawah Tun copy terus dari blog Jebat BPN


Sapa Parpu Kari?

Parpu Kari ni akai tak da!


Sebenarnya gua langsung tak kenal mamak ini, tapi disebabkan orang ini selalu mengeluarkan pendapat bersifat kurang ajar, maka ada beberapa orang dari rakyat Malaysia yang telah merisik ingin mengetahui siapa bangsat yang bernama parpukari. Sama ada benar atau tidak, dia adalah sebahagian pengkhianat parti keramat, Parti Umno!


Bukan masalah dia mamak ker kulit itam ker, rambut karat ker, gemuk pendek ker.. TAPI biadap dia melampau dah... hagak-hagak ler nak maki, kutuk orang pun... etika mana dia pakai entah.. orang kafir pun tak perangai cam dia... dah islam, kena ada akhlak ler, tu yg diutamakan, didahulukan. Kalu ya pun dia jahat, brutal etc, cuba horamat orang (kawan & lawan) sikit, sopan sikit (patut-2 ler) jadi ler.

Muka macam Pan Tat siot.



Nama sebenar parpukari ialah Salim Iskandar, bekas kerani cabuk di Bank Muamalat Malaysia Berhad Tingkat 25. Sebenarnya memang dia tidak berilmu (lulusan SRP) sahaja tapi dapat masuk kerja bank sebab cable dan croni CEO lama yang dah kena tendang.. Kalau tengok rupe..memang tak de kias-kias melayu langsung.. yang ade cam muka India Muslim jer..(dah nama pun Salim yer tak). Tak tau la pulak Bank Islam yang bernama Bank Muamalat ni selambe jer biar staff dia BIADAP dan menabur fitnah.. memang sah tak pernah pergi kelas shariah..

Mengimbas kembali sejarah lampau mamak ni dulu, dia pernah di tendang keluar dari Fan Club Mawi FC disebabkan mamak ni terlalu gila dan rakus dengan jawatan Presiden Mawi FC. Seperti biasa Salim Iskandar menebas dan memancung kepala rakan rakannya didalam Mawai FC... Padahnya dia tidak disenangi oleh beberapa orang kuat Mawi FC lalu Mamak ni disingkirkan dari menyertai Mawi FC. Tak sangka la pulak mamak ni peminat No1 Mawi....




Parpukari @ Salim Iskandar pemilik blog parpukari.blogspot.com atau lebih dikenali sebagai House Of PK.

Bererti, inilah wajah penulis blog yang maki hamun orang tak tentu pasal. Menulis dan memaki hamun sesedap rasa. Fitnah adalah asas tulisan beliau. Carut carutan pula dah jadi macam wirid beliau.

Ruangan komen di blog mamat badan besar nih pula ditapis. Hanya komen komen "puji dan puja" sahaja dilepaskan.

Komen bersifat "hentaman" hanya dilepaskan jika beliau yakin mampu menjawab "hentaman" komen tu. Kalau beliau tak mampu jawab, beliau tak akan siar komen berkaitan.

Berani ker tu? "Jantan" ker tu? "Pejuang bangsa" ker tu? Jawapannya, BUKAN.

Itulah penakut tahap dayus. Itulah resmi pondan. Itulah sebenarnya perosak bangsa.

Sumber sumber tulisan beliau hanyalah :-

PERTAMA
"saya ada terima sms"

KEDUA
"sumber yang boleh dipercayai"

KETIGA
"ada orang hubungi saya"

Yang sebenarnya, takde sesaper pun yang sms dia. Takde sesaper pun yang call dia. Takde mana mana sumber pun yang beliau rujuk.

Yang ada hanyalah "otak taik" beliau yang beliau cuba potretkan sebagai "profesional" tetapi sebenarnya "perosak".

Itulah Parpukari....

Artikel yang perlu dibaca
1. Ramai dah benci parpukari si penipu ini
2. Hishamuddin sudah bosan dengan Parpukari ~ AWAS !!!!!

Ahad, 14 Mac 2010

Blogger umno diupah RM50 juta-malaysiakini

Blogger blogger umno ni kan Tun dah cakap mereka ni cari makan.

Baca petikan dibawah betapa terdesaknya mereka sampai termimpi mimpi

adaptor laptop aku dah rosak. tak boleh charge. tadi aku dah kuburkan dia ke tong sampah.sedih gak pasal adaptor charger aku dah banyak berjasa pada aku pada bangsa melayu pada islam. sedih, teman yang paling akrab banyak tolong aku dah ketemui ajalnya...manakan tidak, berejam setiap hari asyik on je.

ni lari jap kat cyber cafe. takpe aku dah kaya boleh online kat cyber cafe 24 jam pasal dah masyuk...gap kaya sekarang pasal najib,muhyidin,mt umno,samy velu,liong sik,taib mahmood semua dan sponsor aku. dorang jumpa aku pagi tadi dalam upacara khas menghargai bloger jalanan macam aku..aku pergi sorang je.

sumbangan cek RM35 juta daripada pemimpin umno aku terima untuk aku sorang pagi tadi, lepas najib jumpa raja norway.. aku cakap kat najib, janganlah bagi banyak-banyak nanti aku tak buat kerja. najib,muhyidin dan semua pemimpin umno dan bn cakap 'rilek gap'.

ini cara kami hargai bloger jalanan macam kamu. 'serangan kau betul betul aku teruja' kata najib kat aku. dari segi serangan dan pendedahan dokumen membuatkan pakatan sikit lagi nak mati..silap aribulan sebelum pru ke 13..

'
saya suka cara kamu serang pemimpin pakatan' kata najib kat aku.bukan macam ada bloger playsafe dari inmind mahupun daripada JASA dan bos sengal dia fuad hasan, entah apa dia buat aku pun tak tau, keluh najib.

'ini semua play safe punya bloger' kata najib....'apa barang bloger macam tu' sergah muhyidin sambil tepuk bahu aku..gila gila...macam lady gaga kembang kuncup aku dibuatnya bila pemimpin tertinggi umno akhirnya iktiraf bloger jalanan..

ini private meeting..esok aku dapat lagi RM15 juta lagi daripada umno..total RM50 juta dalam maybank aku sekarang...tak payah lagi bising bising-bising nak jadi jaguh suara peniaga melayu yang nak mati pasal tak dapat MARA. shapie apdal pun tadi menggigil jumpa aku tadi,minta ampun kat aku. aku cakap takpe,kali ini dalam maybank aku ada RM50 juta, aku sendiri bagi loan dan grant pada peniaga melayu...

tapi masa pertemuan ekslusif pagi tadi ada sikit tegang lah. najib,muhyidin,MT umno,samy velu bertegang leher nak amik aku jadi penulis upahan dorang.. wooo woo..aku cakap brader rilek jangan gaduh gaduh la..memang adakala aku belasah umno walaupun aku anti pkr, namun aku cakap kat dorang aku belasah pasal aku nak bagi peringat. bukan sembrono menonong balun..

oh oh..ayat ini aku dengar daripada beberapa kerat pemimpin umno. dorang paham stail aku.
?
?
?
?
?
?
?
?

haha.. bertuah la badan kalau pertemuan ni betul.. pedih tak telinga bila dengor aku kias macam ni..nak lagi pedih korang tunggu je la lepas ni...

baik umno,pas,pkr,dap semua takkan terlepas dari balingan boomerang aku..sekali baling tiga empat kepala konpem kena penggal !

aku kelentong korang je la pasal aku jumpa najib dan pemimpin tertinggi umno. mana ada dorang nak appreciate bloger macam kita nih..takpe hari ini hari dorang, namun esok lusa belum tentu menjanjikan itu hari mereka. get ready, untuk bertemu fasa ke dua serangan aku. gerakan anti pkr !

sebelum aku keluarkan cerita pertemuan bersejarah aku dengan obama yang diadakan di white house minggu lepas...aku nak tanya korang, dalam tangan aku ada dokumen yang melibatkan pemimpin pakatan dan umno bersekongkol..korang nak tak aku keluarkan ?TUNGGU PENDEDAHAN INI JAM 3 PETANG 9 FEB 2010.SELASA.

Zahrain akan letak jawatan,jika tandatangan ramai-malaysiakini


2,180 itu hanya dalam 3 hari Amk kumpulkan tandatangan mendesak Ahli Parlimen
Bayan Baru letak jawatan.
sebenarnya banyak lagi tandatangan yang boleh Amk kumpulkan tapi bagi Amk jumlah itu sudah terlalu besar,Tapi Zahrain jangan mencabar Amk,Kalau dia hendak 30 ribu tandatangan pun Amk sedia dapatkan. tapi dia mesti berjanji jika Amk tercapai mendapatkan tandatangan itu, dia perlu Meletakkan Jawatan haram nya sebagai Ahli Parlimen serta merta.
Melihat kedatangan orang ramai kemajlis dialog bersama zahrain yang terlalu ceroi itu,Tun tahu rakyat menolak zahrain dan Umno Barisan Nasional.
Amk akan terus memberi tekanan agar pilihanraya kecil diadakan di Parlimen Bayan Baru.
Ahli DAP saja kita ada Hampir 20 ribu orang,Zahrain menang kebanyakan pengundi cina.

Pelajar kelaparan,ikat perut, najib kenyang-malaysiakini


Setelah dilantik menjadi Perdana Menteri kalau tak silap saya , Dato Seri Najib telah melakukan kunjungan ke beberapa IPTA. Antaranya UM, UIA dan terkini semalam di UKM.
Setiap pertemuan itu digambarkan berlangsung dengan penuh kemesraan untuk mengetahui sendiri kehidupan dan masalah pelajar di kampus. Media menggambarkan Najib duduk semeja beramah mesra dengan pelajar dalam suasana santai dengan mengenepikan protokol.

Dalam tujuan lain untuk menggambarkan idea 1Malaysia itu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan benar-benar dizahirkan.Sepanjang pertemuan itu adakah Najib benar-benar cuba menyelami kehidupan pelajar atau sekadar untuk propaganda media dan mengaburi masyarakat di luar sana?

Adakah Najib tidak dimaklumkan bahawa terdapat pelajar IPT yang terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana kos hidup di IPT yang tidak tertanggung?
Ini sebagaimana didedahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Adakah pimpinan pelajar yang pro aspirasi (pro Umno-BN) yang bersama Najib itu hanya pandai membodek dan mengampu Perdana Menteri tentang masalah sebenar yang berlaku di kampus?

Sebenarnya isu pelajar terpaksa mengikat perut bukan isu baru. Bukan sesuatu yang luar biasa apabila ramai pelajar terpaksa buat kerja sambilan di sebelah malam atau ketika tidak
ada kuliah untuk meneruskan survival kehidupan di kampus. Keadaan diburukkan dengan pembayaran pinjaman PTPN atau agensi tertentu yang tak tentu masa dan sering sangkut-
sangkut.

Apabila membuat kerja sambila sudah pasti tumpuan kepada pelajaran terjejas. Tetapi mereka tidak punya pilihan lebih-lebih lagi dalam suasana kos kehidupan dalam negara yang serba serbinya mahal.

Saya mempunyai maklumat dan bukti bahawa ada pelajar IPT yang hanya makan dua kali sehari. Namun siapa yang peduli itu semua. Apa yang lebih dirisaukan oleh kerajaan 1Malaysia ialah apabila pelajar IPT menyokong pembangkang atau menyertai program Pakatan Rakyat.

Maka semua usaha dilakukan untuk memastikan pelajar IPT kembali menyokong kerajaan 1Malaysia. Justeru itu pelbagai cara dilakukan sama ada campur tangan pilihanraya kampus
sehinggalah mengatur pelbagai program dan peraturan dengan berlindung di sebalik AUKU untuk mengikat dan menjerut pelajar.


Jumaat, 12 Mac 2010

Ayuh teruskan perjuangan ,jangan leka-malaysiakini

Di sebalik kegembiraan BN- menyasikan pemimpin2 PKR lompat melompat...........

Kedudukan BN/UMNO masih berada seperti 'telur di hujung tanduk'. BN/UMNO telah terselamat kerana sokongan dari Sabah dan Sarawak pada PRU12 yang lalu.

Umno cuma boleh andaikan PR sudah lemah kerana dilanda badai gelombang penghijrahan pemimpin2 PKR keluar parti. Sebalik nya penyokong2 parti itu masih lagi berpegang teguh kepada parti mereka itu. Kemarahan penyokong2 PR ini akan menambah kan lagi azam mereka untuk menguat kukuhkan parti mereka.

Dengan penghijrah pemimpin2 PKR ini sebenarnya sedikit pun tidak melemahkan PR. Sedangkan keadaan BN/UMNO masih lagi terumbang-ambing. Sebenar nya BN/UMNO masih lagi belum dapat men diagnosis dengan tepat punca2 kekalahan teruk pada PRU12 yang lepas.

Ada pihak mengatakan kaum bukan melayu tidak lagi menyokong parti2 komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Ini terbukti bahawa hampir semua pemimpin2 parti komponen BN ini telah tewas pada PRU12 yang lepas.

Tindakan kerajaan untuk mengambalikan sokongan kaum bukan melayu ini kepada BN/UMNO tidak banyak memberi kesan setakat ini. Kaum ini masih lagi nampak memehak kepada parti lawan. Perkara ini ditambah buruk kan lagi dengan kepincangan2 yang sedang berlaku dalam parti2 komponen BN ini.

MCA, MIC, Gerakan dan PPP masih gagal menarik sokongan kaum bukan melayu. Image parti2 ini masih ditakuk lama. Tiada pembaharuan dibuat, melainkan yang nyata terserlah ialah rebutan kuasa sahaja.

Sekarang kita tinjau pula kedudukan parti peneraju utama BN iaitu UMNO. Adakah UMNO itu sudah benar2 pulih dan sudah diterima oleh semua gulungan rakyat?

Sebenarnya apa yang sedang berlaku dalam sayap Pemuda UMNO masih lagi bergelora, walaupun ianya nampak tenang di mata rakyat biasa. Ianya seperti gunung berapi yang akan meletup pada bila2 masa sahaja.

Kunun nya dikatakan juga salah satu lagi yang penyebab BN/UMNO hampir tumbang pada PRU12 yang lepas ialah kepimpinan Tun Abdullah ex-PM kita. Ini ada kaitan pula dengan KJ. Sedangkan KJ masih lagi berada di pucuk pimpinan UMNO atas tiket Ketua Pemuda UMNO yang dimenanginya secara kontravesi.

Masih ramai penyokong2 parti yang masih tidak berpuas hati tentang kehadirian KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Perkara ini juga sedang di peram oleh pemimpin2 atasan.

Image sesetengah pemimpin atasan juga masih lagi tidak boleh berubah, masih ada lagi yang ber bangga2 mempamirkan harta kekayaan, hidup ber mewah2 dan bini baru yang comel lote pula.

PRU13 semakin hampir, sedarlah, jangan terlalu teruja dengan kelemahan BN yang sedang bergelora,Ayuh mari kita kerja ,terus menegak keadilan

Khamis, 11 Mac 2010

Gerakan Anti Pkr (GAP) Blog Neraka-malaysiakini












VIDEO ini nampaknya telah dibuat dengan cara kamera tersorok(hidden
camera)dan juga olih pihak Special Branch yang KORUPKOP...!!!(Ingat statement ex-IGP Haniff Omar,dlm STAR 2008,ada 40% KORUPKOP dlm PDRM..)JADI TAK HAIRAN lah berbagai
cara nak menunjukkan keburukan(konon!)ANWAR.Ada KORUPKOP yg bersekongkol dengan UMNO-KORUP untuk mengaburi mata RAKYAT...KITA
skrg bukan bodoh dan orang tak baca!!RAKYAT BOLEH MENILAI SENDIRI!

Kalau dianalisa dari video Anwar bersama saudara mara nya,dia bincang bagaimana sakit yg dialami.
Tgk lah cara dia menunjuk2 kat bahgian leher dan keadaan urat2 dgn mengangkat tangannya....Apa lah korang ni,tak FAHAM isyarat BODY LANGUAGE ke???

Dalam interview bersama BBC,Anwar tak MENGGALAK ATAU MERESTUI MURTAD!Cuma dia cakap "Lina Joy"has got RIGHT.sebab dalam undang2 Civil kita dan Undang2 syariah yang tak dikoordinasikan oleh BN/UMNO,byk
KECELARUAN yang telah dan sedang dan akan berlaku...selagi UMNO tak buat apa yang sepatutnya dalam 50 tahun memerintah...MAKA apabila kita,rakyat soal ini dan itu,banyak yang tak boleh jawap dan TAK BETUL..!!!cuma bangga dengan ungkapan "MALAYSIA BOLEH" ...aje....so..GAP tolonglah sikit,dalam statemnt mu"GAP bukan UMNO",tapi kenapa skrg buat kerja2
UMNO..?????Sudah ADA MASHUK KE????

Isnin, 8 Mac 2010

Ahli Parlimen makan duit haram-malaysiakini


Tidak kah mereka mereka ini sedar,lebih lebih lagi Zul Nordin tak top.Rakyat membayar cukai,buat kerja halal,bayar cukai pada kerajaan yang memerintah ,supaya bayar gaji kepada
Yb Yb yang berkhidmat untuk rakyat.Kamu dibayar gaji oleh rakyat,tapi apa kamu buat kat parlimen,Berdagang diri kamu,meletakkan kamu kepada orang yang paling paling tak bermaruah.
Kenapa tak jual saja bini dan anak anak kamu,Kamu rela beri makan duit haram kepada anak bini kamu.nescaya hidup kamu tak akan tenteram biar pun berjuta ringgit mengelilingmu
Wahai Zul Nordin tak top ,sedarkah kamu duit yang kamu jamah selepas ini adalah duit haram.kerana rakyat haramkan kamu,mereka memilih PKR melalui kamu wakilnya.
jadi lebih baik kamu letak jawatan kalau kamu betul mahu perjuangkan islam.Orang islam tak makan duit haram.
Dan minta kaji balik daaaaalam blog kamu bila ayat yang pertama kamu beri "Salam 2 All"
macam adik beradik salam satu malaysia je.

Ahad, 7 Mac 2010

pemuda umno report polis batalkan debat-malaysiakini


Kerana ketakutan yang amat sangat ,Maka hari ini jam 11.00 pagi pemuda umno akan buat laporan polis kepada penganjur Debat Perdana.
Macam ni pun ada,buat laporan polis,memanglah polis dibawah naungan hampa.
hidup pemuda umno...............anda anak jantan kat Pulau Pinang ni.
ayuhhhh pengecut media anda ,anda berani.......

Jumaat, 5 Mac 2010

Jais GPMS bertelor rupanya-malaysiakini


GPMS sahkan akan hadir berdebat di P.Pinang


GPMS sahkan akan hadir Debat Perdana Rakyat 2010 di Pulau Pinang. Perkara ini disahkan melalui telefon oleh setiausaha GPMS kepada Ahmad Azrizal Tahir, Naib Ketua 1 AMK P.Pinang.

Semalam AMK P.Pinang dan SAMM bersama Chegu Bard menghantar surat jemputan kepada Najib, Khairy dan Reezal Merican di Bangunan UMNO di PWTC supaya hadir ke Debat tersebut.

Manakala AMK P.Pinang, Pemuda Pas P.Pinang dan Pemuda DAP telah membuat sidang media di Bangunan UMNO di Jalan Macalister, P.Pinang.

Adakah Pemuda UMNO P.Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu P.Pinang akan mengikuti jejak langkah GPMS?

Selasa, 2 Mac 2010

fairus suruh pkr bayar 2 kereta mewahnya-malaysiakini


Fairus minta PKR selesaikan hutang dua kereta mewahnya,wow Tun pun ahli jugak.nak minta PKR tolong settle utang Tun pada Along.......
Sebiji lagi Mercedes.......................
Dan gaji rm15 ribu.........baru pecah lobang rupanya itu yang dituntut......
Tapi PKR bagi rm4000 ribu sahaja hanya buat kerja goyang telor saja....kah kah kah
Tapi tak cukup pulak......mau cari lebih ,jumpa umno memang ahli Umno pun...
kan Tun dah lama kasi tahu...........
Pi lah wahai kucing kucing kurap,macam mana kita taruh ubat pun tak mau baik punya.
Syukurlah teramat ,ada 20% lagi dalam PKR yang perlu balik ketempat asal,baru PKR akan jadi kuat dan bersih..........biar tentera ramai dari jeneral yang ramai..........
Tun minta dalam dua minggu ini PKR bersihkan semua......
Ya Allah Ya tuhanku,kau dah tunjukkan sedikit demi sedikit pengkhianat yang mengkhianat
perjuangan kami......Tunjukkanlah kebenaran dan kenyataan nya.