SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Selasa, 31 Mei 2011

ZAHID HAMIDI : PANJANGKAN TEMPOH LATIHAN PLKN




DAPSY membantah cadangan untuk memanjangkan tempoh Program Latihan Khidmat Negara dan program tersebut sepatutnya dikaji semula

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan supaya Program Lathan Khidmat Negara (PLKN) dipanjangkan tempoh latihannya kerana mendakwa bahawa tempoh 3 bulan yang dilaksanakan sekarang tidak mencukupi untuk menerapkan "semangat patriotik" di kalangan pelatihnya.

Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2003, PLKN telah dibelenggui dengan pelbagai kontroversi dan masalah. DAPSY membantah cadangan untuk memanjangkan tempoh latihan tersebut kerana ia bukanlah faktor utama samada program tersebut berjaya memupuk semangat patriotik di kalangan anak muda kita. Sekiranya Menteri sendiri mengakui program tersebut tidak berkesan untuk memupuk "semangat patriotik", ia sepatutnya dikaji semula secara komprehensif sama ada patut diteruskan atau sebaliknya.

PLKN memakan belanja yang begitu besar yang mencecah RM560 juta setahun. Sekiranya tempoh tersebut dipanjangkan, maka tanggungan kerajaan untuk program ini akan bertambah berlipat ganda. Adakah ini wajar dalam keadaan kewangan negara ketika ini yang terus mengurangkan pelbagai subsidi untuk barangan keperluan yang menghimpit kehidupan rakyat? Malah, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri telah menyarankan supaya PLKN dikaji semula.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid juga mengatakan bahawa PLKN akan memperkenalkan modul baru untuk mendidik para peserta tentang kepentingan untuk mengundi apabila mereka mencapai umur 21 tahun. Saya mempersoalkan tujuan sebenar mengapa PLKN begitu beria-ia untuk memperkenalkan modul ini walaupun peserta PLKN belum pun layak untuk mendaftar sebagai pengundi. Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas untuk mendidik orang muda tentang sistem demokrasi, ia sepatutnya dimulakan di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA) kerana merekalah yang berhak mengundi dan merupakan golongan yang sepatutnya digalakkan untuk mengambil berat tentang perkembangan politik negara dan sistem pilihanraya dan bukannya terus dibantutkan pemikiran mereka di bawah AUKU.

Apakah niat PLKN ialah untuk memainkan peranan tambahan kepada Biro Tatanegara untuk terus "membasuhi" pemikiran anak muda kita dan memprogramkan minda anak muda bahawa maksud mengundi itu adalah mengundi Barisan Nasional? - Kenyataan media oleh Loke Siew Fook di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 27hb Mei 2011

Ahad, 29 Mei 2011

KENAPA NAJIB TAKUT NAK KE PERANCIS?




Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan tiba di Malaysia

SHAH ALAM 27 MEI : Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba di Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

SUARAM mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

SUARAM juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia SUARAM, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

- TVSelangor News

Sabtu, 28 Mei 2011

Isu roboh gerai di P.Pinang belum reda-malaysiakini


"Isu roboh dua gerai ini antara peniaga dan pemilik tanah persenderian, tiada kene-mengena dengan kerajaan negeri."

Kerajaan Pulau Pinang khususnya Timbalan Ketua Menteri (1) Dato' Mansor Othman tidak wajar dipersalahkan dalam isu robohan dua gerai milik peniaga Melayu di Batu Feringghi kelmarin, kata Jabatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batu Feringghi.

Pengerusinya Jamaluddin Hashim (gambar atas) berkata, isu tersebut sebenarnya melibatkan dua peniaga Melayu - Rahayu binti Abdul Malik dan Mohamad Yusoff Ibrahim - dan pemilik tanah persendirian, bukan membabitkan kerajaan Pulau Pinang.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan Rahayu membuat kenyataan di media-media tertentu bagi menggambarkan kerajaan negeri tidak membela peniaga-peniaga Melayu.

"Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor bin Othman seakan dipersalahkan kononnya tidak membela Melayu di negeri ini.

"Isu tersebut sebenarnya membabitkan dua peniaga Melayu dan pemilik tanah persendirian yang kini sedang dibangunkan SCK (C) Pai Chai; bukan membabitkan tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Khabarnya, salah seorang pengadu telahpun mendapat pampasan yang setimpal daripada pemilik tanah persendirian. Sebab itu, kami ingin mengetahui motif pengadu terbabit," ujarnya selepas satu mesyuarat di Komtar, di sini.

Tambahnya lagi, mereka terbabit sepatutnya terlebih dahulu menghubungi JKKK Batu Feringghi supaya jawatankuasa boleh berbincang dengan pihak berwajib sebelum sebarang penguatkuasaan dilakukan.

"JKKK tidak dimaklumkan pun mengenai notis roboh dua gerai tersebut. Jika kami mendapat makluman tersebut, kami akan berusaha berbincang dengan Pejabat Daerah Timur Laut dan MPPP bagi menangani isu ini," ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, JKKK akan tetap berbincang dan mencari tapak niaga alternatif baru bagi menyelesaikan masalah kedua-dua pengadu tersebut.

Penyelesaian yang dimaksudkan katanya, termasuk membina astaka dua tingkat di Bayu Senja, Batu Feringghi sebagaimana yang dicadangkan pada pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang tadi.

Keratan akhbar Kosmo, 25 Mei 2011 (halaman 2)

Keratan akhbar Sinar Harian, 25 Mei 2011 (halaman U6)

TERIMA KASIH NAJIB KERANA PERIHATIN KEPADA RAKYAT




K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. - Mkini

Singapura potong gaji Menteri, Malaysia potong Subsidi.

SINGAPURA 22 Mei – Gaji menteri-menteri Kabinet Singapura akan dikaji semula menyaksikan gaji mereka dipotong apabila formula gaji sedia ada menteri-menteri dimansuh, kata seorang pemimpin masyarakat berpengaruh Gerard Ee.

Gaji tinggi yang diterima anggota Kabinet merupakan satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum lalu, selain kenaikan kos tinggi perumahan awam, penjagaan kesihatan dan barangan asas. – Agensi

Note: Kah kah kah kah... Singapura bila ada kenaikkan kos barangan asas, gaji menteri kena potong.. Kat Malaysia bila bik mama pergi bershopping kat Turki, rakyat Malaysia yang kena tanggung beban.. kah kah kah kah.. yang paling gembira sekali ialah penyokong umporno.. mungkin sebab penyokong umno/najib ni bila beli barang tunjuk saja kad keahlian umno harga barang dapat murah.. bayar bik elektrik dan air dapat potongan.. tuang minyak dapat free agaknya.. kah kah kah kah.. bangang tak sudah-sudah...

Jumaat, 27 Mei 2011

USTAZ HARUN DIN DAN MUBALIGH HINDU




Ustaz Harun Din

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.


Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islamsedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan
Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

Mohammad Fitri Abdullah

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa? - darussyifa.org

Khamis, 26 Mei 2011

Bridged Amal Terpantas sampai tahniah..

YANG TIADA TERSIAR DI MEDIA PERDANA

بسم الله الرحمن الرحيم



Bridge Amal PAS menghantar pasukan paling ramai untuk mencari mangsa tanah runtuh di Hulu Langat ... Mereka juga di katakan sampai seawal jam 3 petang berbanding pihak UMNO yg hanya tiba pada pukul 4... mereka tidak di berikan liputan oleh media massa ... sebalik nya di FITNAH tidak memberikan bantuan .. ni bukan masa untuk mencari publisiti ....!!!


TANAH RUNTUH ANAK YATIM: BERITA Yang Tak Akan Masuk TV Dan Media Massa Perdana sila klik di SINI

Rabu, 25 Mei 2011

Moga Kita Membantu bersama-malaysiakini

ANAK INI MEMERLUKAN KEPERIHATINAN KITA SEMUA





Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambaha tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m).. Beliau kini terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan kisah adik Nurul ini melalui email kepada saudara2 yang lain.. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan RM0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA!

Selasa, 10 Mei 2011

Ambil iktibar kepada pimpinan PR-malaysiakini







yg aku nak kata pasai blogger KedahLanie... aku rasa depa nie lahir sebelom KEDAH MENANG lagi... depa nielah kira generasi awai sumber maklumat kepada kami di Kedah nie.... depa nie kira kerja tak dak upah langsung semua kira LILLAH HITAALA.. tak macam hangpa yang dok kat WISMA nuuu.. dok dalam ekon buat flyer buat vcd lepas tu taboq rata...itu pun dah bangga gila babi kata hebat kerja hangpa.... pada aku puak2 blogger nie lagi hebat kerja depa.... GAJI tak DAK... KOMPUTER rasanya kalau mcm aku nie kira baru RAM500, 30GIG, PENTIUM 3 saja..tu pon dah berapa ratus kali masuk workshop dah...ini komputer aku laa kalau team kedahlanie aku taktau laa....boleh kata hari2 depa update dan hidup blog depa...lena waktu mana pon aku taktau...anak bini depa macamana...

kalau nak dibandingkan dengan musodak yg jadi pengarah tu aku rasa hangpa patut panggil team kedahlanie dan belajaq dari depa laaa....macamana nak buat kerja kat penerangan tuuu....depa siap ada radio sendiri setahu aku... tapi kedah nie ada apa...wartakedah.net... nak update pon satuhari paling tinggi 3 kali..kurang ada lagi....nak harap amantv.net kesian aku awangjanggut dok buat bideo klip tuuu... takyah nak buat segak2 la bro...buat mcm TVkedah tu pon dah cukup dah...TVkedah tu pon team kedahlanie juga rasanya....tu belom sembang bab facebook lagi...hangpa nak buat facebook MB KEDAH pon terhegeh-hegeh...baru2 nie ada satu sapa buat taktau..tapi macam hidup nak mampos jaaa..haram tak ada berupdate...ada org kuat keliling kelalng buat apa taktau.. SETIAUSAHA AKHBAR ada SETIAUSAHA POLITIK ada... tapi macam tak dak.... tu pon jangan bila orang tegoq habih semua melenting....

oklaaaa aku dah nak peace dengan hangpa malas nak cuit muit hangpa kerap sangat satgie tak pasai2 ada orang panas...akhir sekali aku nak habaq bukan aku kata KEPALA BAPAK HANGPA tuuu..yg kata MAT SAMAN KATI....hengpa pie la penerajang dia.....

OK peace....

Kami di KEDAHLANIE dah lama dah nak cakap macam nie.. apadia.. LUNCAI.!!
PR PERLEKEH..KUASA BLOGGER

PRU 13: Media

Oleh: MSK

Dari dulu sampai sekarang, pemimpin Pakatan masih lagi buat bising tentang Utusan dan TV3.
Utusan pembohong. Utusan putarbelit. Utusan berat sebelah. blah..blah…blah.
TV3 penipu. TV3 tak bagi ruang kepada Pakatan. TV3 tak ada etika. blah…blah…blah.

Sapa yang percaya Utusan akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bodoh.
Sapa yang percaya TV3 akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bangang.
Sama juga sapa yang berharap Harakah akan kata Umno bagus adalah bodoh.
Sama juga sapa yang berharap Keadilandaily menulis yang baik tentang BN adalah bangang.

Utusan, TV3, Harakah dan Keadilandaily adalah akhbar parti. Sudah semestinya depa tulis yang baik tentang parti depa, dan yang buruk tentang musuh depa.

Utusan dan TV3 dok kutuk kita sudah sekian lama. Depa dok menipu tentang kita sudah lama. Tapi pasai apa tahun 2008 kita boleh menang 5 negeri? Pasai apa di Parlimen kita boleh dapat 81 kerusi sehingga menafikan 2/3?

Orang Pakatan sudah lupa pasai blog dan blogger. Maklumlah sekarang sudah pandai berfesbuk dan twitter.

Dalam PRU 13 akan datang, ada dua kelompok pengundi yang menjadi majoriti. Gen X dan Gen Y. Gen Boomers mungkin ada nama saja dalam daftar pemilih. Yang akan datang kepusat pengundian pun, mungkin kena naik kerusi roda.

Gen Boomers adalah generasi kertas. Gen inilah yang masih dok baca Utusan dan tengok TV3 untuk mendapat berita. Kalau dapat masukSinar Harian, heboh keliling kampung. Tak kira orang BN atau orang Pakatan, tak ramai Gen Boomers yang baca berita melalui internet. Gen X dan Y tengok TV3 untuk hiburan. Masa Buletin Utama depa tukar channel.

Gen Boomers jugak yang dok heboh jangan baca Utusan atau tengok TV3. Geng Boomers jugak yang kata jangan percaya Utusan dan TV3. Tapi bila TV3 dan Utusan tulis pasai Raja Petra, geng ni jugak la yang percaya. Tak percaya? Pi tanya Chua Jui Meng.

Yang menyebabkan Pakatan menang besar dalam PRU 2008 adalah dari Gen X dan sedikit dari Gen Y. Gen X adalah Gen blog dan website. Manakala Gen Y adalah Gen Facebook dan Twitter. Gen X adalah Gen laptop, manakala Gen Y adalah Gen-mobile.

Pencapaian terbaik Pakatan pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh laman-laman web dan blog. Web dan blog berjaya menangkis serangan Utusan dan TV3. Tapi aku tau, ada orang akan kata…"Eleh…Matsamankati syok sendiri."

Sebaik saja PRU 2008, blog-blog tumbuh seperti cendawan. Prestasi Pakatan semakin meningkat. Dalam setiap PRK, Pakatan menang. Dalam krisis Perak, blog memainkan peranan utama menyampaikan maklumat kepada rakyat. Dan blog-blog pro-Pakatan dikunjungi oleh majoriti pembaca internet. Manakala blog-blog pro-Umno tak ada sapa yang nak baca. Kalau nak baca pun, mungkin depa baca blog Parpukari.

Pada November 2009, aku buat perbandingan diantara blog pro-Pakatan dengan blog pro-BN.


Ranking Alexa 20 November 2009

Blog-blog pro-Pr bewarna biru dan blog pro-BN bewarna oren. Dalam Top10… PR menang 9-1. Dalam Top20… PR menang 16-4. Dalam Top50…PR menang 37-13.

Berapa ramai diantara blogger-blogger Pro Pakatan yang dibayar? Berapa banyak duit Pakatan habis untuk menaja blogger-blogger ini? Setakat blogger-blogger yang aku kenai, semua sengkek. Tu pasai ramai yang tak tahan dan berundur atau perlahan.

Dari mula Pakatan menang aku cuba menyatukan blogger-blogger pro-Pakatan untuk memastikan sekurang-kurangnya depa boleh bayar duit broadband pun jadi la. bukan senang nak jadi blogger. Takat blogger copy-paste boleh la. Tapi kalau nak berjalan cari maklumat, buat research…banyak modai. Sapa nak bagi? Sampai la….habuk pun tarak.

Aku pernah bagi tau kat seorang EXCO Perak yang bertanggungjawab tentang Penerangan untuk mengoptimumkan penggunaan internet kepada rakyat. Malah Pengarah Penerangan pun orang PKR. Apa jawapan mereka? "How many people read internet?"

Kalau depa tanya lagi macam tu, suruh depa pi blog Tukar Tiub. Dan suruh depa kira jumlah pengunjung yang mengunjungi blog Tukar Tiub. Aku ambik blog Tukar Tiub sebab dia maintain sejak dari dulu.14,348,309 pengunjung bahagi dengan 32 bulan. Sama juga dengan 448,384 pengunjung sebulan. Bayangkan…berapa ramai manusia yang tengok video porno dalam blog-blog Umno yang menduduki Top10? Tok Imam dan Tok Siak pun tengok!!!

Nak kata kerajaan Pakatan Rakyat tak dak duit pun tak boleh. Berapa juta dihabiskan untuk TV Antara, yang kemudian bertukar jadi Tv selangor, sekarang jadi TVSNews pulak? Gaji CEO saja dah dekat 20ribu sebulan…tapi apa pencapaiannya?

Bukan aku nak berlagak la. Tapi kalau bajet puluh ribu sebulan untuk nak maintain TVSNews…dan dengan ranking Alexa 832, bagi kat Anak Sungai Derhaka buat lagi bagus. Dengan gaji CEO TVSNews tu, aku rasa blogger-blogger boleh buat 10kali ganda lebih baik.
Berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk Selangorkini.com? Bukan aku nak riak. Tapi dengan hasil menebas rumput tepi highway, aku buat Malaysiatimes, dalam sebulan dah boleh potong ranking Selangorkini.com yang bajet depa saja ratus ribu setahun.

Ini masalah Pakatan terutama PKR yang sibuk menyalak tentang Utusan. Tak ada orang nak baca Selangorkini.com…manakala versi cetak pulak berlonggok kat Pusat Khidmat. Kat Kedah aku tak tau apa. Harap baca Kedah Lanie saja. Kat Penang nasib baik ada Din Binjai dan Zul Mamak. Tu pun dok harap FB. Blog depa pun makin lama makin gersang.

Bila kita bagi tau, macam-macam alasan. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh.

Pirrrah!! Iban kat Sarawak pun boleh buat Radio Free Sarawak, tapi empat negeri Pakatan nak buat suratkhabar pun tak boleh.

Dalam PRU 13 akan datang, nak harap sapa? Nak harap Utusan dan TV3 buat laporan seimbang? Mampuih pi la kat hangpa.

Dalam PRU 13 akan datang, blog masih memainkan peranan. Tetapi oleh kerana Pakatan buat tak tau kat blogger..blogger nak buat apa? Anak bini kena tanggung jugak. Dan apa akibatnya?



Blog-blog pro-BN sudah mengambil alih ruang siber. Kalau dulu Top10, PR menang 9-1, sekarang sudah tewas 3-7. Dalam top 20, dulu menang 16-4, sekarang sudah tewas 8-12. Dalam Top50, dulu menang 37-13, sekarang sudah tewas 22-28.

Kalau dulu blog-blog pro-Pakatan Rakyat menguasai hampir 80% pelayar-pelayar blog-blog politik, sekarang sudah tinggal hanya 35%.

Tapi jangan risau. Blog Matsamankati hanya tau mengkritik. Bukan tau macam mana nak bagi teguran membina.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Dan jangan risau. Bila kalah nanti sudah ada alasan yang disediakan.
Pakatan tewas kerana maklumat tak sampai kepada pengundi.
Pakatan tewas kerana Utusan berbohong. Pakatan tewas kerana konspirasi TV3.

Kepala bapak hangpa.

Admin KedahLanie - depanie tau ka sapa dia minah ALEXA tuuu...??? - anakkedah007

Khamis, 5 Mei 2011

minyak naik tengah malam tadi





Note: Terima kasih penyokong UMporNO kerana terus menyokong najib... kah kah kah kah

Rabu, 4 Mei 2011

DAP INGIN AMBIL ALIH NEGARA?




DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara



Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

Di Sarawak baru-baru ini, DAP hanya bertanding di 15 kerusi daripada jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang ‘simple’ secara sendirian parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. Tetapi DAP hanya menurunkan 19 calon dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.

Seperti juga MCA kehadirannya di dalam politik negara bukan untuk mengetuai kerajaan dan menjadi PM kepada negara ini. Di Perak, PAS hanya memenangi kerusi yang kecil bilangannya tetapi DAP yang telah memenangi kerusi yang banyak tidak mengambil kerusi MB kerana undang-undang tubuh negari itu hanya memperuntukkan jawatan MB itu untuk orang Melayu. Maka diberikan kerusi itu kepada Nizar Jamaludin daripada PAS.

Tetapi UMNO telah merampas kuasa melalui permainan politik kotor dan mengambil alih pentadbiran negeri Perak itu. Hanya UMNO sahaja memilih seorang MB yang tidak berapa Melayu sebagai MB negeri itu. Itu bukan salah DAP.

Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25% daripada keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calon mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.

Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam ‘coalition’ alternatif untuk memerintah di Pulalu Pinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang didominasi oleh bangsa Cina dan sekarang diperintah oleh DAP parti ‘multi-racial’ yang didominasi oleh kaum Cina juga.

Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calonnya di dalam mana-mana pilihanraya sedangkan DAP boleh membenarkan calon daripada orang Melayu jika parti itu mahu menunjukkan dengan secara ‘real’ bahawa parti itu merupakan parti ‘multi-racial’. Jika DAP meletakkan calon Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN?

Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama. Calon-calon MCA terpaksa diletakkan di kawasan yang didominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang ‘reliable’ yang boleh membawa sokongan orang Cina jika kita bekerjasama dengannya. Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?

Kenapa tidak diusahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberi kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi ‘apprehension’ kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.

Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh dilakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.

Yang masih menjadi masalah ialah orang Melayu sahaja. Orang Cina sudah sepakat berteduh di bawah DAP, Orang India nampaknya sudah kembali bersatu di bawah MIC dengan kompromi yang sedang dilakukan oleh parti itu dengan menyatukan kembali semua ahli-ahlinya yang telah dipecat oleh Samy Vellu dahulu dengan ahli-ahli yang sedia ada.

Pendeknya, orang Cina telah mengambil sikap dan telah pun menunjukkan pendirian mereka. Orang India pula mengambil sikap untuk terus bersama MIC. Hanya orang Melayu sebenarnya yang belum bersatu dan saya merasakan orang Melayu sedang melakukan ‘soul-searching’ dan belum lagi menampakan ‘urgency’ untuk menentukan sikap mereka.

Orang Cina dan India sudah bersedia dan sudah pun menentukan sikap yang baik untuk mereka. Ini negara demokrasi. Orang Melayu sememangnya tunjang kepada politik negara. Tetapi orang Melayu harus menunjukan ‘dispositon’ sebagai peneraju kepada politik negara. Sebagai tunjang, pemimpin Melayu mesti menunjukkan kepimpinan bersih yang hakiki untuk mendapat penghormatan oleh bangsa lain yang kita pimpin sekali.

DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentimen racist ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya.

Jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang.

Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalui alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai pun berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sophisticated pada hari ini.

Yang menjadi ‘apprehension’ yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan bahawa kepimpinan hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Maka itu masalah UMNO. Tidak tahulah kita samada pahttp://www.blogger.com/img/blank.gifrti ini boleh melakukan perubahan kerana ianya memerlukan pengorbanan barisan kepimpinan untuk mempastikan UMNO ini relevan lagi kepada keperluan dan kehendak ramai.

Tetapi mahu tidak mahu UMNO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UMNO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran barisan kepimpinan. - aspanaliasnet