Tak sampai seminggu telah kecundang... kena ugut kerr..??
... Hahaha....!!
Hari ini Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. bagi aku ini satu langkah bijak olehnya..
Takkan korang dah lupa kot.. baru-baru ni dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, kan si Adflin Shauki ni dah mengutuk Rosmah Mansor habis-habisan..
Jadi untuk menyelamatkan periuk nasi jalan terbaik baginya ialah dengan menyertai UMNO.. takkanlah Rosmah nak marah dan sekat Ahli UMNO dari mencari makan kot…
Kami sangkakan mereka berdua ini berani seperti Allayarham P.Ramlee yang berani mempertikaikan sistem feudal ( raja melayu ) dan para pemimpin melayu dalam setiap lakonan dan arahan Filim..!!!
Keberanian P.Ramlee dalam Filem Musang Berjanggut yang menghina Sultan Alam Shah Bana ( Kepala Bana @ Kepala But*h ) yang sanggup menjadi kuda tunggangan wanita - Puspa wangi.
Juga mempertikaikan Datok Nikah Kawin yg menyatakan masuk ke rumah wanita yg telah bersuami di malam hari tanpa izin si suami hukumnya adalah Haram dan berdosa... " tetapi hukum itu saya yang bikin bila2 masa boleh padem.."
Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok P.Ramlee menghina UMNO dgn Dialog " Alim Mim Nun Wau -Sarkis "
Juga dalam filem tersebut terdapat Dialog ketika 3 org bujang lapok membaca surat " Maka Sang kancil pun Datang beramai-ramai mengadap Sultan Firaun "
Dialog ni di tujukan tepat ke batang hidung sultan2 melayu dgn menyamakan sultan sebagai Firuan..
Banyak lagi kritikan2 tajam yg P.Ramlee lemparkan kepada raja2 melayu, para pemimpin UMNO dan masyarakat melayu seluruhnya kalau kita amat-amati filem2 beliau..
Buat renungan Afdlin dan Harun salim bacik
Kalau P.Ramlee dulu siap diharamkan oleh sultan Perak memasuki Negeri Perak tapi beliau ok jerr tak de pun mengelabah...
P.Ramlee sendiri menyatakan " Kalau dia tak bagi kita masuk negeri dia, kita tak boleh ikut darat kita ikut udara lah..tak tahulah pulak kita kalau dia ada negeri kat atas angin" lepas tu P.Ramlee gelak sakan besama2 kawan dia di kedai kopi jalan ampas - Sila Rujuk buku " Seniman Agung P.Ramlee " terbitan Karangkraf cetakan pertama tahun 1984
Memang P.Ramlee tiada taranya dalam mendidik anak bangsa melalui lagu dan filem2 beliau.. Al-Fatihah buat Allayarham..