SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Rabu, 13 Mei 2009

nizar ni sebenarnya.........-malaysiakini

11 perkara puak umno perlu tahu
Kepada Puak-Puaka UMNO yang dok kalut telefon aku bagitau bahawasanya Y.A.B Nizar tidak dapat melakukan apa-apa kononnya Speaker Haram akan buat usul tidak percaya..aku nak nasihatkan hampa kat sini beberapa perkara sebelum ada hampa bercakap yang guna akal kat lutut.
1.Bila mahkamah mengesahkan Y.A.B Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai MB yang sah,hampa pikiaq la bahawasanya apa yang telah dibuat oleh Zambry tak sah.


2.Speaker V.Sivakumar yang mengantung dengan mengambil tindakan disiplin Zambry & enam ADUN lain juga adalah sah kerana mencabul Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Perak


3.Speaker yang sah untuk panggil mesyuarat khas DUN Perak hanya V.Sivakumar & jika berlaku pun mesyuarat khas sidang DUN Perak...7 orang mereka tidak akan dibenarkan masuk dalam dewan termasuk 3 katak yang belum dizahirkan mengikut undang-undang status mereka.

4.Kalau ianya berlaku maka yang tinggal 28 ADUN Pakatan Rakyat & 18 ADUN BN yang sangap & bengap.

5.Nizar Derhaka?UMNO PENDERHAKA SEBENAR APABILA SECARA LANGSUNG MEMERANGKAP INSTITUSI RAJA KE KANCAH POLITIK KOTOR SEHINGGA WUJUD PENGHINAAN ANTARA RAKYAT & SULTAN PERAK

6.UMNO bukan saja Penderhaka tetapi PENIPU RAKYAT YANG TERHEBAT DI DUNIA

7.UMNO kata Karpal Singh menghina sultan?Kamu yang pinda perlembagaan Sultan & Raja melayu boleh diseret ke mahkamah pada tahun 1993 maka UMNO yang menghina raja apabila kenyataan Hakim Abdul Aziz secara terang mengulangi perlembagaan SULTAN TIDAK BERHAK MEMECAT MENTERI BESAR.SULTAN PERAK SEKALI LAGI DI SERET KEKANCAH POLITIK KOTOR UMNO,WALAUPUN UNDANG-UNDANG MENYATAKAN SEDEMIKIAN TETAPI MEMBUKA SIKIT RUANG PERDEBATAN SECARA TERBUKA YANG TIDAK SIHAT BUAT INSTITUSI RAJA BERPELEMBAGAAN.

8.Bila masa Ganesan angkat sumpah sebagai speaker depan Sultan?Sudahlah MB Haram BN,Speaker pun ada Haram daripada BN.

9.Y.A.B Datuk Seri Nizar Jamaluddin dikatakan boneka DAP.Menghalalkan penghinaan mereka kononnya MB Nizar menderhaka kepada Sultan,tetapi mereka lupa kejayaan MB Nizar berbudi memberikan pemilikan geran tanah kepada melayu miskin di kampung tersusun serta cina miskin di kampung baru.

10.Rakyat Perak juga tidak lupa pada perlakuan biadap kurang ajar Setiausaha Kerajaan Negeri & Setiausaha Dewan yang baru-baru ini masih biadap sanggup melanggar undang-undang.

11.Polis secara terang melanggar undang-undang tetapi masih menggunakan alasan mereka mengikut arahan....lepas ni soal mereka,kalau arahan bunuh diri depa nak ikut tak?
p/s : Aku cadangkan agar Zambry & kuncu-kuncunya mulai hari ini pergilah mencari pokok-pokok mana yang rasa bersesuaian dijadikan tempat untuk mengadakan sidang DUN ala Halal mereka,pokok pelam ka,pokok durian ka,pokok pisang ka untuk bersidang.Aku juga cadangkan penyokong BN tolong habaq kat Zambry,hampa buat la Plat Peringatan,plat apa pun bubuh la walaupun Batu Nisan bawah pokok tu,aku jamin MB Nizar akan beri jaminan akan terjaga pokok,plat & batu nisan tu rapi tanpa dipecahkan oleh mana-mana pihak bahkan aku minta MB Nizar minta kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh pagar keliling pokok tu.

link aloha.blogspot

Selasa, 12 Mei 2009

Setiusaha kerajaan perak ngelabah biawak-malaysiakini

Ada yang berpeluk tanda perpisahan.....kalu aku ,aku dah godam dah...
Semoga Tan Sri dalam peliharaan Allah dan sihat walafiat bagi memimpin perkhidmatan awam Negara Malaysia.
Tan Sri rajin-rajinlah turun padang melawat Negeri Perak kerana Pegawai-Pegawai Kerajaan Perak sekarang berada dalam keadaan serba salah dan menghadapi tekanan kerja yang sengaja diada-adakan.
Professionalisme meraka tercabar, kesetiaan mereka dipersoal dan semangat kerja mereka rendah. Puncanya hanya kerana mereka berketuakan seorang Pegawai Kerajaan yang bernama Abdul Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri.
Tan Sri timbang-timbangkan aduan-aduan berikut demi memulihkan kembali semangat kerja berpasukan anaknanak buah Tan Sri di Perak. Semua aduan-aduan ini adalah dari sumber-sumber Pegawai Kerajaan sendiri.
i) Di awal-awal pemerintahan Pakatan Rakyat beliau dilaporkan memberitahu secara tertutup kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan Kanan supaya hanya memberikan kerjasama yang minima kepada Kerajaan Negeri Perak ketika itu.
ii) Dato� Seri Nizar, MB Perak di bawah Pakatan Rakyat sering mengeluh tentang agenda licik Abdul Rahman Hashim yang enggan memberikan kerjasama yang baik kepada Menteri Besar.
iii) Pernah dikesan Abdul Rahman Hashim menghadiri program bersama pimpinan Umno di bangunan Umno Perak walaupun pada masa yang sama Menteri Besar berada bersama DYTM Raja Muda dalam acara rasmi Kerajaan Negeri. Hebatkan anak buah Tan Sri ini.
iv) Tindakan biadap beliau kepada Y.A.B Dato� Seri Nizar, Exco-Exco Kerajaan dan wartawan pada pagi 6 Februari 2009 walaupun secara sah mereka masih lagi memegang jawatan kerana MB baru masih belum mengangkat sumpah jawatan. Peristiwa ini dirakam oleh media-media tempatan dan antarabangsa.
v) Tindakan beliau yang menganaktirikan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri (PTN) dan memberikan layanan emas kepada Pegawai-Pegawai tadbir diplomatik (PTD). PTN khususnya di majlis-majlis Kerajaan tempatan dan Jabatan Agama Islam sangat sukar untuk naik pangkat walaupun mereka sangat layak. Jika ada jawatan-jawatan baru yang diwujudkan cepat-cepat di isi dengan PTD dengan cara-cara teknikal memanipulasi gred dan klasifikasikan jawatan. Kumpulan PTN di Negeri Perak mempunyai moral kerja yang sangat rendah tetapi gigih membangunkan Negeri Perak.
vi) Dalam menangani kemelut politik Perak Abdul Rahman Hashim adalah perancang politik yang mengenepikan professionalisme beliau. Benar Pegawai Kerajaan mesti patuh kepada 'government of the day' tetapi yang beliau lakukan adalah melampau :
a) Merelakan Setiausaha Dewan DUN Perak hadir dibangunan Umno Perak dalam mesyuarat konspirasi menjatuhkan Speaker DUN Perak. Mesyuarat tersebut adalah dihadiri oleh ahli-ahli politik BN dan bukan mesyuarat berkaitan pentadbiran.
b) Merancang supaya semasa sidang DUN 7 Mei 2009 dimasukkan ramai Pegawai-Pegawai Polis Cawangan Khas sebagai tetamu yang menyamar. Dapat dikesan Pegawai-Pegawai Khas tersebut membawa senjata api ke dalam bilik persidangan. Siapa yang nak ditembak?
c) Mengarahkan kerja-kerja jahat supaya sistem pembesar suara dalam DUN dimanipulasikan. Pembesar suara Speaker tidak berfungsi. Satu penghinaan kepada Dewan yang Mulia.
d) Sangat cuai tentang keselamatan Dewan persidangan sehinggakan dapat diceroboh masuk oleh bomoh kurafat pada 30 April 2009. Dewan tersebut adalah dibawah tanggungjawab beliau sepenuhnya.
vii) Abdul Rahman Hashim juga pernah terlibat dalam pembaziran melampau kerana memberi cenderamata yang sangat mahal (RM8,000-10, 000) kepada beberapa individu tertentu. Bertentangan dengan dasar jimat cermat Kerajaan.
Banyak lagi sikap dan tindakan beliau yang hanya dapat dibongkar jika Tan Sri berusaha turun padang dan minta Pegawai-Pegawai di Perak beri maklumat secara telus. Cuma pastikan mereka tidak dianiaya akibat keberanian mereka memberi maklumat - demi keadilan dan kebaikan bersama.
Yang penting bukan individu tapi perkhidmatan awam. Ahli perkhidmatan awam mesti bebas daripada politik parti kerana gaji mereka rakyat yang membayar. Semoga Perak akan maju dengan professionalisma Pegawai-Pegawai yang bertugas kerana Allah. Manusia adalah hamba Allah semata-mata dan bukan hamba manusia yang lain.
Semoga Allah memberkati hidup kita bersama.

Isnin, 11 Mei 2009

Zamri kadir ada rancangan-malaysiakini


Zamri kadir,hari ini bertekad untuk menjadi duta produk kosmetik pemutih badan

selepas kecewa mahkamah tinggi memutuskan Dato seri nizar masih Menteri Besar yang sah.

kah kah kah.takbir.................................................................................................Habislah kerajaan haram.sikit lagi tun boleh jejak kaki ke bumi perak.

Jumaat, 8 Mei 2009

Ibu kau lah ratu hatiku-malaysiakini


Buat Ibu Yang Ter Cinta – Cinta yang tidak berbelah bagi – Ingatilah IBUmu setiap masa!!


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku
sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti t
alifon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


bila
Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talifon pasanganku
Entah bila... aku nak talifon
mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat-sahabat anda

Khamis, 7 Mei 2009

Mansor diherdik pengundi-malaysiakini


Calon PKR mewakili Pakatan Rakyat Dr Mansor Othman 'dibelasah' oleh para pengundi Penanti. Hampir setiap kali berjumpa dengan petugas parti, sama ada di JDM ( Jawatankuasa Daerah Mengundi), JKKK atau AMK, dia akan 'dibelasah' dengan buah yang sama.

Bagaimanapun calon TKM 1 Pulau Pinang itu, bukan dibelasah dengan buku lima atau 'flying kick', sebaliknya dengan kata-kata amaran berupa nasihat- Selepas bergelar YB, jangan berperangai macam Fairus.

Sesi dialog beliau dengan jentera AMK Permatang Pauh, minggu lepas, perkara yang sama dibangkitkan. Semalam, ketika hadir pada mesyuarat JDM Guar Perahu, Dr Mansor turut diberi amaran keras. Biar sesibuk mana sekalipun, rakyat bawahan jangan dilupakan.Seperti biasa, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri itu hanya 'cool' mengangguk, tanda faham dan setuju.

Beliau tidak pula menyingsing lengan, seperti mana yang pernah dilakukan oleh Fairus bila dikritik di depan khalayak ketika dalam sesi dialog di Dewan Yayasan Aman, dua bulan lepas."Kami mahu Dr menjadi wakil rakyat yang turun padang, yang ambil berat masalah rakyat," demikian antara luahan petugas parti.Sikap pengundi Penanti, mungkin berbeza dengan tempat-tempat lain. Jiwa reformasi mereka masih menyala.

Mereka akan memberontak sekiranya wakil rakyat yang dipilih tidak mencapai taraf yang mereka impikan. Mereka tidak peduli sesiapapun. Biarpun bergelar wakil rakyat, hatta Timbalan Ketua Menteri.Apa yang mereka mahukan, berikan khidmat terbaik untuk rakyat. Mereka bukannya menuntut wang ringgit. Mereka mahu wakil rakyat bersama-sama mereka.Kesampingkan protokol. Jatuh bangun bersama-sama.

Hadir kenduri kendara, hadir ziarah mayat, datang menjenguk pesakit, selesaikan masalah asas, berborak dan belanja secawan dua kopi di gerai kepala simpang.Inilah perkara asas yang gagal dilaksanakan oleh Fairus sewaktu bergelar ADUN Penanti."Dah sampai letak jawatan, kut secawan kopi pun kami tak pernah rasa dari duit Fairus," itulah luahan seorang petugas PAS dari Guar Jering.Maknanya, rakyat bawahan menaruh harapan melambung tinggi kepada Dr Mansor.

Bekas Pengerusi TEKUN Pulau Pinang itu merasai sendiri, denyut nadi pengundi Penanti.

Kepada yang tak memahami keadaan tolong faham.Jangan memandang serong kawan kawan

seperjuangan,Kepada fairus patut bersyukur kerana telah diselamatkan oleh sprm pusat.

dari disumbat 15 tahun penjara,lepaih ni balik umrah buat yang terbaik,jangan nak menyerang tak tentu pasal.Nanti kita kita dedahkan 9 kotak hitam tu lagi baru tau.


Walaupun dalam parti jangan cuba tutup mulut mereka.

Raja tolong jgn biarkan rakyat bergaduh-malaysiakini

Kecoh negeri perak ,itu yang terjadi kerana rajanya memang sanggup melihat rakyat nya berderai derai. Tiada kesudahan bila raja yang tidak adil memerintah satu satu negeri,Samalah yang terjadi kat nenek moyang tun.Turunlah wahai jin ambilah kembali dan hantar keturunan ini dari bumi malaysia ini.sat gi kena la tun ,kata hina sultan pulak,Najib dah start zalim mana Agung ni ,where are u.
Inilah masanya nak tolong rakyat,kami tak pernah minta sekupang dua pun,tapi tolonglah
jauhkan orang orang yang zalim..................
Gunakalah kuasa Agung,tolong lah rakyat........................

Sabtu, 2 Mei 2009

Pas P.pinang membantu prk penanti-malaysiakini






`.Sebenarnya Pas Pulau Pinang menerima baik calon dari PKR.ini adalah khabar yang dibawa oleh angin.
Kenapa kita percaya pada angin.Angin ini adalah kejadian tuhan ,hanya manusia saja yang jadikan angin ini busuk atau sebaliknya.
biasalah bila pilihanraya, macam macam cerita yang dikeluarkan oleh parti lawan. sana boikot sini boikot sebenarnya semua jentera PR tetap macam dulu,kini dan selamanya.
bersatu hati walau apa pun rintangannya.
Dan akan menumbangkan kerajaan umno barisan nasional,itu lah cita cita penyokong PR
dan rakyat yang dah muak.DR mansor adalah calon yang layak jadi TKM1 kerana pernah mentadbir kerajaan pulau pinang semasa DSAI jadi mantan timbalan perdana menteri dulu,sebagai setiausaha politik DSAI.jasa jasa penubuhan perda,amanah ikhtiar,rumah murah 25 ribu untuk rakyat termiskin,saham pada orang kampung RM5 ribu seorang dan banyak lagi
telah dilupai oleh rakyat.
Umno dah lancarkan perang saraf awal lagi.............Ramai juga yang percaya......
jadi serang sekarang....................