SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Khamis, 24 Februari 2011

Awas,Pelbagai sabotaj dari dalam dan luar parti-Malaysiakini

AKU TAK BUAT TAPI TOLONG EDAR JE



Akhirnya Umno Mengaku Jugak..

Pandangan yang disiarkan dalam Selangor Terkini merupakan rintihan dan masalah yang sememangnya dihadapi oleh rakyat, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, yang juga mengaku bahawa beliau ada mengedarkannya.

Secara kebetulan, katanya, kandungan Selangor Terkini adalah sama dengan pandangan pihaknya mengenai pentadbiran negeri dan ada orang yang menghantar akhbar itu ke pusat khidmatnya di Kuang.

Berikutan itu, katanya, beliau telah mengedarkan akhbar tersebut dalam satu majlis di kawasan pilihan rayanya.

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno Selangor bagaimanapun menafikan ianya diterbitkan oleh partinya.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu siapa yang menghantar salinan penerbitan tersebut ke pusat khidmatnya.

Kewujudan Selangor Terkini dikecam oleh setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin, yang mendesak polis memperhebatkan lagi siasatan terhadap penerbitan itu yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.

Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkkuasa negeri.

Tambahan pula, penerbitan itu bertujuan untuk mencemarkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan rekabentuknya mirip kepada akhbar Selangor Kini milik kerajaan negeri.

Faekah dilaporkan berkata kerajaan negeri selama ini sentiasa mengesyaki BN dan Umno menjadi dalang dalam menerbitkan akhbar Selangor Terkini

Perasaan curiga mereka itu, tambah Faekah, diperkuatkan apabila penerbitan itu diedarkan dalam satu majlis meraikan sambutan Maulidur Rasul di Kuang Sabtu lalu yang dianjurkan oleh Abdul Shukor.

Penerbitan itu diedarkan secara percuma bersama kalender 2011 yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. - Hdaily

Selasa, 22 Februari 2011

ALI Ketam Menipu.Shahrukhan disambut mcm Raja

Tamparan Tepat Ke Muka Ali Rustam: Negeri Maju Tiada Elektrik..!!

Beberapa bulan lalu, Melaka diisytiharkan sebagai 'negeri maju' oleh ketua menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bagaiamanapun, C Ragunathan tidak bersetuju. Rumahnya yang berusia lebih 25 tahun terletak di atas sebidang tanah milik swasta di sebuah estet kelapa sawit di Kampung Paya Yoki, kira-kira 6km dari pekan Merlimau dan kira-kira 500 meter dari kawasan kejiranan yang paling hampir.

Hanya lima tahun lalu Ragunathan mendapat sambungan bekalan elektrik ke rumahnya, itupun bukan melalui cara yang sepatutnya.

Selepas bertahun-tahun permohonannya asyik ditolak, beliau membayar RM30,000 kepada seorang juruteknik bagi membuat penyambungan 'haram' bagi mendapatkan bekalan elektrik. Ini dilakukan dengan pemasangan tiang ke rumahnya dari grid tenaga yang terletak kira-kira 2km jaraknya.

Namun, bagi rumahnya yang didiami oleh lebih 10 orang itu, mereka masih tidak menikmati bekalan air bersih.

Ragunathan, ayah kepada tiga anak itu berkata, bekalan air harian kini diperolehi menerusi sebuah kolam di belakang rumah mereka. Bagi air minuman, bekalan diperolehi dari sebuah perigi.

“Saya masih bertanya kepada pihak berkuasa bila boleh dapat bekalan air paip. Malah, sehingga hari ini, saya terus telefon mereka,” katanya ketika ditemui.

“Mereka (pihak berkuasa) kata tidak dapat bekalkan keperluan itu kerana tidak ada orang tinggal di kawasan ini tetapi, bukankah kita juga orang?”

Terdapat lebih kurang 20 pemilik tanah yang masih tinggal di kawasan yang sama. Ada yang telah berpindah kerana terlalu sukar bagi meneruskan kehidupan tanpa keperluan asas.

Menjelang pilihan raya kecil ini, Ragunathan berharap masalahnya dapat diselesaikan.

Awal bulan ini, pembantu ketua menteri Melaka melawat kawasan itu bersama pegawai Tenaga Nasional Bhd, dan berjanji masalah mereka akan diselesaikan sebelum pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

“Saya telah undi dacing (logo BN) sejak beberapa pilihan raya lalu, dan ini kali pertama ada orang yang bertanyakan mengenai kehidupan kami.

"Keluarga saya ada 12 undi… kita akan lihat apa yang berlaku pada pilihan raya kecil nanti,” kata Ragunathan, yang juga mendakwa dirinya sebagai penyokong MIC. -mkini

Note: Kah..kah..kah..kah.. Hidup umno..!!!

Ahad, 20 Februari 2011

gula gula pahit.tahap gaban dah nie-malaysiakini


Tidakkah ini bangang dan haramjad?Bila aku tulis banyak tentang integriti kerajaan UMNO/BN dan sebahagian agensi serta suruhanjaya di bawah pemerintahan kerajaan UMNO/BN bertahap bangang dan haramjad ada penyokong pandir UMNO yang kemamar memberi komen marahkan aku.

Tak bangang dan haramjadkah kerajaan UMNO/BN yang menjaga amanah rakyat yang serupa ini, membiarkan atau merancang projek jejantas satu meter berharga RM70,422. Hal ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah, pada minggu lepas.

Ini bangang dan haramjadlah namanya!!Sah ada yang totok UMNO yang sering kemamar, akan berkata, itu bukan projek kerajaan UMNO/BN, itu projek usahasama anak syarikat Petronas dengan DBKL!Kalau itulah alasan yang diberikan, sekali aku katakan memang sah totok UMNO yang kemamar itu telah berjaya ’dikubangkan’ dalam program pemandiran UMNO/BN.

Sedarlah dan sudah-sudahlah diperbodoh sepanjang masa!Tidak bangang dan haramjadkah, Zahir Hamidi mengumumkan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli kapal peronda pesisir pantai OPVs dengan harga RM 1 bilion satu buah? Tidak bangang dan haramjadkah ini, bercadang membuat pembelian kapal yang dimaksudkan dengan bayaran dikatakan 870 peratus lebih mahal dari negara lain?

Sedangkan Tentera Laut New Zealand membeli kapal yang serupa itu dengan harga hanya RM210 juta! Hal ini telah didedahkan oleh YB Tony Phua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.Tidak bangang dan haramjadkah itu? Bangang dan haramjadlah tu! Jadi kalau ada rakyat yang kata integriti kerajaan UMNO/BN begitu janganlah marah kerana memang pun bangang dan memang pun haramjad! Nak kata apa lagi (?) kerana wang yang digunakan ialah wang rakyat.

Itu baru didedahkan dua projek! Banyak lagi projek-projek yang menggambarkan betapa teruk kebangangan dan haramjadahnya integriti dan cara pengurusan wang kerajaan UMNO/BN yang sepatutnya seluruh rakyat atau pengundi di PRU ke 13 nanti tolak UMNO/BN dari kekuasaannya dengan langkah permulaan sewajarnya


bermula di PRK DUN Merlimau dan Kerdau.Tapi apakah itu akan berlaku? Atau pengundi-pengundi Melayu di kedua-dua DUN tersebut akan terus dihiburkan dengan lagu lapuk ’ekonomi memberansangkan’ dengan pelbagai aktiviti tabur seratus dua duit seperti acara tabur gula-gula untuk direbut oleh kanak-kanak? Maka pembangunan dan pengurusan wang yang bangang dan haramjadah oleh puak gerombolan akan terus kita saksikan?

Wasiat-malaysiakini





WASIAT
WaSiat RasULLaH kePada SaiDiNA aLiWahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Jumaat, 18 Februari 2011

Saman Ekor ,kroni yang kaya-malaysiakini




Saman ekor: Syarikat proksi rompak duit rakyat

GOMBAK, : Pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor (KASE – Kempen Anti Saman Ekor) Pakatan Rakyat dengan rasminya bermula dan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa KASE, Datuk Mahfuz Omar di Dewan MuhibbahTaman Bolton, Batu Caves, malam tadi.

Majlis yang bermula pada jam 9 malam itu turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.Kempen penerangan tentang saman ekor ini bertujuan membela mangsa saman dan menyedarkan tentang hak-hak mereka mengikut undang-undang.

Menurut Mahfuz, pesalah saman ekor kini berjumlah 4 juta orang yang membabitkan 15 juta saman.Pesalah juga, katanya tidak tahu mereka sebenarnya menerima notis bukan saman.Saman yang sebenar dikeluarkan apabila pesalah tidak membayar jumlah tersebut dan dihadapkan ke mahkamah.Tambahnya, selepas perbicaraan, mahkamah akan memutuskan seseorang itu bersalah dan mesti membayar saman.

Namun, ujarnya selepas pindaan yang akan dibuat nanti pesalah akan diberi notis dan saman sekaligus.“PR pada dasarnya bersetuju saman yang dikeluarkan kepada pesalah trafik, yang bertujuan mendidik agar mereka lebih berdisiplin di jalan raya bagi mengurangkan berlakunya kemalangan. Tetapi pada masa yang sama PR mahu biarlah hukuman yang dikenakan itu tidak menganiaya rakyat,” ujar Mahfuz.Menurutnya, ada tiga perkara yang menjadi kebimbangan PR dalam isu saman ekor iaitu pindaan akta JPJ baru-baru ini tidak menyentuh langkah-langkah untuk mengatasi kemalangan maut, padahal perkara itulah yang patut ditekankan.

Keduanya, kata beliau rakyat dianiaya kerana

Khamis, 17 Februari 2011

bawa pulang pelajar mesir-malaysiakini




GEORGETOWN, 18 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir tidak lama lagi.Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ)."Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan."Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut. - Hdaily

Rabu, 16 Februari 2011

tahniah tahniah...tahniah wee soon-malaysiakini

TAHNIAH WEE SOO YEN, TOKOH MAAL HIJRAH




Assalamualaikum,

Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011, Wee Soo Yen (dua dari kanan)bersama keluarga, dari kiri, Wee Soo May (adik), Wee Hock Lim (ayah) and dan Soo Ah Khem (ibu)

Pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, 16, memberitahu dia tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini.

Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.

Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah.
“Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.

Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut.
“Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.

Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.

Selain Wee, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.