SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Selasa, 20 September 2011

BAHAYA TEH TARIK BUNGKUS




BOTOL PLASTIK BOLEH SEBABKAN BARAH



Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.
Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.
“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar. -


Jumaat, 16 September 2011

umno Penang akur pada Gerakan





Demi kuasa, UMNO Pulau Pinang dilaporkan telah menjilat kembali ludah mereka, mereka mengenepikan sikap perkauman mereka, mereka membakul sampahkan Ketuanan Melayu mereka..

Demi Kuasa.. UMNO Pulau Pinang dilaporkan melutut dan merayu kepada Koh Tsu Koon dan Gerakan..

Terjemahan dari Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.
Untuk merampas kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat, pemimpin UMNO Pulau Pinang telah memohon maaf kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, agar hubungan antara kedua-dua parti yang terjejas sebelum ini dapat dijalin semula.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir yang sering menyerang Koh Tsu Koon sebelum ini, dikatakan telah berjanji kepada Koh Tsu Koon bahawa dirinya tidak akan menyerang Gerakan lagi.

Malah, UMNO Pulau Pinang berjanji agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang pemimpin Gerakan, seandainya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Demikianlah laporan Kwong Wah Yit Poh yang disiarkan pada 11 September 2011, memetik daripada sumbernya.

Menurut laporan, kebangkitan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008 telah menyedarkan UMNO Pulau Pinang, bahawa mereka tidak boleh menang hanya dengan undi Melayu.

Kesedaran UMNO Pulau Pinang tentang "kepentingan undi Cina" telah membuka ruang untuk UMNO berbaik semula dengan Gerakan.

Perselisihan berlaku antara UMNO dengan Gerakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya Pemuda UMNO mengambil kesempatan untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap Koh (yang pada ketika itu masih Ketua Menteri), dalam satu acara yang turut dihadiri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ketika itu) pada tahun 2006.

Pada September 2008, seorang penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail mengoyakkan gambar Koh di khalayak ramai, sehingga Koh dipersendakan musuh politiknya. Rata-rata masyarakat Cina menganggap Koh Tsu Koon terlalu "lembik", sehingga mudah "dibuli" pemimpin UMNO.


Koh ugut keluar dari BN?

Seorang pemimpin Gerakan yang memihak kepada Koh, memberitahu Kwong Wah Yit Poh bahawa Koh Tsu Koon amat tegas dalam isu Ahmad Ismail, malah mengugut untuk memanggil Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) Gerakan agar keluar dari Barisan Nasional, seandainya pimpinan tertinggi UMNO tidak membekukan keahlian Ahmad Ismail.


Menurut laporan, ada usaha sebelum ini untuk menobatkan semula Ahmad Ismail (gambar kanan) sebagai Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera selepas tamat tempoh pembekuan keahlian beliau, namun usaha ini dihalang kerana tekanan daripada Koh.


Menurut laporan, Presiden UMNO Najib Razak dikatakan memberi jaminan bahawa Ahmad Ismail tidak akan kembali menjadi Ketua Bahagian selagi Najib kekal pada jawatan Presiden UMNO.

Melihat kepada nasib Ahmad Ismail, ditambah pula senario politik yang menyaksikan pemecahan undi Melayu kepada UMNO, PKR dan PAS, maka pemimpin UMNO Pulau Pinang telah menyedari kepentingan undi Cina, lantas berbaik-baik semula dengan Gerakan dalam mesyuarat Barisan Nasional sebelum ini.

Laporan Kwong Wah Yit Poh juga memetik Penyelaras BN DUN Padang Kota, Oh Tong Keong yang mengakui bahawa dirinya pernah mendengar khabar bahawa pemimpin UMNO memohon maaf kepada Koh Tsu Koon, dan berjanji untuk menyokong pemimpin Gerakan untuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.
Terjemahan oleh Lim Hong Siang dari MerdekaReview

Selasa, 6 September 2011

AKHIRNYA MISI PEMBONGKARAN SITT AL WUZARA BERJAYA





ALLAHUAKHBAR3x: Operasi PEMBONGKARAN IDENTITI 'Sitt Al Wuzara' BERJAYA!!!

Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali Imran;
"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya" (Ayat:54)

Akhirnya, seperti yang telah dijanjikan oleh page 'PENDEDAHAN ESKLUSIF-SIAPA SEBENAR SITT AL WUZARA' di laman Facebook, wajah sebenar individu yang bertanggungjawab dalam membuat blog khas untuk menghina Allah, Rasulullah S.A.W dan Islam telah dibongkar.

Seperti yang ditunjukkan dalam page tersebut inilah orangnya,



*Menurut page tersebut, inilah individu yang yang dikenali sebagai Sitt Al Wuzara @ ADLIN BINTI ABDUL JALIL







Lihat kuku yang ada pada gambar di atas kemudian lihat wajah yang berambut perang di bawah.



Itulah hadiah dari mereka buat ummat Islam bersempena dengan Aidilfitri ini. Segala butiran terperinci ada di sini Pendedahan esklusif siapa sebenar 'sitt al wuzara'. https://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan operasi pembongkaran ini, kumpulan yang bergelar Gaysec, Anonymous dan KID-CSI TEAM merupakan hackers. Ucapan tahniah buat kumpulan ini atas kejayaan dan kemenangan mereka dalam mengalahkan golongan yang menghina Islam. May Allah bless us...

- sumber

Khamis, 1 September 2011

Adolf Hitler Meneladani Citra Seorang Pejuang Islam?-malaysiakini


Adolf Hitler Meneladani Citra Seorang Pejuang Islam?


Bila disebut Zionis maka tak boleh lari dari mengaitkan Yahudi. Sebut Yahudi maka akhirnya mesti Zionis. Zionis-Yahudi dan Yahudi-Zionis! Akhir-akhir ini isu berkaitan APCO, Zionisme, Anwar Agen CIA-Amerika-Yahudi, Persidangan FBI di KL dllnya hebat bermain di media massa, elektronik & media mulut..semuanya berlegar yang akhirnya kembali kepada tajuk dan isu hakikinya..YAHUDI-ZIONISME. Atok baru-baru ini ada menerima emel dari pembaca yang ingin berkongsi kisah berkenaan si Adolf Hitler..emel ini mungkin juga ada di antara pembaca yang menerimanya. Kisahnya seperti berikut...

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua…

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya… lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “ Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.- APA PANDANGAN PEMBACA?

Rabu, 31 Ogos 2011

JENIS ORANG DAN KENTUT MEREKA






*Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

* Orang tak ada KERJA Orang yang baca entri ni sambil ketawa dan terkentut-kentut.. kah..kah..kah..kah..

Ahad, 28 Ogos 2011

AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!!




Bil air 20sen jer... ngarutlah..kah..kah..kah..

Aku nak kongsikan dengan korang bil air salah sorang jiran aku ni.. dia ni orang atas pagar..
bukan menyokong mana-mana parti.. tetapi dah tentulah dengan menjadi jiran aku,dia mendapat banyak input tentang Kerajaan Pakatan Rakyat.. dan sikit sebanyak,apa yang aku sampaikan kat dia memang masuk dalam kepala dia... dan dia pun mula berani cakap yang "pemimpin kerajaan BN ni banyak "sembang" jer... tapi abok pun takde... "

"cakap nak lawan rasuah,tapi dorang sendiri yang rasuah.." itu kata dia yer.. bukan kata aku.. dan sudah tentulah aku setuju dan aku gembira bila dia nampak semua tu...

dan semalam,dia tunjukkan aku bil air dia,dia kata masa Khir Toyo dulu tak pernah macam ni.. sebenarnya dia ni dah berbulan-bulan tidak bayar bil air sejak pakatan ambil alih Selangor... tapi tak pernah tunjuk kan kat aku bil air dia.. tapi semalam tah nape,dia tunjukkan kat aku bil air dia.. aku pun apa lagi..aku ambik dan kongsikan dengan korang ler.. korang tengok sendiri ok..



ini bil air yang dikeluarkan di negeri Selangor... bukan di Perak, bukan di Johor, bukan juga di Melaka yang dikatakan maju tu..

aku harap korang hargailah apa yang Pakatan Cuba buahttp://www.blogger.com/img/blank.gift untuk mengembalikan hasil Negeri kepada rakyat Selangor... kalau kita bagi UMNO menang pada PRU 13 nanti... mungkin jiran aku dan ramai lagi yang menikmati bil yang macam ni sekarang tidak akan dapat menikmatinya lagi..

Kerana UMNO adalah penghisap hasil rakyat jelata..- lianglahad

Note: Pemimpin umno yang kata " AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!" kah kah kah kah

AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!!




Bil air 20sen jer... ngarutlah..kah..kah..kah..

Aku nak kongsikan dengan korang bil air salah sorang jiran aku ni.. dia ni orang atas pagar..
bukan menyokong mana-mana parti.. tetapi dah tentulah dengan menjadi jiran aku,dia mendapat banyak input tentang Kerajaan Pakatan Rakyat.. dan sikit sebanyak,apa yang aku sampaikan kat dia memang masuk dalam kepala dia... dan dia pun mula berani cakap yang "pemimpin kerajaan BN ni banyak "sembang" jer... tapi abok pun takde... "

"cakap nak lawan rasuah,tapi dorang sendiri yang rasuah.." itu kata dia yer.. bukan kata aku.. dan sudah tentulah aku setuju dan aku gembira bila dia nampak semua tu...

dan semalam,dia tunjukkan aku bil air dia,dia kata masa Khir Toyo dulu tak pernah macam ni.. sebenarnya dia ni dah berbulan-bulan tidak bayar bil air sejak pakatan ambil alih Selangor... tapi tak pernah tunjuk kan kat aku bil air dia.. tapi semalam tah nape,dia tunjukkan kat aku bil air dia.. aku pun apa lagi..aku ambik dan kongsikan dengan korang ler.. korang tengok sendiri ok..



ini bil air yang dikeluarkan di negeri Selangor... bukan di Perak, bukan di Johor, bukan juga di Melaka yang dikatakan maju tu..

aku harap korang hargailah apa yang Pakatan Cuba buahttp://www.blogger.com/img/blank.gift untuk mengembalikan hasil Negeri kepada rakyat Selangor... kalau kita bagi UMNO menang pada PRU 13 nanti... mungkin jiran aku dan ramai lagi yang menikmati bil yang macam ni sekarang tidak akan dapat menikmatinya lagi..

Kerana UMNO adalah penghisap hasil rakyat jelata..- lianglahad

Note: Pemimpin umno yang kata " AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!" kah kah kah kah