SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Sabtu, 4 Julai 2009

Astaka bkt gedung ni apacerita-malaysiakini

termenungla.... aku tunggu pelanggan takkunjung tiba,
Apa nak jadi,apa dah jadi


sampai sekarang tak ubah lagi........................


Al kisah astaka kat bukit gedung bayan baru


Dahlah gerai nya kena kepung,Ada orang asing pulak berniaga kat situ,


Apa Ahli Majlis tak korek ,korek.corect ke.


Didalam astaka tu ada 8 gerai air ditengah tengahnya.3 peniaga orang tempatan


1 bangla itupun dah 10 tahun berniaga kat situ.4 lagi dari india .


Apa cerita ni........ada orang dalam MPPP buat kerja ni.Cuba semak balik

penyewa penyewa yang menyewa gerai tu.kebanyakan ada kaitan dengan pekerja dan pegawai dalam,Kerajaan dah tukar ,Ini lah masanya kita buat perubahan .

mereka sewa dengan kadar murah dan menyewakan pada bangsa asing dengan harga yang tinggi.Mereka guna nama keluarga atau saudara mara,tapi tak berniaga pun.


Dulu gerai gerai ni dibangunkan untuk peniaga yang berteraburan diluar.

Biasa lah puak umno ni bila dengar nak buat gerai semua mau sebijik.Maka kena buat

gerai tambahan,Itu yang gerai jadi sebesar jamban dan 2 meja kerusi.nak meniaga apa

kalau dua meja,pelanggan dok 2 jam,keras tokeh.................


Pi lah tengok astaka tu ,buatlah perubahan,cadangan Tun Ialah pecahkan saja gerai yang ditengah tu,peniaga minuman tu diubah kegerai tepi,kerana gerai tepi pun banyak kosong.

Dari dok biar kosong lebih baik diperbesarkan gerai gerai tu.

Bila gerai tu penuh baru ceria dan menarik,Buatlah signboard grand sikit....

Buat lantikan pemerhati 3 hingga 4 orang tempatan yang berniaga disitu untuk memantau gerai gerai itu.




Khamis, 2 Julai 2009

kejadian bukit berembang berulang-malaysiakini







Dulu isss... bukan main lagi,siap duduk dibarisan hadapan lagi bila nak perjuangkan hak rakyat,kalau ada saja kawasan yang nak diroboh geng geng tu sampai awal,



Mai pinjam sat hiller tu,Mula lah suara suara untuk rakyat dilaung begitu kuat bersemangat lagi anggun.



Ni lah cerita pasal tempat tempat nak kena roboh,macam Kampung Buah Pala.Nak dirobohkan



kerana ikut sangat arahan pemaju.



Apa tak bolehkah dengar rintihan rakyat tu.



Dulu masa tak jadi YB ,tak kira arahan mahkamah ke,apa ke janji lawan untuk rakyat



La ni dah jadi lain pulak,Tun tahulah kita kerajaan ,tapi benda macam ni tun takan ikut



Tun akan lawan bersama rakyat.



Mereka dah duduk berapa lama.bagilah saja geran,kenapa tiba tiba jadi tanah pemaju.



bila masa pi masuk nama kat pejabat tanah,cekap cekap.................

klik ni gambar gambar http://http://www.flickr.com/search/?q=kampung+berembang&s=int&page=2




sat tun nak dengar lagu AMY SEARCH






aku dah bosan ,aku dah bosan aku dah boasannnnnn....

Selasa, 30 Jun 2009

Henry Gurney perancang penempatan yahudi-malaysiakini

Bergambar beramai ramai ketika ulangtahun komunis malaya
flayer propoganda british
'Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya dan pemikiran beliau.'

Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan kehadiran anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.

Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.

Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.

Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin (1946 – 1948). 'Jasa' beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948 tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.

Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka, Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan kapitalisme amalam British.

Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan menentang negara.

Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.

Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh) atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.

Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.

Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.

Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang menentang penjajah.

Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut dijajah British untuk mempertahankan 'keamanan' dan 'kestabilan' kerajaan penjajah British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi apa.

Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan 'psywar' untuk mengheret sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan komunis.

Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah British.

Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan dikawal umpama 'Presiden Tanah Melayu'. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera penjajah) didepanya.

Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.

Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak dicederakan.

Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing digerakkan secara besar – besaran memburu 'pengganas' komunis. Digambarkan ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.

Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang sehingga kini menjadi masalah dunia.

Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.


“Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis”

Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan penjajah, kita tidak kisah.

Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.

che'GuBard bukan penganut komunisme, tetapi tidak hairan lepas membuat posting ini ada juak yang membuat tuduhan che'GuBard komunis kerana mereka mewarisi taktik Henry Gurney.

Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat dia mengajar menjadi Markas PAS. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan 'aparat' bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak. Mana lebih kejam serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh isterinya atau serangan 'aparat' bersenjata Regim Bn ke atas pondok agama di Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?

Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan.

Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.

Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah diletakan baru baru ini. Adakah 'regim warisan penjajah' ini tidak tahu akan sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau 'regim' ini tidak kisah dengan kekejaman zionis.

Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini tidak kisah.

Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan che'GuBard hanya menulis berdasarkan sentimen bukan fakta.

Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.

Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr. Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam. Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila klik membaca lanjut isu pelobi yang dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.

Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.

Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.

Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.

Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....

Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)


EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)


Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan.................. Kini masa anak muda untuk bangkit melawan kebodohan....Kita seharusnya bosan dengan memu momokan 'perkauman' yang sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang oleh regim pewaris penjajah ini.

Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia versi Rakyat dengan rukun pertama merdeka dari politik perkauman.

Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.
link chegubard

Sabtu, 27 Jun 2009

Ingat tak kes Puteri Diana-malaysiakini


terowong kemalangan yang menimpa dodi dan lady diana








Nasib Arwah Milkhael (jacko) mungkin sama dengan Puteri Diana????Arwah pun dah mula berdakwah deagan yusof islam(cat steven)biasa lah musuh islam...
Tun tahu kerja kerja agen amerika ni.....
tengoklah apa dah jadi dengan Angkasawan pertama kita
Neil Amstrong.Namanya tak diiktiraf oleh Amerika kerana memeluk islam

sEMOGA rOH NYA DICUCURI RAHMAT.
Lady Diana juga meninggal pada hari kita menyambut ulangtahun kemerdekaan malaya 31 august 1997
Puteri lady diana Tak sempat nak memeluk islam
Maklumlah bila islam tu nak berkembang ,musuh akan cari jalan untuk menghalangnya.
macam juga tanjung pengharapan siapa yang jumpa dulu.yang dapat nama Chistropher Columbus,Padahal kalau takde si Ibnu Majid tu siapa yang nak bawa dan jadi penunjuk jalan pada columbus,tapi lembu yang punya susu ,sapi dapat nama.Dah kapal tu dan kaptennya columbusdah tentu namanya disanjung.
Kenapa Benda benda pelik perihal islam semuanya tak termasuk dalam buku rekod 7 benda dan kejadian pelik didunia?????
Siapa yang ada jawapan tepat Tun akan Hadiahkan sebilah keris tak taming sari.......Talian hayat tak perlu.








Jumaat, 26 Jun 2009

Berhenti dari robohkan gerai itu-malaysiakini

Apa istimewanya pendatang ni berniaga dengan rakyat pulau pinang.
Restoran Hameed kat tanjong siap pasang khemah lagi ,bukan saja didepan kedai malah dia susun stall nya sampai 50 kaki jaraknya.




Bila Tun dengar Ahli majlis kata runtuh ,runtuh atau roboh ini undang undang,prosuder kononnya



rasanya nak jer ihhh.................



Ini kisah peniaga kat pantai seagate lah bro.Kerana dendam kan seseorang tu ,dia gunakan kuasa yang ada untuk menyerang kawasan yang ditadbir musuhnya.Apakah jadahnya ni...........

peniaga melayu yang jadi mangsa.Sat ni aku kata ahli majlis ni banggang baru tau ,opsss dah terlepas cakap pun.
Setahu Tun memanglah gerai untuk mereka tu dah disediakan,tapi anda semua sedia maklum
gerai itu dibuat dari zaman taklukan BN.Gerai tambahan itu dikontraktorkan si shahidan(ala yang bertanding dengan helmi baru baru ni.dulu ketua pemuda umno balik pulau.
Maka untuk melepaskan BATOK DITANGGA(faham ke maksudnya ,ala zaman dulu kan bila kita nak naik kerumah kampung kat sebelah tangga ada tempayan besar dan juga ada satu senduk yang diperbuat dari tempurung,itu lah yang dipanggil batok.Bukan batuk argh arghh arghh .Ingat tak bila kita nak gunakan dia kita ambil dan ceduk air dalam tempayan dan terus lempar/lepaskan ditepi tangga.Maknanya gunakan untuk kepentingan kita dah dapat yang dihajat,pi mampos lah dengan orang orang tu.
Tu yang gerai tu main bikin saja ,tak buat kajian hidup ka mati ka berniaga disitu.
Tapi Tun sendiri pi ke gerai tu ,memang tak ada pelanggan yang masuk,Baik peniaga tu
dok rumah saja dari diberi gerai sebegitu.Laluan masuk pun tarak...........
gerai dibelakang ,dilindungi meja meja ikan bakar ismail ,gerai lama pun masih banyak kosong.
Tun bagi Idea sikitlah .Gerai ismail ikan bakar line yang pertama tu (gerai lama) MPPP
robohkan ubah isnail tu pi gerai baru kat belakang,maka parking pun akan bertambah luas,Baru peniaga yang ditepi pantai dapat keadilan . gerai itu akan jadi bentuk L.
Lagipun buat yang syok nak kacau sangat depa tu.tempat lain lagi la.24 jam dok kat kaki lima
kedai .contoh restoran mamak.mamak ni bukan mengundi pun.sebab bagi nasi free,sponser
Itu yang tak kacau sangat .
Bukankah YB dan orang kawasan tu tengah berbincang untuk buat sesuatu cadangan untuk
peniaga disitu........
Hakim pun bukan ikut sangat undang undang,hukuman dia akan beri atas belas kasihan dia jugak ,mungkin dia boleh ringan kan hukuman atas sebab kemanusiaan.......
hanya syaitan berhati binatang bertelinga kan badak saja yang tiada perikemanusiaan.
Peringatan!!!
Roboh atau musnahkanlah tempat mereka mencari rezeki
namun mereka tetap akan tumbuh dan berniaga dimana saja
kerana itu saja sumber rezeki mereka.
bukan macam sesetengah orang itu
sudah cukup kaya dengan duit haram
untuk membesarkan keluarga mereka.....

rupa paras penulis blog TUNSABAN muncul-malaysiakini

Khamis, 25 Jun 2009

keluar umno masuk umno-malaysiakini

woww.....ada program besar kat padang matang batu maung bulan depan...
jangan tak terkejut bila ,Ada bekas umno ni akan keluar PKR masuk umno balik.
Dikatakan malam tu ada seorang ketua pemuda dan naib ketua dari sebuah parti
datang menemui dan berbincang sesuatu.............................
kak keh kuh............................
orang kampung dah tau................................
sape orang tu..........tak payah lah nak buat drama................
pelakon tu pun pernah berlakon dalam filem"lonceng maut" arahan husain abu hassan
lewat 80 an dulu.Tapi kepala dia saja yang sama ngan pelakon tu......