SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Jumaat, 30 Oktober 2009

Pembersihan Ahli Pkr yang kotor-malaysiakini

Satu lagiprojek umno Barisan Nasional
Kawan-kawan saya minum bersama saya pagi tadi di Restoran Subaidah bertanya kepada saya apakah pandangan saya terhadap tindakan beberapa pemimpin parti KEADILAN yang meletakkan jawatan didalam parti bahkan yang keluar parti.
Saya langsung tidak risau walaupun sedikit. Jelas saya nyatakan bahawa puluhan ribu ahli UMNO sudah keluar parti, ada yang masuk PAS dan ada yang masuk KEADILAN.
Sesetengah mereka itu masuk kerana kesedaran, ada sesetengah mereka itu tinggalkan UMNO kerana keciwa tak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Ada diantara mereka itu yang ada pengaruh, dan diterima menjadi pimpinan samada dalam PAS atau KEADILAN.
Dan apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendakki mereka keluar pula dari PAS atau KEADILAN.
Yang paling banyak berhijrah ke parti-parti lain adalah dari UMNO, merekalah yang banyak keluar. Mungkin 1/3 atau lebih dari anggota-anggota KEADILAN adalah dari UMNO, kadang-kadang mereka ini terbawa-bawa dengan budaya yang mereka ambil dari UMNO.
Orang-orang UMNO suka berkomplot, suka fitnah-memfitnah, suka menjatuhkan sesama sendiri, dan perkara ini kadang -kadang terikut-ikut juga dalam KEADILAN.
Tetapi bukan semua mereka dari UMNO itu yang berperangai buruk sedemikian rupa. Lebih ramai yang baik, mereka keluar dari UMNO kerana keinsafan dan kesedaran, mereka tidak suka sifat-sifat buruk didalam UMNO, mereka menyertai KEADILAN dan mereka tidak mahu sifat-sifat buruk itu berlaku didalam KEADILAN.
Mana yang nak keluar dari KEADILAN itu, keluarlah, tak siapa yang nak dan boleh menghalang mereka. Mungkin, mereka tidak dapat apa yang mereka hajatkan dari KEADILAN.
Seperkara yang pasti bahawa didalam KEADILAN tidak ada projek ini dan projek itu, dan jauh sekali kalau nak jadi exco atau menteri, kerana KEADILAN adalah sebuah parti pembangkang diperingkat Persekutuan.
Namun, jika KEADILAN memerintah pun, tak semudah itu projek-projek dan kontrak-kontrak akan diberikan kerana jelas dasar dan dinyatakan didalam manifesto KEADILAN bahawa parti itu menentang kronism, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.
Saya tengok pemerintahan Negeri Selangor tidak ada pemberian projek secara pilih-kasih kepada kroni-kroni. Kontrak-kontrak diberikan secara tender terbuka. Semua orang berpeluang mendapat kontrak termasuk kontraktor-kontraktor dari UMNO dan lain-lain parti. KEADILAN bukan sekadar hanya bercakap tetapi apa yang dicakapkan adalah dikotakan.
Ada orang tidak suka dengan keadaan ini, mereka kata, didalam pemerintahan UMNO hanya ahli-ahli UMNO dan kroni pemimpin-pemimpin saja yang dapat projek dan kontrak, kenapa didalam KEADILAN tidak dibuat begitu?
KEADILAN berjuang untuk keadilan untuk semua, kerajaan KEADILAN adalah kerajaan untuk semua rakyat, dan dengan melakukan keadilan untuk semua, rakyat boleh menilai dan rakyat akan terus menyokong KEADILAN.
Pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri eloklah keluar dari parti supaya perbuatan dan tindakan mereka yang akan menyeleweng itu tidak merosakkan parti.
Orang-orang seperti itu elo0klah berada didalam UMNO dan lain-lain parti didalam BN dan tidak ada faedahnya jika mereka menempel didalam KEADILAN, dan bagi KEADILAN pula tindakan mereka itu bolehlah dianggap sebagai pembersihan parti.
So, saya tidak risau, bahkan mengalu-alukan supaya mereka keluar dari KEADILAN

Khamis, 22 Oktober 2009

Pemuda umno minta raja raja jgn campur_malaysiakini


Saja Tun nak kasi panas balik,kepada pembaca pembaca baru,ketahuilah yang Umno mahathir lah zaman merosakkan kedaulatan Raja Raja Melayu.
hari ini mereka tuduh pembangkang yang biadap pada raja raja.
mereka terlalu berani kondam sultan,RTM pun apa kurang nya,tayangkan filem filem kezaliman raja raja.tujaun untuk menaikkan kemarahan rakyat pada raja raja ketika itu.
jangan nak ubah sejarah lagi,macam mana buku buku sejarah mata pelajaran diubah agar kita
tahu yang UMNO sajalah yang memperjuangkan kemerdekaan .

Isnin, 19 Oktober 2009

Tuan guru lebai malang-malaysiakini


Presiden Parti umno semalaysia(PUS)
Kekadang bukan nak kata pelik,tapi benar belaka.
sejak dua menjak ni,wa bukan main sinajib ni,cakap pasal agama,pasal hukum
alhamdullilah kalau betui ikhlas nak tegur rakyat,nak jaga rakyat,tapiiiii
tang bini hang tu najib,awat tak kene kena kan tudung lagi.peluk sana sini.
memalukan malaysia saja.
Negara islam.mcm mana kita ni negara islam.mahkamah islam pun kena pertikai.nak
kena sebat pun geng rambut merah mengamuk,orang kafir kacau perundangan islam.
apa jabatan agama islam buat,diam kematu.
malang sungguh nasib kau najib oiii.

Amaran kepada JAG dan sis supaya tarik balik kata kata dan jangan sesekali menghina islam.
Kami akan bangkit dan kini sedang bangkit menentang musuh islam.danislam takpernah
bermusuh dengan sesiapa.

Ibu ketua amk kedah meninggal Al-Fatihah-malaysiakini

Al-fatihah kepada ibu ketua pemuda amk kedah saudara Saiful Izham Ramli
jenazah akan dikebumikan lepas solat asar hari ini.

Isnin, 12 Oktober 2009

mulalah perang saudara UMno vs umnOK-malaysiakini


Kita sudah sedia maklum,dan terang lagi yang Bn akan menang dengan undi pos yang memang dipaksa berpihak kepada Bn.
malahan ramai anak muda disajikan dengan pelbagai rasuah kebendaan dengan duit raya rm100 seorang ,ada lesen perniagaan bagi Rm1000 ,pinjaman tekun rm 10.000 diluluskan .
jamuan "makan" raye, bukan kata hari hari, malah selang 1 kilometer "jamuan"diadakan ,rumah mewah estet bernilai RM115 juta juga disedia kan untuk orang india.
Persatuan motor mini cross yang baru didaftar pun dapat peruntukan buat trek,siap pecah tanah lagi.Bak kata masuk si ISA ni macam macam benda rasuah yang diajar dan diberi pada anak anak muda dan rakyat n.sembilan.
Ada kawan Tun yang mengundi disana,dulunya pangkah PKR(parlimen pr12)tapi baru baru ni dia pun dah tersesat,Tapi dia beri juga maklumat,Dia kata ada orang umno yang telefon dia bagi tau minta minta sangat pangkah BN,mereka tahu dulu dia pangkah PKR,Tu apa cerita,tapi kawan ni kalau dipanggil saksi dah tentu berpihak kepada BN.
Ada hikmah nya kemenangan untuk mereka
maka mula lah detik perperangan "saudara' antara umno ngan umno


Semua undi pos disebat oleh Bn secara paksa dan janji habuan.
maka majoriti kemenangan umno masih tak nerubah,kalau kita tengok
draf diatas.kalau pas dapat separuh undi pos itu ,pas masih mempunyai
pengundi yang banyak.
kita tunggu PRK 13 insaallah......

Sabtu, 10 Oktober 2009

3 billion PKR kayalah-malaysiakini

Kalau 30 ribu boleh jugak buat pertimbangan.ni 3 billion ,biar betul Bro.
macamtu punya banyak,tak susah kami bila pi prk mana-mana.
ni nak pi Bagan Pinang pun tarak duit,Parti pun tarak duit.
kalau 4.5 juta saman DSAI yang menang tu, dari pengarang buku 50 dalil kenapa
Anwar tak boleh jadi PM,mungkin parti boleh ada duit.
pasai merepek khairy ooiiii.
Tun tau lah kawan kawan tun macam mana.

Jumaat, 18 September 2009

Manusia Zaman Kuno-malaysiakini

Mitos, Misteri Dan Lagenda:Membongkar Rahsia Teknologi Manusia Zaman Kuno.


Ramai dari kita yang mambayangkan, manusia zaman kuno yang hidup ribuan atau jutaan tahun yang lalu adalah manusia zaman batu, tidak berpakaian dan tidak berteknologi. Jangan terperanjat, bahawa penemuan arkeologi oleh ahli-ahli sejarah adalah sebaliknya, iaitu teknologi mereka sanggatlah tinggi dan luar biasa dan boleh dikatakan setaraf dengan teknologi kita sekarang.

Bahkan ada yang menyatakan ianya lagi futuristik berbanding zaman sekarang. Mungkinkah disebabkan oleh faktor tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi? Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu di mana manusia sudah berteknologi, maka barulah manusia meneroka kembali rahsia-rahsia sains.

Beberapa contoh penemuan ajaib yang boleh dianggap mengejutkan dunia sains hari ini ialah, antaranya pada tahun 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm. Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu!

Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta. Maka penemuan itu membuktikan bateri cipta lebih awal lagi. Sepatutnya, Count Alessandro Volta tidak boleh diktiraf sebagi orang yang pertama mencipta bateri.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus 'menafikan' Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831. Jangan terperangat hasil dari Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt!!!

Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu. Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16.. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Antara penemuan lain yang dianggap luar biasa ialah, Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai 'kalkulator' atau mesin pengira yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Tahukah anda, bahawa raktor nuklear juga telah wujud sejak zaman kuno lagi? Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika. Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini. Maka manusia terpaksa menkaji untuk mendapatkan rahsia sains mereke. Ini bermakan teori ato, yang diasa kan oleh albert Ensatain telah dipraktikkan sejak zaman kuno lagi. Persoalan timbul sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Teknolgi jantung tiruan pula, manusia kuno juga adalah orang yang awal mencipta dan menggunakan jantung tiruan. Tahukah anda, di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Manakala teknologi robot pula sebenarnya telah dipolopor sejak zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut. Antara ciptaan Ma Daifeng juga adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Dari segi teknologi kenderaan pula, manusia kuno tidak kurang hebatnya dimana ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Jangan terperanjat bahawa gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui!!!

Jadi, apakah yang boleh kita boleh belajar dari penemuan teknologi kuno ini? Antaranya ialah keupayaan manusia zaman kuno, jika dikaji dan diterokai ilmunya memungkinkan manusia boleh mencanggihkan lagi teknologi masa kini. Disamping itu, manusia zaman sekarang terutama Amereka Syarikat dan Eropah, jangan terlalu angkuh kerana berjaya mencipta bermacam-macam terkologi yang berkemungkinan telah diketahui atau digunakan sejak zaman kuno lagi!!! Mungkinkah manusia dulu telah menggunakan komputer? Mungkin juga, kalau tidak bagaimana mungkin mereka boleh mencipta piramid dan membuat lukisan gergasi di gurun Nasca (baca artikal sebelum ini)… Atau adakah teknologi- teknologi tersebuat hasil ciptaan manusia atau UFO?

Walhualamm…