SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Rabu, 3 Februari 2010

DAP MENINDAS ORANG MELAYU-MALAYSIAKINI

Seramai lima ahli dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya pada kira-kira 8.30 malam tanggal 31 Januari 2010.

Mereka mengatakan kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP kejam dan zalim bagaikan Israel. Oleh kerana itu, mereka rasa terpanggil untuk mewakili kesemua kaum Melayu untuk bangkit dan bersuara.

Faktor yang menimbulkan kemarahan ini adalah disebabkan oleh perobohan beberapa gerai makanan di tepi laut oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

Pada masa yang sama, Kerajaan Pulau Pinang yang terdiri dari Exco-exco kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan ada mengadakan sessi bersama media.

Timbalan Ketua Menteri 1, YB Mansor Othman, YB Chow Kon Yeow Exco dan Pegawai Daerah Timur Laut menerangkan isu sebenar kepada kesemua! yang hadir termasuk MPPP, PBA, PDC dan ahli media.

TENGOK YOUTUBE KAT ATAS.kEDAI CINA YANG KENA RUNTUH MEDIA TAK CERITA.KAT SG NIBONG SEBELAH SHELL HAMPIR 50 GERAI CINA JUAL BABI DAN ARAK TELAH DIROBOH KEDAINYA.DAN TELAH DIAMBIL TANAH SEMULA OLEH JABATAN AGAMA ISLAM,DULU PUAK UMNO NI KASI SEWA SAMA CINA.......LA NI KITA AMIK, BALIK....

lapan kampung nak, kena roboh -malaysiakini

Wakil penduduk di sebuah penempatan setinggan di Johor Bahru menuntut supaya menteri besar menganjurkan pertemuan bagi menyelesaikan masalah pemindahan hampir 3,000 penduduk di lapan kampung di kawasan tersebut.

Penduduk meminta supaya pertemuan itu juga dihadiri wakil rakyat, unit perancang ekonomi negeri Johor (UPEN, mewakili menteri besar) dan juga Malaysian Resources Berhad (MRCB) yang merupakan pemaju projek pembinaan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

Setakat ini, projek itu masih terhenti di Kampung Belantik, salah sebuah daripada lapan kampung terbabit, kerana penduduk berkenaan masih belum berpindah, kata pengerusi jawatankuasa induk bertindak bagi kawasan setinggan berkenaan, Syed Othman Syed Abdullah.

Turut terjejas ialah penduduk di Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Makmur, Kampung Desa Jaya, Kampung Tengah, Kampung Tok Siak, dan Kampung Bakar Batu dan juga Kampung Hajah Hasnah.

Syed Othman menjelaskan, penduduk berkenaan yang diberi tempoh sebelum 2012 untuk berpindah, kini masih tiada jalan keluar kerana unit rumah pangsa untuk menggantikan rumah setinggan sedia ada, masih belum pun didirikan.

"Jadi kita mahu jaminan daripada kerajaan negeri untuk penduduk ini berpindah ke mana, sebab rumah yang dijanjikan di Stulang Baru itu belum buat lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau juga hari ini menyerahkan memorandum kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman bagi meminta beliau campur tangan dan segera bertemu penduduk.

Syed Othman menjelaskan, isu pampasan kepada penduduk berkenaan juga perlu dijelaskan kerana kenyataan ahli parlimen Pasir Gudang, Datuk Khaled Nordin semalam didakwa mengelirukan.

"Semalam Datuk Khaled Nordin beri kenyataan (seperti dilaporkan media) hanya seramai 1,382 penduduk yang dapat gantirugi sedangkan bancian menunjukkan seramai 2,973 orang penduduk yang layak,” katanya.

Jelasnya, gantirugi berkenaan, yang akan dibayar oleh MRCB, adalah sebagai sagu hati sebanyak RM380 sebulan, selama tiga tahun, sebagai sewa bagi rumah gantian (berjumlah RM13,680).

Menurut memorandum tersebut, MRCB juga akan membayar kepada penduduk berkenaan sebanyak RM2,000 sebagai kos pemindahan.

Ia juga menyebut, penjelasan dari ahli parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Samad dalam majlis taklimat bersama penduduk itu kelmarin, juga mengelirukan kerana meminta penduduk tidak berpindah, sedangkan MRCB terus menekan penduduk supaya berpindah.

Sehubungan itu, pemaju projek penempatan semula tersebut, Tebrau Teguh Sdn Bhd juga diminta memberikan penjelasan kerana perkembangan projek pembinaan itu berjalan dengan sangat "lembab dan perlahan."

Selain itu, memorandum itu berkenaan turut menuntut supaya penduduk terlibat tidak perlu menyewa unit rumah kos sederhana rendah bagi penempatan semula itu, sebaliknya diberikan status hak milik kekal.

Dihubungi petang ini, setiausaha politik menteri besar, Dr Gunawan Mahmood mengesahkan menerima memorandum tersebut daripada sekumpulan penduduk berkenaan pagi ini.

Katanya, tarikh bagi pertemuan seperti yang dituntut wakil berkenaan bagaimanapun belum ditetapkan, namun beliau telah memanjangkan perkara itu kepada UPEN dan juga ahli exco Ahmad Zahari Jamil.

mai dari Putrajaya,jadi pendatang kat melaka-malaysiakini





Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.


Menurutnya lagi, kenyataan Nasir itu juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.

Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

Memang dasar PM dasar perkauman,dah terlepas tembelang apa yang bos dia nak cakap atau depan melayu cakap lain,belakang melayu cakap lain,contoh isu kalimah Allah ,ada negeri boleh pakai ada negeri tak boleh pakai,apa la musibat punya ketua negara.nah sekarang sape mau kaya pi lah ke sabah dan sarawak.macam macam dilaborkan disana,kat semenanjung ilek pocik....kah kah kah satu malaysia

Tun selalu pi Roadwalk kat jalan kulit penang , dari dulu dah tengok,bukan sekadar satu malaysia, macam macam bangsa peniaga yang ada disana.



Sabtu, 23 Januari 2010

Ayam turun rm2.99 sekilo menjelang raya-malaysiakini


Semalam Tun ke Tesco untuk membeli beberapa ekor ayam...wow very chip lah harganya ,Hanya rm4.88 sekilo ayam bersih....Tun tanya pada sepemotong ayam tu ,Kenapa murah ayam bulan ni ,lantas jawab si pemotong ayam tu,tu kira mahal lah,nanti dekat sambutan hariraya cina ni boleh turun sampai rm2.99 sekilo.
Tahun lepas pun harga turun sampai macam tu.......Kementerian tak payah nak control harga siling ke lantai ,dinding dan apa saja.
Tapi yang mendukacitakan bila hariraya islam (melayu) harga dikontrol kerajaan paling murah rm6. dan boleh pi tinggi lagi.
Apa kah semua ini.Kenapa kerajaan Bn tak perihatin kepada rakyat yang beragama islam...
bukan menidakkan hak orang yang beragama lain tapi berlaku adil lah.
Sudahlah bila tampuk pemerintahan Najib pelbagai perkara yang buruk banyak berlaku,Hingga isu Kalimah Allah pun tak boleh nak selesai,betoi betoi lawak bodoh bin auta.....
sekarang bakar membakar dah mula terjadi.patutnya Najib kena letak jawatan......
letak jawatan.....letak jawatan.....

Isnin, 4 Januari 2010

Lepaih jumpa Agung,Najib digelar ular mak-malaysiakini


Wow Najib dah jadi hero islam.......Baguihlah kalau dah sodar,lepaih dia pi jumpa Agung ni ,
media mesti angkat dia lebih dari ulamak lagi....
Umno ni tak habis dengan drama....sampai kalimah Allah pun depa nak politik kan.
Bagi Tun lah Orang kafir tak berani nak gunakan sebarangan Nama Allah,adalah dalang yang buat semua ini,Siapa pun marah kalau Tuhan masing masing dipersenda ,Atau disebut untuk kegunaan menghina atau ada agenda jahat,bagi Tun apasalah kalau nak digunakan mengikut garis panduan yang tak membangkitkan isu sensitif.Kita kan ada Kdn yang kontrol akta cetak,setiap keluaran mesti ditapis dulu.
Nampaknya yang tak berapa faham jangan main serbu sahaja,Islam bukan macam tu...
Kita kaji dulu jika benar gunakan nama Allah untuk menghina,Kita lancarkan *****kerana memang depa dok cari pasai la tu.
Ni dok keluar TV "kami bukan kira parti politiklah ,kami inilah itulah"pi dah .......
Takan tak tau kot, Umno sedang buat isu perkauman dan agama......tak reti lagi....ke
sabar kita hidup dah aman.
Malam ni kita tengok TV3, perjuangan islam Najib dan Najb lah perjuangkan islam.
TGNA lah jahat dan macam lagi. Mahkamah dalam tangan mereka ( kerajaan) kenapa tak
guna ikut belakang........
Penyangak Agama.....
Jangan politik kan agama dan Tuhanku,nescaya kami akan bangkit menentang sebagai tentera Allah menentang pengkhianat agama dan yang bermusuh dengan islam.

Rabu, 23 Disember 2009

Mari join BBQ malam new year-malaysiakini

BBQ Anda semua dijemput bersama dengan dikenakan RM 5 sahaja
tempat:Pantai Rubina telok ayer tawar butterworth
jam:8.30 malam
31 dec 2009 (Sempena sambut tahun baru)
hubungi :Zulkarnain 0195082933
tarikh tutup:29hb dec 2009
Menu
Satu Ekor kambing
ayam
udang
kerang
daging
sosej
ikan

Pat pat siapa cepat dia dapat

Isnin, 21 Disember 2009

Paklah perhubungan negeri baru p.pinang-malaysiakini

Sejak akhir akhir ni ,baru nampak teloq geng geng umno .Merontan sana meronta sini,buat macam macam perkara yang pelik.
La ni minta nak tukar perhubungan negeri BN.....wow dasat betoi...dulu masa umno menang banyak kerusi ,tak mau minta pulak.jadi pengecut,satu dalam Bn konon........
Diam tak diam depa tukaq,terduduk Umno bn..........orang melayu pun banyak dah dihambat keluar dari pulau.La ni nak salahkan PR pulak......
Melayu hancur kerana kamu lah pemimpin Umno.....Ekonomi pun didominasi oleh kaum lain...
Pelajaran pun hancur....
Baru ni Satu malaysoi pinjam kat kerajaan China 60 billion apahal pulak.tak cukup nak bayar
komisyen kot.....
Nampaknya 1 m,sia dah nak tumpo kata orang perak.....
Arghhhhh cakap pasai Perak ni ,apa ceritanya senyap je.....Abih tu orang melayu yang dulunya
bukan umno la ni dah jadi teruk dari Umno,wow bukan main dasat main api perkauman....
buat apa cakap tu semua,kita dah hidup aman,ni nak bakar semangat melayu pulak.....
Tun kekadang balik ke perak dah meluat ngan pesoalan -pesoalan yang tak masuk di akai.
umno kan Tuhan,dia yang tolong orang bagi makan ke tidak............
kalau takde umno habis lah m,sia .uwek uwek uwek.........
k, lah lama dah Tun menyepi sebab terlalu sibuk ujung tahun ni
ialah anak baru nak masuk darjah satu.......hua hua haa