BETING BERAS BASAH
Beting Beras Basah terletak di Kuala Sungai Perak, Daerah Hilir Perak. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke Negeri Perak. Di zaman munculnya Kerajaan Beruas dan Manjung terdapat juga beberapa daerah di Perak yang memerintah secara persendirian.
Di Temong misalnya terdapat seorang perempuan yang dikenali sebagai Tok Temong dan di Hulu Perak terdapat seorang lelaki bernama Tun Saban anak Bendahara Tun Perak Melaka. Begitulah keadaannya sebelum wujud kesultanan Perak.
Kesultanan Perak bermula pada kurun ke-16, apabila putera kedua Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir, setelah Negeri Melaka dikalahkan oleh Portugis pada T.M 1511 dilantik menjadi Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528.
Putera tersebut bernama Raja Mudzaffar Shah. Menurut cerita lisan yang diperolehi daripada Almarhum Sultan Idris Almutawakkil Alallah Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-33,
Nanti kita sambung lagi tauuuuu..............
Orang-orang Perak telah menyuruh Tun Saban menjemput Raja Mudzaffar untuk dirajakan di Perak. Waktu bakal Sultan ini mudik Sungai Perak, bahtera kenaikan Baginda telah tersangkut di Beting Beras Basah yang terletak di Kuala Sungai Perak.
Raja Mudzaffar telah berseru:
"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"
Selepas seruan Baginda diucapkan. bahtera kenaikan Baginda itu bergerak, dan Orang-orang Besar dan beribu-ribu rakyat Negeri Perak yang menyambut Baginda menyebut "Daulat Tuanku" tiga kali berturut-turut.
Kemudian Baginda diarak mudik Sungai Perak hingga ke tempat yang bernama Tanah Abang dan disitulah Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama.
12 ulasan:
tun saban perak ni@dah mati dlm cerita ni
ya.......nipiut miut dia dah muncul ,nak cari siapa yang membunuh tok moyang kami.kalau dari dulu zalim sampai sekarang keturunannya zalim,hanya orang bodoh saja yang menyembah manusia dan sanggup mati kerana raja yang macam tu,bukan mati ke jalan Allah.
Hidup Suku Sakat Tun Saban...!!! Tegakkan yang BENAR, cari KEADILAN yang sebenar...anda LAH sebenarnya yang SEPATUT berada di kedudkan RAJA DI HILIR PERAK sekarang ini..
Teman rase bior je yg dulu,kite tgk d hadapan.Dlam dunia ni,ade 3 peringkat je,yakni,semalam,hari ni dn esok.Yg buruk jdkn sempadan,yg elok jdkn teladan.Peristiwa kini dn tawarikh dulu byk telah membuka minda kite dn cara brfikir pun brbeda.Yg pasti kite PERLU menang d sume Bukit dn di Batang Ai.Usaha dn doa.Sayugia dingatkan BN 'dont play play'.Dulu,''the King maketh the man'' tpi kini ,'the man maketh the King'
Setelah to moyang Tun berkorban ambil satu manusia dari seberang untuk dijadikan raja,dah jadi raja,diambil anak tun saban jadi gundiknya ,sape tak marah.Lalu disuruh megat terawih bunuh tok moyang tun........
zalim zalim.kini tun merempat dinegeri orang kerna diperambat oleh puak umno....
Salam Tun,
sabar je...saya ada mengikuti cerita kisah lama riwayat Tun..macam juga berlaku semasa kesultanan Melayu Melaka,akhirnya akibat nafsu serakah,menghukum secara zalim...akibatnya..berkuburlah kerajaan yang gah itu!Apabila Allah kehendaki berlaku ianya tetap berlaku...kita yang terianaya "DOA" nya terlalu hampir..percayalah....lihat saja Melaka! negeri yang terkecil kini!!
akibat salah takbir..!!!!!
Sumpah setia Demang Lebar Daun - Sang Sapurba
Berteguh janji hingga ke anak cucu
Cura Si Manja Kini menjadi saksi
"Tidak Melayu menderhaka kepada Raja-nya,
Adil saksama ganjaran di beri
Memberi malu tidak sekali-kali"
Hikayat berlalu memecah gelora
Cura Si Manja Kini berlayar ke Melaka
Parameswara di tabal sebagai Maharaja
Cura Si Manja Kini menjadi lambang Kedaulatan Negara
Kekallah Kesultanan Melaka zaman berzaman
Sampai pula giliran Sultan Mahmud Shah
Portugis mengganas bagaikan syaitan
Musnahlah Melaka dimamah penjajah
Berundurlah Sultan Mahmud keserata negeri
Membawa sekeping hati dan alat kebesaran negeri
Kampar membenteng hamparan agar Baginda merajai
Kekallah pemerintahan tak kembali ke Melaka lagi
Cura Si Manja kini warisan anakanda
Raja Muzzaffar Shah bangsawan perkasa,
"Berangkatlah ke negeri Perak yang tidak beraja
Pusaka kesaktian Kesultanan Melaka terus dipelihara
"Zaman berlalu musim berubah
Cura Si Manja Kini pusaka bertuah
Menjadi lambang Kedaulatan Sultan Pemerintah
Warisan terpelihara, demikian sejarah di titah.
**********************************
Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka....
Kalau tak faham beraja... jadilah mike penderhaka.....
Apa maksudnya sekonkong tanah Minangkabau?
Tok temong dari keturunan raja. Awal ke Perak mengundur dari portugis. Pemerintahan di kiri sungai Perak.
Pembacaan baru.
Tok temong jalor asal Dari kerajaan lamuria. Dari ratu.....
Catat Ulasan