SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Selasa, 10 Februari 2009

Siapa sepatutnya raja muda(perlembagaan dipinda)-malaysiakini

Dia orang ingat kitaorang taktau ke.Sape yang patut jadi raja muda.tentulah raja dihilir,mengikut perlembagaan tubuh negeri perak.ni Anak dia pulak jadi raja muda.
Ada konsperasi mengubah perlembagaan masa ramli ngah talib jadi MB.
mai ler kita korek,korek,korek


Fakta sejarah:Tun Saban Balek adalah orang yang pergi ke kampar sumetera,dan membawa balik sultan yang pertama ke negeri perak.Sebelum itu perak diperintah oleh tun saban balek
anak tun perak yang lari ke perak.Setelah ditabal jadi sultan,sultan pun memaksa anak perempuan tun saban balek jadi gundiknya,ini menimbulkan kemarahan TUN.

Tun Saban Balek istiharkan perang dengan sultan,Sulatan mengarahkan Megat terawih
untuk menghapuskan TUN..................................berita lanjut buka.lanjutan kesultanan melaka(sejarah negeri perak)
Tok moyang Aku dibunuh.......................cissss

Sejarah Pembukaan

Mengikut catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Hulu Perak ialah Tun Saban, anak Tun Perak (Bendahara Paduka Raja, Orang Besar Istana Sultan Melaka) pada awal kurun keenam belas. Pada tahun 1511, setelah Kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah telah berpindah dan menubuhkan kerajaannya di Bentan. Pada tahun 1526, Portugis telah menyerang kerajaannya sekali lagi menyebabkan baginda terpaksa berundur ke Kampar dan menubuhkan kerajaannya di sana.
Pada masa itulah Tun Saban telah berhijrah ke Hulu Patani dan tinggal di satu tempat bernama Beredung Budi; kemudian berpindah ke Hutan Belum, di Hulu Perak, dan membuka kampung di tempat yang bernama Relap Hati lalu menjadi ketua orang-orang di Hutan Belum.

[sunting] Tun Saban
Pada masa itu, Negeri Perak belum ada raja tetapi penduduknya sudah ramai. Maka pada suatu ketika yang baik, Tun Saban telah pergi ke Kampar, mengadap Sultan Mahmud Shah, memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak. Baginda lalu mengurniakan puteranya bernama Raja Muzaffar beserta dengan alat kebesaran negeri. Pada tahun 1528, Raja Muzaffar telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah.
Setelah Tun Saban meninggal dunia,(tiada catatan mengenai tarikh sebenar) tetapi mayatnya dikebumikan di Changkat Merah dan hingga sekarang pusaranya itu terkenal dengan nama Keramat Tok Merah. Beberapa orang keturunannya dilantik menjadi Orang Besar di Negeri Perak.
Keramat Tok Merah mungkin ada kebenaran. Namun, menurut ahli surih tua. Tun Saban Makamnya dikebumikan di GUnung Bubu. Namun kesahihan ada sebetulnya kerana Gunung Bubu yang sebetulnya terletak di Kuala Kangsar.

1 ulasan:

Raja Mohd Azan berkata...

Assalamualaikum..saya berminat dgn cerita berkenaan keturunan raja reman dan raja patani.Mengikut cerita dato nenek saya beliau berasal dari keturunan raja reman..berasal dari wilayah beredung patani.Kumpulan dato nenek saya bersama hulubalang telah melarikandiri dari kerajaan siam yang hendak membunuh mereka.Dato nenek saya telah berhijrah dari hutan belum masuk ke kawasan Kg Kusial disitu mereka telah menjumpai kawasan yang amat sesuai untuk di jadikan tempat tinggal.Mengikut cerita org tua dato nenek saya telah membuka tempat tetsebut bersama pengikutnya dan dinamakan Kampung Gual Raja.Gual Ipoh Tanah Merah.Kelantan.Berhampiran Kg tersebut pduduk kg telah membina empangan kecil benama tandak beredung di kampung Beredang gual ipoh.Arwah atah saya pernah melawat pusara tuan bongsu di Negeri Perak.Beliau jg pernah berjumpa saudaranya berada di hulu perak bernama Tengku Hamzah bin Tuan Lebeh.Beliau jg pernah prtgi ke Patani nelaeat kubur dato nenek setahu saya kubur duberi gelaran tok panjang.Sekarang apabila apabila orang tua saya telah meninggal terputuslah hubungan ini.Apabila terbaca cerita ini rasa ingin lebih tahu lg berkenaan dhn saudara2 yang berada di negeri perak.Boleh admin cerita mungkin dato nenek saya ada kaitan dgn kisah tetsebut.raja mohd azan bin nik mustapha bin raja lembek bin raja bakar bin tuan bongsu bin long......tkasih