SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Khamis, 7 Mei 2009

Mansor diherdik pengundi-malaysiakini


Calon PKR mewakili Pakatan Rakyat Dr Mansor Othman 'dibelasah' oleh para pengundi Penanti. Hampir setiap kali berjumpa dengan petugas parti, sama ada di JDM ( Jawatankuasa Daerah Mengundi), JKKK atau AMK, dia akan 'dibelasah' dengan buah yang sama.

Bagaimanapun calon TKM 1 Pulau Pinang itu, bukan dibelasah dengan buku lima atau 'flying kick', sebaliknya dengan kata-kata amaran berupa nasihat- Selepas bergelar YB, jangan berperangai macam Fairus.

Sesi dialog beliau dengan jentera AMK Permatang Pauh, minggu lepas, perkara yang sama dibangkitkan. Semalam, ketika hadir pada mesyuarat JDM Guar Perahu, Dr Mansor turut diberi amaran keras. Biar sesibuk mana sekalipun, rakyat bawahan jangan dilupakan.Seperti biasa, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri itu hanya 'cool' mengangguk, tanda faham dan setuju.

Beliau tidak pula menyingsing lengan, seperti mana yang pernah dilakukan oleh Fairus bila dikritik di depan khalayak ketika dalam sesi dialog di Dewan Yayasan Aman, dua bulan lepas."Kami mahu Dr menjadi wakil rakyat yang turun padang, yang ambil berat masalah rakyat," demikian antara luahan petugas parti.Sikap pengundi Penanti, mungkin berbeza dengan tempat-tempat lain. Jiwa reformasi mereka masih menyala.

Mereka akan memberontak sekiranya wakil rakyat yang dipilih tidak mencapai taraf yang mereka impikan. Mereka tidak peduli sesiapapun. Biarpun bergelar wakil rakyat, hatta Timbalan Ketua Menteri.Apa yang mereka mahukan, berikan khidmat terbaik untuk rakyat. Mereka bukannya menuntut wang ringgit. Mereka mahu wakil rakyat bersama-sama mereka.Kesampingkan protokol. Jatuh bangun bersama-sama.

Hadir kenduri kendara, hadir ziarah mayat, datang menjenguk pesakit, selesaikan masalah asas, berborak dan belanja secawan dua kopi di gerai kepala simpang.Inilah perkara asas yang gagal dilaksanakan oleh Fairus sewaktu bergelar ADUN Penanti."Dah sampai letak jawatan, kut secawan kopi pun kami tak pernah rasa dari duit Fairus," itulah luahan seorang petugas PAS dari Guar Jering.Maknanya, rakyat bawahan menaruh harapan melambung tinggi kepada Dr Mansor.

Bekas Pengerusi TEKUN Pulau Pinang itu merasai sendiri, denyut nadi pengundi Penanti.

Kepada yang tak memahami keadaan tolong faham.Jangan memandang serong kawan kawan

seperjuangan,Kepada fairus patut bersyukur kerana telah diselamatkan oleh sprm pusat.

dari disumbat 15 tahun penjara,lepaih ni balik umrah buat yang terbaik,jangan nak menyerang tak tentu pasal.Nanti kita kita dedahkan 9 kotak hitam tu lagi baru tau.


Walaupun dalam parti jangan cuba tutup mulut mereka.

Tiada ulasan: