Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar
Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.
Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.
Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.
Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.
Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.
"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.
"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.
Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.
Tulisan dalam kotak biru " Orang Melayu Gadaikan Maruah Agama Pada Kafir"
"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.
Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini. - Mkini
Note: Kah..kah..kah..kah.. Kantoi lagi... Hamba kagum dengan kerajinan siapa yang mengedit gambar lim guan eng ni.. Yang lawaknya terserlah pula kebodohan orang yang menyebarkan risalah ni.. Kah..kah..kah..kah.. Mungkin orang PAS kot yang mengedarkan risalah ni.. Kah..kah..kah..kah..
Note: Yang jahatnya risalah ini meniupkan api perkauman.. cuba besarkan dan lihat betul-betul apa yang dia tulis disebelah gambar Lim Guan Eng berkopiah tu? " Orang Melayu Gadaikan Maruah Agama Pada Kafir"
Note: Kah..kah..kah..kah.. Yang rasa lawaknya baru hari ni aku dengar ada "agama melayu.." Kah..kah..kah..kah..
Note: Kah..kah..kah..kah.. baru aku tahu pakai kopiah tu rupanya gadai maruah agama kepada kafir.. di Indonesia ramai kristian pakai kopiah.. mesti orang indoh dah gadai maruah agama indon pada kafir... kah..kah..kah..kah... di negara arab ramai yahudi pakai kopiah.. mesti orang arab ni dah gadai maruah agama dia pada kafir.. kah..kah..kah..kah.. di negara Israel ramai kafir yahudi pakai kopiah.. mesti kapir yahudi ni dah gadaikan agama dia pada kafir.. Kah..kah..kah..kah.. di negeri cina ramai cina pakai kopiah.. mesti cina ni dah gadaikan maruah agamanya pada kafir.. Kah..kah..kah..kah.. bodoh memantul...!!!!
Note: Yang paling menghairankan Melayu ni senyap dan tak marah pun bila pelakon porno MCA (cua soi lek) terang-terang memperlekeh dan menghina islam dengan perkataan dan niat. Ye la kan... Melayu ni tak marah mungkin sebab pelakon porno tu hina agama islam tapi bukan hina agama melayu... Kah..kah..kah..kah...
SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
Jumaat, 11 Februari 2011
Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar-malaysiakini
Isnin, 7 Februari 2011
Minyak Naik Lagi Oiiiiii-malaysiakini
BERA, 6 Feb. Kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekalipun harga minyak mentah dunia kini telah mencecah USD$100 setong.
Sabri dan anaknya Dafi dikelilingi oleh "muslimah" semasa parti menyambut hari kelahiran Dafi. Kerana kesusahannya menjadi menteri yang adil dan mementingkan kesusahan rakyat jelata, dia hanya menyambut "kenduri" ini secara kecil-kecilan.. Kah..kah..kah..kah..
Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kabinet juga belum membincangkan mengenai kenaikan harga bahan tersebut.
"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kenaikannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Bera di Triang, dekat sini, Ahad.
Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia dilihat akan semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata rakyat di negara ini masih menikmati harga minyak yang murah berbanding negara serantau.
"Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi, sepatutnya kita bersyukurlah," katanya.
Katanya sepanjang tahun lepas, memperuntukkan subsidi berjumlah RM6.3 bilion tahun lepas untuk petrol dan diesel.
"Sebanyak RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON 95 dan bakinya subsidi diesel," katanya. - Bernama
Note: Kah..kah..kah..kah.. Jangan kita buat-buat tak tahu... Ni namanya semboyan nak naikkan harga minyak.. Kah..kah..kah.. apa la yg si kaldai ni merepek ni.. sejak bila pula dalam pemerintahan UMNo nak naikkan harga minyak nak kena bincang di kabinet dulu? Kah..kah..kah..kah.. Memang rasa senak bila kaldai buat lawak... Kah..kah..kah..kah.. "Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi, sepatutnya kita bersyukurlah," . Memang bersyukur la ni. Bersyukur bila kaldai jadi menteri... Kah..kah..kah..kah..
Note: Ayat kaldai yang jangan pernah kita lupa setiap kali harga minyak naik.. "harga minyak mentah dunia semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.", rakyat di negara ini masih menikmati harga minyak yang murah berbanding negara serantau.", dan "Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi, sepatutnya kita bersyukurlah,". Kah..kah..kah..kah.. Ayat ni memang tak pernah tukar dari dulu, kini dan selamanya... Kah..kah..kah..kah.. Hidup umno...!!! hidup melayu...!!! Padan muka aku...!!!Kah..kah..kah..kah...
Note: Bila harga barang keperluan naik mendadak kesan dari kenaikkan harga minyak menteri kaldai ni akan berkata pula "Kerajaan akan memantau kenaikkan harga barang". Kah..kah..kah..kah.. Hakikatnya habuk pun tak ada.. Sekadar pantau tanpa buat apa-apa tindakan pun... seperti melepaskan kahak di tangga.. Kah..kah..kah..kah.. semuanya akan naik dan terus naik termasuklah kadar jenayah.. kadar orang yang bakal menjadi gila pun akan naik.. Kah..kah..kah..kah..
Ahad, 6 Februari 2011
Isu Oh isu ,dulu boleh la jual nama melayu bumiputra-malaysikini
Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut
ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu."ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang."Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu." – mkiniNote: Kah..kah..kah..kah.. terdesak sangat... ketandusan isu.. akhirnya risalah yang geng dia keluarkan sendiri pun dia ingatkan kerajaan negeri yang keluarkan.. Kah..kah..kah..kah.. Jadi Anugerah Adun Terbangang Minggu Ini (AATMI) disandang oleh ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad .. Kita sama-sama tunggu siapa pula yang bakal merampas anugerah ini nanti.. Kah..kah..kah..kah..
Khamis, 30 Disember 2010
Utusan Meloyar Punya Loyar-malaysiakini
PENDAKI SOLO PERLU RM250,000 CATAT REKOD DUNIA DAKI TANGGA MENARI KL

Pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin memerlukan perbelanjaan sebanyak RM250,000 untuk cabaran terbaru beliau yang bakal mencatatkan rekod dunia iaitu pendakian solo tangga di Menara Kuala Lumpur tahun depan.
Beliau berkata, berikutan kesukaran untuk mendapatkan penajaan bagi membiayai program itu, cabaran yang sepatutnya diadakan pada 9 dan 10 Oktober lepas, terpaksa ditunda kepada 2 Februari hingga 3 Februari 2011.
"Program ini terpaksa ditunda sekali lagi kepada 16 hingga 17 April 2011 kerana sehingga kini masih tiada pihak yang mahu menaja, walaupun kecewa saya akur dan tetap meneruskan latihan," katanya.
Mohd. Noor, 43, yang juga jurugambar Utusan Malaysia sebelum ini pernah memecahkan rekod negara dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi cabaran mendaki sebanyak 50 kali Gunung Kinabalu secara solo selama 60 hari pada 10 Julai hingga 10 September 2007. - Melayau
Note: Apa kerja la jurugambar utusan sorang ni.. RM250,000 ni banyak keluarga miskin yg dapat dibantu.. Bila orang kata melayu bodoh nanti ramai pula orang umno yang marah. Tapi dah tak ada kerja lain ke selain panjat tangga ni? Ni jer ke yg boleh melayu buat? Buat la yang lebih mencabar seperti ketuk lesung batu atas kepala ke.. dah tentulah mat saleh pun tak berani nak pecahkan rekod macam tu. Aksi terbodoh world of record... Kah..kah..kah..kah... Kalau tak pun pecahkan la rekod pemanjat amah indon yang sehingga kini polis pun tak berani nak tangkap dan masih lagi jadi menteri... Kah..kah..kah..kah..
Jumaat, 3 Disember 2010
YAHOOO.... BARU 2 HARI LEPAS NAIK NI DAH NAIK LAGI
YAHOOO.... BARU 2 HARI LEPAS NAIK NI DAH NAIK LAGI
بسم الله الرحمن الرحيم
"Harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi"
December 03, 2010KUALA LUMPUR, 3 Dis — Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.
Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97. Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin. Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini.
“Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri.
“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.
Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.
Katanya, langkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.
Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.
Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.
Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.
Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.
Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram. - The Malaysian Insider
Note: Kah..kah..kah..kah... padan muka...!!!!
Selasa, 23 November 2010
Syabas Rompak Hak Rakyat selangor
بRozali Ismail CEO Syabas bekal paip dari syarikat sendiri di Indonesia.
•Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
•Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
•Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.
Pelan Syabas:
Tahun Kenaikkan Tarif
2009 37%
2012 25%
2015 20%
SYABAS
1.Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.
2.RM 325 juta ‘hilang’ apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.
3.Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan.
4.RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.
5.Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.
Pelan Selangor:
Tahun Kenaikkan Tarif
2009 12%
2012 12%
2015 12%
Apakah pelan Selangor?
1.Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
2.Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.
3.Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu "kos pemindahan".
4.Penekanan terhadap integriti dan ketelusan - seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor - akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.
5.Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.
Pilihan di tangan anda!
Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah
Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 di Masjid Negara Kuala Lumpur.
Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.
Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!
Ahad, 21 November 2010
POLIS PENJENAYAH BERLESEN DI MALAYSIA?
بسم الله الرحمن الرحيم
Pegawai polis dilatih jadi 'pakar' judi 
KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.
Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.
"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.
Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.
Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.
Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update.
Note: "Nak tangkap pencuri kena jadi pencuri..." kah..kah..kah..kah... kalau nak tangkap pelacur macam mana pula? kah..kah..kah..kah... patutlah jenayah kat malaysia ni banyak.. setiap tahun indeks meningkat... macam ni rupanya falsafah polis... kah..kah..kah..kah... patutlah lagi ramai anggota polis kat malaysia ni lagi banyak jenayah berlaku.. rupanya ada penjenayah berlesen kat Malaysia ni... bagus..bagus... hidup umno...!!!!