SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Rabu, 9 Mac 2011

RON 95 NAIK HARGA LAGI-malaysiakini

RON 95 NAIK HARGA LAGI



Harga RON95 perlu dikaji semula



KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini. - Utusan

Note: Kah..kah..kah..kah.. Susu tepung baru naik harga.. Minyak nak naik harga... lepas tu barang-barang semua ikut naik harga.. Terima kasih umno..jangan takut umno.. naikkanlah harga minyak tinggi-tinggi.. apa ada hal.. kami yang bodoh ini pasti tetap setia pada anda.. Kah..kah..kah..kah.. Undilah Kerajaan Barisan Nasional...!!! Kah..kah..kah..kahaaaakkkkk tuuuihhh...

WASHINGTON PUJI NAJIB KERANA BERANI MENENTANG IKHWANUL MUSLIMIN

WASHINGTON PUJI NAJIB KERANA BERANI MENENTANG IKHWANUL MUSLIMIN





Kenyataan Najib sebelum ini yang mengkritik Gerakan Islam Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) sebagai pengganas [Ikhwanul Muslimin] mendapat pujian daripada Washington Post. Najib disifatkan sebagai menimbulkan keretakan kepada kesefakatan dunia Islam yang sejak dari awal kebangkitan di Mesir meminta agar negara-negara barat mengiktiraf dan sudi bekerja sama dengan Ikhwanul Muslimin.

Malah kenyataan Najib yang dilihat "melawan arus" dunia Islam yang lain itu disifatkan oleh Washington Post sebagai lebih berani berbanding Obama (2011) dan Condolezza Rice (2006) di dalam menentang gerakan Islam [Washington Post]
.

Dahsyat memang dahsyat, Najib lebih berani menentang gerakan Islam berbanding Obama dan Condolezza Rice. Najib dipuji oleh media barat kerana keberaniannya menentang gerakan Islam. Ada harapan jadi Mustafa Kemal Ataturk Malaysia. - milosuam


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Selasa, 8 Mac 2011

Apa nak jadi,kenapa rakyat membisu-malaysiakini


Perjanjian Malaysia Singapura?

Pastinya ramai yang mengetahui yang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib baru-baru ini telah mengadakan pertemuan 4 mata dengan Perdana Menteri Singapura. Apabila ada perjumpaan akan ada usaha menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam pada masa yang sama mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Itu secara umumnya. Terbaru, perjanjian Malaysia Singapura telah berjaya dimeterai iaitu……………

Ini salah satu kandungan daripada salah satu perjanjian terbaru Malaysia Singapura.SELEPAS hampir 20 tahun dipertikaikan, Singapura dan Malaysia akhirnya mencapai kata sepakat bersejarah untuk menghuraikan isu-isu tertunggak dalam Butiran Perjanjian (POA) melibatkan tanah Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB).” Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP. Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura”Singapura dan Malaysia juga bersetuju membangunkan secara bersama tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga lagi di Bukit Timah milik KTMB.Okey ada beberapa persoalan disebalik perjanjian terbaru Malaysia Singapura ini :Boleh saya tahu apa yang Malaysia dapat faedahnya daripada perjanjian terbaru Malaysia Singapura ini? Pihak manakah yang mendapat “durian runtuh” sebenarnya? Kenapa perkhidmatan KTM ke Singapura, iaitu laluan KTM hanya berakhir di Woodland sahaja sedangkan stesen di Johor Bahru hanya sejengkal sahaja jarak perjalanan dengan Woodland? What’s the point?

Sekurang-kurangnya Tanjung Pagar sudah dekat dengan CBD (Johor Bahru Central Business District) Contoh paling mudah. Anda (Pak Mat bukan nama sebenar) ada memiliki tanah sekarang ini, adakah anda mahu menjual tanah dalam keadaan ekonomi Pak Mat di kedudukan yang cukup selesa? Sebegitu mudah ker Pak Mat mahu menjualnya? Sedangkan harga tanah sekarang ini semakin melambung tinggi? Biasanya yang nak jual tanah ini, sebab apa? Ya…wang boleh diperolehi, kedaulatan negara walaupun hanya tanah KTMB sekalipun? Kenapa hal-hal sebesar ini apabila ingin memeteraikan perjanjian Malaysia Singapura terutamanya melibatkan tanah negara dan hak negara tidak dibincangkan di parlimen? Mengapa kerajaan Malaysia begitu mudah menurunkan tol SECOND LINK sedangkan tol-tol di Malaysia semakin meningkat? Nak tanya sikitla….kepada wahai pemimpin-pemimpinku di Malaysia, kenapa Malaysia terlalu bergantung kepada Singapura dalam Pembangunan Iskandar Malaysia? Ada yang mengatakan bagus perjanjian Malaysia Singapura kali ini. Contohnya : penumpang KTMB semakin berkurang, kos penyelenggeraan laluan keretapi semakin melambung tinggi? Lebih baik kita berikan kepada Singapura daripada menggunakan duit rakyat jikalau 6 bulan keretapi tidak dapat beroperasi. Kalau disingkap perjalanan perjanjian Malaysia Singapura ternyata memang rumit. Realitinya Singapura tidak akan bertindak jika keuntungan besar berbalik kepada mereka. Lihat sahaja contoh paling mudah dalam perjanjian air Malaysia Singapura sebelum ini.Itu belum masuk lagi, Malaysia telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands yang mana pernah berlaku dahulu di mana pengkalan TLDM di Singapura telah tergadai dek kerana Singapura bertindak menaikkan cukai tanah pada kadar yang tak munasabah. Terbaru kerugian bernilai RM320 billion (Isu Limbang)

Isnin, 7 Mac 2011

Contohi Rasulullah Berdakwah-malaysiakini


coNTOHI AKHLAK RASULULLAH DERDAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM..

Dalam islam kita di ajar oleh Rasulullah agar jangan mengutuk org yg belum beragama islam sbb kita sendiri tak tahu berapa lama islam yg kita imani itu akan bertahan.. ...

Apakah kita ini islam sehingga ke akhir hayat..?? mungkin juga ketika ini kita masih lagi beragama islam tetapi di saat2 nyawa di hujung tengkorok ( ketika ajal semakin hampir ) kita menjadi Kaffir..!! Sedarlah manusia2 bukan islam yg sedang kita cerca dan hina kerana mereka bukan islam pada ketika ini,

mana tahu di akhir2 hayatnya Allah memberi mereka hidayah dan memeluk agama Allah dan mereka mati di dalam islam.... Mana kita nak letak muka di padang Mahsyar nanti di hadapan Allah kerana terlalu sombong dgn nikmat islam yg Allah anugerahkan dan menghina manusia lain yg bukan islam..?? Mana nak letak muka bila manusia yg kita hina di atas dunia ini sebagai Kaffiir Harbi berjaya masuk ke dalam syurga Allah kerana mendapat hidayah Allah walaupun di akhir2 hayat mereka sedangkan kita yg berbangga konon2nya manusia hebat kerana beragama islam tetapi di akhir hayat telah menjadi kaffir dan Allah campakkan kita ke dalam nera Allah selama2nya...

Justeru itu Rasulullah mengajar kita agar senantiasa mendampingi bukan islam serta mengajak mereka kepada islam dan berdoalah kitalah setiap masa agar mati kita di dalam islam.

Ahad, 6 Mac 2011

campur dulu baru tau-malaysiakini

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH DERDAKWA KEPADA BUKAN ISLAM..

Dalam islam kita di ajar oleh Rasulullah agar jangan mengutuk org yg belum beragama islam sbb kita sendiri tak tahu berapa lama islam yg kita imani itu akan bertahan..

Apakah kita ini islam sehingga ke akhir hayat..?? mungkin juga ketika ini kita masih lagi beragama islam tetapi di saat2 nyawa di hujung tengkorok ( ketika ajal semakin hampir ) kita menjadi Kaffir..!!

Sedarlah manusia2 bukan islam yg sedang kita cerca dan hina kerana mereka bukan islam pada ketika ini, mana tahu di akhir2 hayatnya Allah memberi mereka hidayah dan memeluk agama Allah dan mereka mati di dalam islam....

Mana kita nak letak muka di padang Mahsyar nanti di hadapan Allah kerana terlalu sombong dgn nikmat islam yg Allah anugerahkan dan menghina manusia lain yg bukan islam..??

Mana nak letak muka bila manusia yg kita hina di atas dunia ini sebagai Kaffiir Harbi berjaya masuk ke dalam syurga Allah kerana mendapat hidayah Allah walaupun di akhir2 hayat mereka sedangkan kita yg berbangga konon2nya manusia hebat kerana beragama islam tetapi di akhir hayat telah menjadi kaffir dan Allah campakkan kita ke dalam neraka Allah selama2nya...

Justeru itu Rasulullah mengajar kita agar senantiasa mendampingi bukan islam serta mengajak mereka kepada islam dan berdoalah kitalah setiap masa agar mati kita di dalam islam..
55 minutes ago · · · Subscri

campur dulu baru tau-malaysiakini

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH DERDAKWA KEPADA BUKAN ISLAM..

Dalam islam kita di ajar oleh Rasulullah agar jangan mengutuk org yg belum beragama islam sbb kita sendiri tak tahu berapa lama islam yg kita imani itu akan bertahan..

Apakah kita ini islam sehingga ke akhir hayat..?? mungkin juga ketika ini kita masih lagi beragama islam tetapi di saat2 nyawa di hujung tengkorok ( ketika ajal semakin hampir ) kita menjadi Kaffir..!!

Sedarlah manusia2 bukan islam yg sedang kita cerca dan hina kerana mereka bukan islam pada ketika ini, mana tahu di akhir2 hayatnya Allah memberi mereka hidayah dan memeluk agama Allah dan mereka mati di dalam islam....

Mana kita nak letak muka di padang Mahsyar nanti di hadapan Allah kerana terlalu sombong dgn nikmat islam yg Allah anugerahkan dan menghina manusia lain yg bukan islam..??

Mana nak letak muka bila manusia yg kita hina di atas dunia ini sebagai Kaffiir Harbi berjaya masuk ke dalam syurga Allah kerana mendapat hidayah Allah walaupun di akhir2 hayat mereka sedangkan kita yg berbangga konon2nya manusia hebat kerana beragama islam tetapi di akhir hayat telah menjadi kaffir dan Allah campakkan kita ke dalam neraka Allah selama2nya...

Justeru itu Rasulullah mengajar kita agar senantiasa mendampingi bukan islam serta mengajak mereka kepada islam dan berdoalah kitalah setiap masa agar mati kita di dalam islam..
55 minutes ago · · · Subscri

Sabtu, 5 Mac 2011

PETRONAS UNTUNG BERPULUH BILLION MINYAK TETAP NAIK HARGA

PETRONAS UNTUNG BERPULUH BILLION MINYAK TETAP NAIK HARGA



Untung sebelum cukai Q3 Petronas melonjak kepada RM30.149 bilion



KUALA LUMPUR 2 Mac — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM30.149 bilion dalam tempoh suku ketiga berakhir 31 Disember 2010 berbanding RM20.528 bilion pada suku yang sama pada 2009.

Perolehan meningkat 12.4 peratus kepada RM60.041 bilion berbanding RM53.436 bilion sebelumnya berikutan jumlah serta harga minyak mentah yang lebih tinggi.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2010, syarikat itu mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM69.746 bilion berbanding RM51.733 bilion pada tempoh yang sama pada 2009.

Perolehan syarikat meningkat 15.8 peratus kepada RM175.586 bilion berbanding RM151.612 bilion sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, syarikat itu terus mencatat prestasi asas yang kukuh pada suku ketiga meskipun kos semakin meningkat dan impak pengukuhan ringgi berbanding dollar Amerika Syarikat (AS).

"Prestasi keseluruhannya meningkat yang ditunjukkan menerusi peningkatan pulangan ke atas purata modal yang digunakan (ROACE) daripada 25 peratus kepada 28.2 peratus,” katanya pada sidang akhbar untuk mengumumkan keputusan syarikat di sini hari ini.

Jumlah aset meningkat kepada RM430.5 bilion berbanding RM410.9 bilion sehingga 31 Mac 2010, terutamanya disumbangkan oleh keuntungan tunai daripada penawaran awam permulaan (IPO) PCGB dan MHB.

Jumlah hutang kepada nisbah jumlah aset berkurangan kepada 0.11 kali setakat 31 Disember 2010 berbanding 0.13 kali pada 31 Mac, 2010 hasil daripada pinjaman yang lebih rendah hasil pengukuhan ringgit serta jumlah aset yang lebih tinggi.

Shamsul Azhar berkata, Petronas akan membelanjakan RM50-RM55 bilion setahun dalam tempoh lima tahun untuk menggantikan aset yang sudah lama bagi meneruskan pertumbuhan mampan pada masa depan.

Beliau berkata, pada puratanya lebih 60 peratus medan pengeluaran utama minyak di Malaysia berusia 26 tahun.

"Perbelanjaan modal yang ketara diperlukan untuk mengekalkan integriti masa depan aset-aset lama ini,” katanya.

Sementara itu, Shamsul berkata, Petronas juga akan mengubah tahun kewangannya daripada Mac kepada Disember berkuat kuasa 1 April, 2011.

Beliau berkata perubahan tahun kewangan itu adalah sebahagian daripada transformasi semasa. - Bernama