Salam 2 all
,Semasa saya menulis ni, Madey Al Kutty masih dengan DS Najib dirumah. Ini ada kaitan dengan senarai kabinet yang sedang dibuat.Khabarnya Al Kutty mahu pastikan Khairy Al Menantui tidak dilantik jadi Menteri.
Bukan itu sahaja, ada kemungkinan Khairy Al Menantui mungkin menjadi Ketua Pemuda yang paling singkat dalam sejarah.
Apa tindakan yang akan diambil..saya akan mengulasnya kemudian insyallah.Al Kutty juga mahu pastikan anaknya yang baru kalah Mukhriz dilantik sekurang-kurangnya Timbalan Menteri..dengar khabar mungkin di KDN.
Shabery Chik juga akan digugurkan, dan Al Kutty berusaha keras mahukan Adnan Mansor, SUA Umno sebagai Menteri Penerangan walaupun khabarnya DS Najib mahukan muka baru YB Pontian Ahmad Maslan.
Al Kutty juga tidak percayakan DS Zahid Hamidi yang kononnya memalukan beliau dalam perhimpunan tahun 1998 dengan isu KKN. Walaupun Zahid menang undi terbanyak untuk jawatan Naib, dan DS Najib mahukan Zahid memegang jawatan kanan sebagai Menteri KDN, tetapi Al Kutty mahu memalukan Zahid dengan meletakkan beliau sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Hishamuddin aw aw pulak akan diletakkan sebagai Menteri Kanan dengan Kementerian Miti. Manakala Shapie Bedal pulak sebagai Menteri Luar.
Yang paling mengejutkan ialah MCA akan dikurangkan portfolio Menteri dan satu kerusi akan diberi kepada Gerakan TS Koh Su Koon. Manakala seorang lagi anak mamak akan dilantik Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga iaitu Sharizat.
Kedua-dua KSK & Shahrizat akan dilantik menjadi senator esok.Fuad Zarkasyi Al Bodekki dijangka dilantik sebagai Timbalan Menteri Miti.
Syed hamid, Rais, Azalina, Noraini semua boleh start packing..bungkus, nama tak naik pun. Nasib Azalina Al Tomboyi lebih malang lagi..mungkin beliau perlu cari loyer tak lama lagi!Rombakan kabinet kali memang akan mengejutkan banyak pihak..
Well..ada hampir 12jam lagi sebelum nama-nama ini diserah kepada YDP Agong..anything can happen dalam beberapa jam akan datang.Kot mane pun kalau barisan kabinet saperti dinyataka diatas berlaku..
maknanya ianya adalah kabinet Mahajib..
Adios
Tiada ulasan:
Catat Ulasan