SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Khamis, 13 Mei 2010

Melayu terbilang ,ada jugak?-malaysiakini

ANUGERAH MELAYU TERBILANG MILIK ZAM? : Layakkah?


Menurut laporan Utusan Malaysia:

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan oleh........
........ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 malam ini.

Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu (M) Berhad bermula dengan jawatan wartawan kadet sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan diiktiraf sebagai pejuang bangsa yang banyak berjasa ketika zaman beliau menjadi wartawan sehinggalah berada di dalam Kabinet.


Beliau yang dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah pernah menuntut di Maktab Mahmud, Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian sehingga memperoleh Diploma Kewartawanan daripada Institute of Journalism di Jerman pada 1969.

Zainuddin kemudian memperolehi Fellowship Kewartawanan daripada Universiti of Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 1981.

Beliau mula bertugas sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia cawangan Alor Setar pada 1959 dan kemudian menjadi wartawan tetap pada 1969.

Bermula daripada itu, Zainuddin kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pemberita dan seterusnya diangkat menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, jawatan yang dianggapnya sebagai 'bom jangka'.

Semasa menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, tulisannya di dalam pojok Awang Selamat sentiasa bersifat provokatif bagi mengisi agenda negara secara kritis.

Zainuddin yang dilucutkan jawatannya itu pada 1992 kemudian bergiat aktif di dalam bidang politik.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Penerangan dan kemudian dilantik menjadi Menteri Penerangan.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Zainuddin bertanding merebut kerusi Parlimen Merbok dan menang dengan majoriti 15,162 undi.

Katanya, beliau kini lebih menumpukan kepada dunia penulisan setelah bersara daripada dunia kewartawanan dan politik.

Itulah antara pencapaian Zam sehingga UMNO mengangkatnya setara dengan ketinggian nilai Anugerah Melayu Terbilang.

Sebelum Zam menang ketika pilihanraya 2004, Zam beberapa kali dilantik menjadi senator di Dewan Rakyat dimana dia sering dikecam dan diperlekeh oleh pembangkang mengelarkannya Ahli Parlimen pintu belakang. Apa kehebatan Zam sehingga dia amat disayangi oleh UMNO, tidak pula diketahui.

Sepanjang menjadi Ahli parlimen samaada secara pintu belakang dan pilihanraya, tidak banyak yang Zam boleh lakukan untuk rakyat terutama Melayu.

Begitu juga semasa beliau menjadi Menteri Penerangan, Zam sangat lemah untuk menghadapi arus media pembangkang dan tidak keterlaluan jika dia juga boleh dilabelkan antara punca utama UMNO dan BN tewas teruk di dalam PRU12.

Selepas kekalahan di dalam pilihanraya ke 12, Zam tidak lagi kelihatan di dalam kabinet apatah lagi selepas DS Najib menjadi PM, Zam terus diabaikan.

Hakikatnya, sumbangan Zam kepada politik UMNO dan kerajaan tidaklah sehebat mana sehingga layak digelar Melayu Terbilang.

Tiada ulasan: