SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Sabtu, 28 Februari 2009

Guang Eng,Lu cakap sama lu punya orang....-malaysiakini


Kejatuhan PR Perak, pengajaran untuk DAP
.Sedutan Detikdaily
Ketika artikal ini ditulis Perak telahpun mempunyai kerajaan baru iaitu kerajaan BN hasil dari rancangan jahat yang diketuai UMNO.Tiada gunanya bagi komponen PR untuk mengenang atau masih mahu berusaha bagi menghalang penubuhan kerajaan baru Perak walaupun berusaha melalui usaha makamah.

Memanglah ia salah satu cara dan usaha tetapi ia bakal mengerunkan lagi keadaan.Walaubagaimapun PR perlu menjaga imej parti dan hubungan istana dalam kemelut yang melanda mereka.

Terima dan bersabarlah dengan apa yang berlaku sesungguhnya ia adalah takdir Allah dan sememangnya ada hikmat yang tersembunyi disebalinya.Apa yang perlu adalah menjadikan peristiwa yang menimpa PR sebagai satu pengajaran dan masa untuk semua pihak PR muhasabah diri.

DAP khusunya perlu mengambil iktibar atas malang yang menimpa kerajaan PR Perak.Soal lompat parti bukanlah isu utama kerana ia bukanlah salah kerajaan PR Perak.

Kerana ia merupakan sebuah sabotaj yang dilakukan oleh UMNO-BN terhadap kerajaan PR Perak.Apa yang perlu di ambil pengajaran terhadap kerajaan PR Perak khususnya DAP adalah tindak tanduk parti itu sejak dari 8 Mac sehinggalah hari-hari terakhir sebelum kerajaan PR Perak tumbang dek angkara UMNO-BN.

Bermula dari pemulauan majlis perlantikan Datuk Seri Nizar jamaluddin dari PAS sebagai MB Perak kerana membantah keputusan Istana melantik Nizar sebagai MB dari PAS sedangkan ADUN PAS adalah jumlah yang paling kurang dari DAP dan PKR.

Sedangkan undang-undang tubuh kerajaan Perak menetapkan bahawa MB Perak mestilah dari kalangan orang Melayu dan Islam.Mengapa DAP perlu membantah perkara yang mereka sendiri telah tahu.Isu pemberian pemilikan tanah kekal kepada perkampungan cina juga menjadikan pihak Istana dan masyarakat setempat Perak merasakan DAP seolah-olah mengutamakan isu dan kepentingan kaum Cina sahaja.

DAP perlu memahami jika hendak menjadi kerajaan pemerintah mereka perlu menjaga sensiviti kaum dan juga pihak istana dalam segala tindak tanduk yang dilakukan dalam dasar pemerintahan.DAP perlu berubah dengan apa yang telah berlaku di Perak.

Buanglah tanggapan buruk terhadap DAP sebagai parti extrim kaum Cina yang selalu dengan tuntutan yang boleh menimbulkan kontroversi umum.Sebenarnya banyak lagi perkara yang dilakukan oleh DAP seperti isu papan tanda pelbagai bahasa isu ladang babi yang boleh mengundang tanggapan buruk terhadap PR.

Berubahlah demi kepentingan semua masyarakat di Malaysia ini.Jika DAP terus dengan trend politik mereka nescaya mereka tidak akan dapat menjadi parti komponen pemerintah untuk selama-lamanya.

Fahamilah situasi politik Malaysia yang berteraskan kepimpinan Melayu dan raja Melayu. Contohilah semangat perpaduan dan kebangsaan yang ada seperti MCA,MIC dan GERAKAN.

Dalam BN semangat setia kawan dan perpaduan di kalangan komponen adalah asas kekuatan kerajaan BN selama menjadi parti pemerintah.

Semangat seperti itu yang perlu ada dalam komponen PR bukan hanya sibuk mementingkan ideologi parti masing-masing."


Dulu orang kata DAP komunis gua caya,Tapi bila campur rupanya manis.

Khamis, 26 Februari 2009

MPPP lebih kuasa dari kerajaan negeri p.pinang-malaysiakini

Guang Eng tolong tengok lah melayu penang harap umno tarak la.....
Roboh sana,roboh sini.Usir keluar dan macam macam lagi ,Bila DAP memerintah,Itu yang geng geng umno mainkan dalam pemikiran orang di luar pulau pinang.

Tun ingat lagi minggu pertama PR menang dip.pinang.MPPP(keluarga umno)telah mengunakan semula undang undang pakai MPPP.Penguatkuasa diarahkan Untuk memecah dan meroboh kawasan kawasan orang melayu berniaga.contoh gerai gerai ditepi jalan dibalik pulau.

Tak pernah beroperasi disebelah sana,Tapi hari tu mereka bermaharajalela ,meroboh dan merampas gerai gerai orang melayu,Ini menunjukkan Bila PR dibawah DAP memerintah ,maka melayu akan dipinggir,begitu kotor sekali umno barisan nasional punya kerja.

Kita sudah kira maklum yang penguatkuasa dan bos bos dalam MPPP ialah orang umno.boleh dikatakan 98% pro BN.Itulah mereka jadi begini.Dapat arahan dari bos bos lama.

Tapi yang menjedihkan yang kena roboh gerai orang melayu yang dimenangi kerusi oleh umno.

Orang melayu ramai yang masih mengundi Umno ,Tapi mereka juga yang menjadi mangsa politik umno.

Baru baru ni Pejabat tanah mengeluar notis pindah /keluar dipesisiran pantai Batu feringghi.

lebih kurang 5 KM .pekerja lebih kurang 700 orang melayu mencari rezeki disitu,yang memelihara keluarga.Ini bukan arahan kerajaan negeri tapi arahan zalim pusat ke pejabat tanah

barat daya.Padahal TEluk Bahang dun nya dimenangi helmi dari umno.Orang melayu banyak yang memangkah umno,Tapi orang melayu disitu sendiri yang jadi mangsa pilihan mereka sendiri.

Kenapa nak disalahkan kerajaan negeri.sedangkan arahan dari pusat.

Dulu masa gerakan memerintah melayu habis dihalau keluar dari p.pinang.

mana pemimpin umno yang lantang .Dapat habuan terus senyap,dilantik jadi senator terus diam.

Itu yang dikatakan memperjuang kan orang melayu.


Rabu, 25 Februari 2009

kecelakaanlah raja kalau tak singgah disini -malaysiakini

BETING BERAS BASAH
Beting Beras Basah terletak di Kuala Sungai Perak, Daerah Hilir Perak. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke Negeri Perak. Di zaman munculnya Kerajaan Beruas dan Manjung terdapat juga beberapa daerah di Perak yang memerintah secara persendirian.


Di Temong misalnya terdapat seorang perempuan yang dikenali sebagai Tok Temong dan di Hulu Perak terdapat seorang lelaki bernama Tun Saban anak Bendahara Tun Perak Melaka. Begitulah keadaannya sebelum wujud kesultanan Perak.


Kesultanan Perak bermula pada kurun ke-16, apabila putera kedua Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir, setelah Negeri Melaka dikalahkan oleh Portugis pada T.M 1511 dilantik menjadi Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528.

Putera tersebut bernama Raja Mudzaffar Shah. Menurut cerita lisan yang diperolehi daripada Almarhum Sultan Idris Almutawakkil Alallah Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-33,

Nanti kita sambung lagi tauuuuu..............












Orang-orang Perak telah menyuruh Tun Saban menjemput Raja Mudzaffar untuk dirajakan di Perak. Waktu bakal Sultan ini mudik Sungai Perak, bahtera kenaikan Baginda telah tersangkut di Beting Beras Basah yang terletak di Kuala Sungai Perak.


Raja Mudzaffar telah berseru:
"Sekongkong Tanah Minangkabau


Selilit Pulau Perca


Di lengkong ular Saktimuna


Perpisahan Beta di selat Melaka


Jika Sah Beta Raja berdaulat


Lepaslah sekalian malapetaka"


Selepas seruan Baginda diucapkan. bahtera kenaikan Baginda itu bergerak, dan Orang-orang Besar dan beribu-ribu rakyat Negeri Perak yang menyambut Baginda menyebut "Daulat Tuanku" tiga kali berturut-turut.

Kemudian Baginda diarak mudik Sungai Perak hingga ke tempat yang bernama Tanah Abang dan disitulah Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama.

Selasa, 24 Februari 2009

RAkyat dipukul,diseret depan raja-malaysiakini


Baru ni Tun pergi ke bandar kuala kangsar,alangkah terkejut Tun bila melihat bandar dulunya lampu kuning kekuningan bila menyambut keputeraan sultan ,dah bertukar menjadi biru kebiruan.ini menampakkan yang Barisan Nasional yang memerintah raja,bukan raja diatas BN dibawah.

Raja telah dihina sedemikian rupa.Kenapa raja mengikut kemahuan BN.Dimanakah maruah raja.

Raja yang zalim saja yang sanggup melihat rakyatnya didera,diseret,dipukul diatas jalan raya,

tuanku hanya berlalu saja dan membiarkan pihak berkuasa buat apa yang mereka suka.

Itukah raja kita yang sanggup melihat rakyat menderita kerana sudah satu tahun tak dapat habuan dari pusat,takut projek projek anaknya terbantut.dan bermacam-macam lagi.

Kenapa kau raja jadi begini.Tidak ingatkah pada tuhan yang lebih berkuasa.
Akhirnya Tun pun mengalah dan biarkan puak jahanam tu memerintah,ini lah masanya anuar
perlu clearkan anasir anasir dalam PKR yang senang dibeli dan berkempentingan.sebelum kita
menang pilihanraya ke 13.
raja kau manusia juga.
berpenyakiyperlu clearkan org dalam PKR yang

Sabtu, 21 Februari 2009

muhammad taib derhaka sultan selangor-malaysiakini

Satu tajuk berita dalam Berita Harian baru ini "Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa",



memaksa saya untuk menulis pada hari cuti ini. Inilah kerja-kerja yang dilakukan oleh media arus perdana sekarang ini bagi mengekalkan kuasa pemerintahan Barisan Nasional dan UMNO yang semakin terhakis sekarang.



Setiap kali UMNO melakukan kebiadapan terhadap raja-raja seperti Pindaan Perlembagaan 1983, krisis dengan Istana Kelantan 1990 dan Pindaan Perlembagaan 1993, surat khabar inilah yang menjadi dalang mendedah dan memperbesarkan keburukan perangai raja-raja dan istana dengan tujuan untuk memalukan raja-raja dimata rakyat.



Hari ini mereka cuba pula menjadi jaguh mempertahankan raja-raja Melayu dan pihak istana, dengan cara menyebarkan dakyah-dakyah dan berita-berita yang diputar belitkan dengan mendakwa pihak pembangkang menderhaka kepada raja.



Dalam lapurannya di bawah tajuk tersebut, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamduddin Hussein, dilapurkan berkata, rakyat tidak harus memperjudikan masa depan negara kerana tidak mustahil pemimpin Pakatan Rakyat yang menyatakan hasrat mahu menyaman Sultan Perak akan menukar Malaysia menjadi republik sekiranya diberi peluang memerintah.



Apakah mereka sudah lupa bahawa pemimpin UMNOlah yang telah cuba membuka laluan untuk membolehkan Malaysia menjadi sebuah republik dalam pindaan perlembagaan 1983, yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.



Mengikut pindaan tersebut sebarang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sekiranya tidak ditandatangani atau diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong, akan kekal menjadi undang-undang.Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia telah melahirkan kebimbangannya mengenai pindaan perlembagaan 1983 dalam bukunya "Kenangan Tunku" yang diwawancara oleh K.Das.



Dalam buku tersebut Tunku menyatakan;"Saya telah menulisnya di dalam buku saya. Dia boleh menjadikan negara ini sebagai satu republik dalam masa dua minggu saja. Apa yang perlu dia lakukan adalah dengan membawa usul ini ke Parlimen dengan majoriti dua pertiga yang dia ada, mereka menerimanya dan jika ia tidak diperkenankan atau diluluskan dalam masa dua minggu, ia akan menjadi undang-undang.



Dan dia boleh menukar negara ini dari pemerintahan beraja kepada sebuah negara republik. Ada beberapa perkara lagi yang telah dipinda dalam perlembagaan dan saya mencadangkan supaya perlembagaan itu dikaji semula. Chandra (Muzaffar) yang mengadakan seminar bertujuan untuk mengkaji semula perlembagaan. Oleh kerana tindakan itu, Chandra telah ditahan (dibawah Operasi Lalang) dan akhbar (The Star) digantung" .Begitu jugalah dengan isu Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak.



UMNOlah yang telah meminda Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993, dimana imuniti raja-raja telah dihapuskan dan raja-raja boleh disaman dan di bawa ke mahkamah".



Oleh itu pak yet-pak yet UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dan juga media-media arus perdana, janganlah cuba membuat dakyah-dakyah dan memutarbelitkan fakta-fakta sejarah yang telahpun kamu buat.



nyanyuk tua det jadi ketua penderhaka pada zaman purbakalanya..dan ...orang2 umno mase tu jadi pecacai angkat najis si kutty laknat ni....ihsan....http://w%20ww.shalattas.com/30hb%20disember1992bapak tun saban pergi ke P.W.T.C, masuk ke dalam Dewan Tun Hussein Onn berkumpul bersama-sama ahli UMNO untuk mendengar taklimat Dr. Mahathir kepada ketua-ketua UMNO mengenai Pendirian kerajaan hendak melucutkan kekebalan raja -raja.



Ini amanat penting, ini sejarah, kita tak boleh dengar dari mulut ke mulut, kita kena dengar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Penulis adalah mata dan telinga rakyat.Hendak mencabut kekebalan raja-raja ini bukan kerja mudah, lebih kurang macam kita hendak mencabut taring daripada mulut ular yang sangat berbisa.



Apakah magic atau keramah yang ada pada Mahathir untuk berlawan dengan sembilan raja-raja yang kebal-kebal belaka ini? Cuma tukang main silap mata dan bomoh ular sahaja yang dapat melakukannya. Kalau ia pun Raja Berperlembagaan ini bolehlah diibaratkan macam ularpemain silap mata. Masakan ular boleh bertukar menjadi cacing sesudah hilang bisanya nanti?



bapak tun percaya pemimpin UMNO seperti Dr. Mahathir yang sudah menempuh lebih besar gelombang dari sekadar buih dalam cawan teh tarik. Tentunya Che' Det dapat bergelut bersama ular peliharaan UMNO yang sudah membesar menjadi seperti naga dalam metos pribumi.



Mengganggu raja, bererti mengganggu gugat hati nurani bangsa Melayu. Menghina raja samalah mempersenda dan merendah-rendahkan mertabat bangsa Melayu. Biarpun tak ada apa benda lagi di bumi bertuah ini yang akan kekal dengan nama Melayu.



Nasib baiklah yang berkonfrantasi dengan raja-raja ini parapemimpin UMNO sendiri, kerana bangsa Melayu telah menerima bahawa UMNO itu Melayu, kalau tidak tentulah buruk padahnya. Tak mustahil Malaysia boleh jadi macam Bosnia.Golongan orang tua-tua terutama yang berada di kampung -kampung yang masih hidup di dalam kegelapan mereka sangat takut dengan raja-raja, malah mereka lebih takut pada raja dari Allah Azajawallah.



Padahal raja bukannya ada kuasa, nak buat macam mana? sayang kehilangan raja atau malu pada beruk, ular yang ada raja? Daun-daun pakau pun ada raja juga. Raja kekuk, Raja Kelawar, Raja Spade dan Raja Diamond.Masih ramai di luar dan di dalam UMNO yang percaya pada daulat raja, masih takut digelar penderhaka.



Pada mereka kalau tak ada raja orang Melayu semua akan mati kerana mereka telah menyerahkan hidup mati, ibadat mereka, pada raja, biar pun di dalam solat lima waktu sehari mereka berkata dihadapan Tuhan perkara yang bertentangan dengan yang diamal bila berhadapan dengan raja-raja. Nauzubillahi minal zalik.



Itulah yang menyebabkan ramai orang tua-tua yang tak tahu ada peranan raja arah pada Mahathir, kerana mereka tidak membaca dan berfikir. Baca akhbar dalam tandas sekadar tunggu melepaskan projek saja. Baca akhbar pun bukan faham sangat, kerana fikiran masih tertutup, terbelenggu dan jiwa yang meletakkan keistimewaan dan kedaulatan raja-raja diatas segala-galanya.



Tujuan bapak tun pergi semata-mata ingin melihat muka Dr. Mahathir dari dekat. Macammana nak buat ramalan mengenai Mahathir kalau tidak dapat menfirasatkan mukanya terlebih dahulu? Nak tinjau , nasib Dr. Mahathir bila lawan Sultan Johor Almutawakil. Nak firasatkan muka orang yang akan mencipta sejarah hangsa bukan boleh main-main. Kalau salah firasat peminat tidak akan percaya lagi dengan tulisan-tulisan bapak tun.Orang-orang UMNO yang ada di dalam dewan itu bukan selimut dan pagar, pboleh diharapkan sangat, banyak terdapat gunting di dalam lipatan, musuh di dalamagar yang diharapkan adalah jenis-jenis pagar yang makan padi. Ramai yang pipih di luar rencong di dalam. Telunjuk lurus kelengking berkait, ada yang seperti udang di sebalik batu. Namun tidak kurang yang seperti dun dalam daging dan abuk yang berada di dalam mata. Kasihan Dr. Mahathir,



itulah cakap babak tun tak mahu dengar.Semua orang tahu ada Menteri Besar yang lebih takut kepada Sultan daripada Perdana Menteri dan kuasa parti yang mengangkat mereka. Apa sultan minta, MB, timbalannya dan para Exco yang menjadi orang sultan setuju saja. Inilah jenis jenis ahli politik dan wakil rakyat yang sedang mendengar taklimat Mahathir, nampaknya masuk telinga kanan keluar telinga kiri serupa mencurah air di daun keladi seperti membisik sesuatu kepada orang pekak.



Apakah orang macam ini yang diharapkan untuk menyampaikan amanat Mahathir kepada rakyat?Nasib baiklah ada media massa dan para penulis cabuk yang pernah di perhina oleh para pengampu UMNO sebagai orang yang mesti dicurigai oleh UMNO. Kalau tidak siapa yang hendak percaya pada pernimpin yang cakap tak serupa bikin.



Nasib baik perkara ini melibatkan maruah dan keselamatan, ekonomi dan politik negara.Ramai yang pucat lesi, gelisah dan serba salah takut dengan dosa-dosa sendiri semasa duduk sebaris di atas pentas dengan Mahathir. Tapi muka orang politik relax macam sadin saja.Kita tahu adanya pemimpin UMNO yang sedang duduk diatas pentas masih percaya raja punya daulat. Maka mereka bolehlah buat apa saja, ikut kemahuan Sultan yang mengatasi undang-undang.



Salah mereka mempunyai kepercayaan demikian sedangkan mereka sudah lihat dengan mata kepala sendiri. Orang yang dimurkai Sultan mustahil boleh jadi Menteri Besar atau para EXCO atau Wakil-wakil Rakyat?Tunku Muhamad Taib, Menteri Besar Selangor mencipta sejarah yang pertama.



Sultan Selangor hari ini seperti tikus jatuh ke beras kerana gagal mengusir Mike Tyson dari kerusinya. Namun Sultan berjaya meletakkan Timbalan Menteri Besar sebagai mata-matanya. Salah siapa? Angkara siapa?Kehendak Sultan semua lulus kerana pembesar takut kepada Sultan dan istana bukan kerana sayang dan hormat. Orang ramai percaya bahawa Sultan dan istana paling berkuasa hingga terlupa tentang kekuasaan Tuhan.Maka sebab itulah Sultan merasa yakin bahawa mereka sebenarnya punya kuasa, melebihi perlembagaan dan undang-undang, melebihi Perdana Menteri dan kerajaan.



Mereka boleh melakukan apa saja. Mereka kebal dan siapakah yang berani mengambil kekebalan yang telah diperolehi lebih tiga puluh lima tahun dari mereka? Datuk-Datuk dan rakyat jelata akan terus menyembah dan menjunjungi duli-duli yang tidak disenangi oleh mereka. Banggakah kita dengan manusia serupa ini?Kebetulan bapak tun terkenal sebagai seorang Ahli Firasat, seorang penulis yang berani, yang tak peduli siapa pun, Dr. Mahathir yang kebetulan Menteri Dalam Negeri yang boleh tahan orang dibawah ISA pun bapak tun hantar memo suruh berhenti, inikan pula raja yang cuma menjadi lambang. Pena bapak tun tak kira tentang kekebalan raja.



bapak tun takut pada Allah saja kerana tak ada manusia yang kuat dan berbisa melainkan dipinjamkan oleh Allah.Hendak buat macam mana ianya sudah menjadi tugas dan tanggungjawab. Ianya adalah menjadi amanah dan disebabkan bapak tun telah diterima sebagai penganalisa dan Pemikir, maka menjadi kewajipan bapak tun kepada para peminat-peminat bapak tun yang mahukan pandapat dan buah fikiran bapak tun yang ikhlas mesti ditunaikan.



bapak tun teringat semasa Dr. Mahathir bersalam dengan Pak Habib dia bertanya. "You buat apa kat sini you bukan ahli UMNO." Dia bergurau, dia ketawa kecil bercakap sambil berjalan. Nun di lubuk hatinya dia tahu yang menghidupkan UMNO bukan semua ahlinya, begitu juga yang memberi undi dan penyokong kerajaan, adalah orang ramai di luar UMNO.



Mereka adalah rakyat Malaysia yang percaya kepada kewibawaan dan kepimpinannya, rakyat yang cintakan negara ini. Rakyat jelata yang mempunyai sense of responsibiliti.Ternyata kebanyakan daripada Menteri-Menteri Besar kecut bila berhadapan dengan raja-raja mereka. Prinsip dan perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair hilang ke mana, bila keutamaan diri dan keluarga bermain di dada?



Inikan pula Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-ketua Cawangan dan Ahli Biasa yang masuk UMNO semata-mata nak cari peluang berniaga dan harta.Apa lagi rakyat Johor yang tahu perangai AlMutawakil yang mempunyai kekebalan. Nasib baik ada Menteri Besar yang tabah dan bij aksana macam Tan Sri Muhyiddin dapat menyesuaikan diri menyelesaikan krisis istana dan rakyat kalau tidak mungkin terjadi pertumpahan darah.



Mudah-mudahan Allah selamatkan Muhyiddin dan memberikan hidayat kepada Almutawakil Sultan Mahmud Iskandar.Dalam dewan ramai ahli UMNO yang jadi telinga dan kakitangan raja yang menjadi musuh dalam selimut yang telunjuk lurus kelengking berkait buat muka selamba pura-pura taat setia.



bapak tun fikir lebih baik biar wartawan duduk sama dalam dewan, tetapi nak buat macam mana semua di halau keluar kononnya ini perjumpaan tertutup. Nasib baik Pak Habib saja yang tertinggal bersama kawan-kawan dari Semangat 46 yang menyamar sebagai Ahli UMNO.Cerita pasal Raja, kisah-kisah sebenar yang sedang berlaku didalam istana perlu diberi penjelasan supaya rakyat dapat tahu siapa raja mereka yang sebenar, dan para sultan juga patut diberitahu tentang kedaulatan Rakyat.



Siapa yang berani berterus terang pada para Tuanku-Tuanku sekelian bahawa kedaulatan yang ada pada rakyat boleh menghakiskan kekebalan raja.Kekebalan raja ini sukar untuk dipertahankan, ia ibarat air yang sedang surut. Hingga kehari ini saya tak fikir ada para pemimpin UMNO yang berani berterus terang walaupun mereka tahu Kekuasaan yang ada pada raja-raja diibaratkan seperti senjakala yang sedang menunggu waktu maghrib.



Cerita bagaimana manusia-manusia macam Tengku Wong dapat meminjam kekebalan raja-raja, cerita bagaimana keadaan kerabat di Raja Johor yang sedang berada di dalam keadaan kucing berak ke rambut memang tidak seronok didengar oleh mereka yang berjiwa royalist.



Orang-orang konservertif juga tidak senang, apa lagi para kuncu-kuncu dan pecacai-pecacai serta algojo raja, tentulah mereka marah-marah pada kerajaan kerana menggunakan media massa untuk menaruh pasir dalam periuk nasi mereka.



Hampir di setiap hari media massa memuatkan di muka depan akhbar-akhbar tentang penyelewengan raja, itu pun baru sedikit dari keburukan raja dan kerabat mereka didedahkan.







Masyarakat Melayu sedang menghadapi kejutan Budaya, manalah mereka tak kelam kabut dan manalah raja tak takut kehilangan kekebalan.Surat dari pembaca dan ruangan-ruangan tertentu Rencana pengarang dan ruangan Professor Syed Hussein Alattas di Utusan Malaysia begitu menggerunkan pihak royalist dan konsevertif tiba-tiba saja lahirlah orang yang tidak pernah menulis pun sudah pandai dan berani menulis dan mengkritik raja termasuk tun. Nampaknya ramai sangat yang sudah tidak takut dengan raja lagi. Begitulah kata peribahasa Melayu, apabila pohon sudah tumbang kura-kura pun pandai memanjatnya. Lulus jarum maka luluslah kelindan.







Apakah raja dapat menahan Kejutan Budaya seperti ini?



"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"



.Kata-kata di atas adalah ingatan Tan Sri Raja Azlan Shah, bekas Ketua Hakim Negara dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980 di hadapan DYMM Raja Tuanku Syed Putera, Canselor universiti itu.Kalau saja para raja dan kerabat mereka membaca dan berfikir, berfikir dan membaca, tentunya mereka akan hati-hati, ingatan itu ditujukan kepada raja-raja.



Tunku Abdul Rahman juga pernah mengingatkan raja-raja semasa isu Sultan Johor dengan Tan Sri Othman Saat, Rahim Bakar dengan Sultan Ahmad Shah kerana kekebalan berada di tangan mereka, membuat tak peduli.Jika kedua-dua putra raja yang berpengaruh tak berjaya menasihati raja apa lagi orang seperti Mahathir dan para Menteri Besar, raja kebal.



Maka kenapa salahkan Perdana Menteri bila media massa dan media eletronik digunakan? Dr. Mahathir mengaku beliau membuat silap dan meminta maaf, sepatutnya dulu lagi beliau telah mengambil tindakan ini, tetapi nak buat macam mana Mahathir cuma manusia biasa yang tidak mempunyai kekebalan seperti raja-raja.



Peristiwa Sultan Johor memanggil jurulatih hoki Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) Douglas Gomez ke Istana Bukit Serene dan memukulnya bukanlah suatu peristiwa baru dan pelik lagi, ia sudah menjadi sejarah, istana Bukit Bising (Serene) diserang oleh media massa.



Kalau bukan Raja Azlan sebagai Presiden Persatuan Hoki, bukan juga anaknya Raja Nazrin sebagai Pemangku Raja Perak, cerita ini akan senyap begitu sahaja tetapi inilah hukum karma, bangkai gajah tak boleh ditutup, busuknya pekung di dada tak boleh disembunyi lama-lama. Buku bertemu ruas.



Begitu juga pada suatu masa dulu pernah kedengaran desas-desus mengenai peristiwa Prebet Adam dikaitkan dengan kekasaran raja yang memerintah negara. Degas-desus itu senyap begitu saja kerana rakyat takut mempersoalkannya dengan lebih mendalam. Mahathir juga tidak mahu menghina rajanya. Hari ini pun rakyat sudah berani marah Perdana Menteri kenapa tidak ambil tindakan.



Pada zaman ini peranan raja sebagai pelindung atau payung rakyat boleh dikatakan tidak wujud lagi. Malah ramai rakyat di negeri yang beraja sentiasa merasa terancam keselamatan mereka dari kekasaran pihak istana. Ramai rakyatnya dalam ketakutan kalau-kalau dapat penampar free jika tersilap memotong kereta anak raja atau tidak perlahankan kereta bila anak raja lalu ketika memandu.



Dari masa ke semasa peristiwa-peristiwa tingkah laku kasar dan tidak bermoral raja dan kerabat menjadi perbualan rakyat. Istana bukan saja sudah menjadi lambang keganasan tetapi juga lambang pembaziran dan kemungkaran. Peranan seseorang raja sebagai ketua agama Islam juga sering menjadi bahan ketawa orang ramai. Dulu di zaman jahiliah patung batu yang menjadi sembahan, tetapi kini orang Islam menyembah patung yang bernyawa.



Bukankah ini menjadi tamparan kepada alim ulama?Pada masa ini kedudukan seseorang raja sebegitu rupa hingga tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah atas sifat dirinya sendiri. Dengan lain perkataan seseorang raja di negara kita adalah bebas untuk melakukan apa saja termasuk membunuh orang tanpa sebab sudah mula menjadi perbincangan di sana sini.



Pada mulanya memang sukar untuk di telan macam orang yang tiba-tiba mendengar bahawa bapanya seorang pembunuh tentulah dia terkejut, inikan pula kalau dia seorang manusia yang tidak beriman.Bagi anak-anak dan kerabat raja pula mereka tidak mengatasi undang-undang dan dengan itu mereka tertakluk kepada undang-undang negara sama seperti rakyat biasa tetapi tingkah laku melebihi ayahanda mereka yang kebal.



Bagaimanapun jika mereka melanggar undang-undang mereka boleh mendapatkan perlindungan di belakang seseorang raja tanpa mampu diambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu sebab itulah kerajaan terpaksa tarik balik ilmu kebal yang ada pada raja demi untuk menyelamatkan umat dan kuah tidak tumpah ke nasi namun ketam nak ajar anak berjalan lurus macam mana?



Dalam keadaan sekarang rakyat terpaksa mencari jalan untuk melindungi diri dari ancaman raja dan kerabat raja. Buat masa ini rakyat terpaksa menerima saja apa-apa bentuk keganasan yang mungkin dilakukan oleh raja mereka tanpa mendapat keadilan yang sewajarnya.



Terima kasih rakyat pada Mahathir yang berani menyabung nyawa bukan saja untuk melindungi rakyat tetapi membebaskan fikiran dan jiwa yang selama ini menggelapkan nasib rakyat jelata.Sebagai rakyat yang mengamalkan demokrasi, saya menyokong penuh tindakan berani Perdana Menteri saya, bahawa kerajaan patut mengambil tindakan undang-undang terhadap kerabat diraja termasuk sultan yang menyalahgunakan kebebasan kerana di dalam Islam siapa saja yang bersalah mesti menerima hukuman.



Allah akan membalas walaupun sebesar zarah amal kebaikan atau kejahatan.Raja-raja sepatutnya bersyukur kerana di Malaysia sahaja terdapat bilangan raja yang ramai. Kedudukan mereka sekarang juga adalah hasil perjuangan rakyat jelata yang banyak berkorban terhadap negara.Kedudukan mereka adalah lebih tinggi daripada imam.



Mereka adalah Ketua agama negeri dan berkuasa tentang adat istiadat Melayu, tetapi apakah mereka patuh pada perintah Allah dan Rasul?



Apakah mereka hidup dalam keadaan, dikandungan adat sedangkan mereka mati akan dikandung tanah.Sebagai ketua agama, untuk menghadiri konsert nyanyian juga adalah bertentangan dengan kedudukan mereka kerana ia mencemarkan agama Islam.



Malah ulama-ulama kerajaan atau pembangkang tidak pernah menegur tentang keadaan ini walaupun sikap mereka tidak melambangkan sebagai Ketua Agama.



Nampaknya Pusat Islam seperti merestui kemungkaran ini, mereka cuma menentang golongan yang tidak sehaluan yang menjadi sasaran, di tuduh menyeleweng, sesat dan terkeluar dari akidah? Apakah mengamalkan kekebalan itu akidah Islamiah?Sebenarnya, ketidakadilan sikap laku tentang rajaraja ini telah lama dialami oleh rakyat tetapi pemimpin sebelum ini takut dan menghormati raja tidak bertempat, hingga 35 tahun lamanya kita hidup di dalam kehinaan baru tahun ini tiba-tiba tersedar.



Tetapi tidakkah kita terfikir entah berapa banyak lagi rakyat jelata kita yang telah dianiaya oleh golongan ini? Apakah patut kita memberikan kemungkaran ini berterusan?Contohnya, tidakkah kita terfikir mengapa Prebet Adam mengamuk pada suatu masa dahulu? Tentu ada diantara anda (pembaca) yang tahu, tetapi tidak mahu menghebohkannya kerana takut bala menimpa sedangkan membunuh orang Islam adalah sebesar besar dosa.



Sultan dan kerabat diraja Johor patutnya menjadikan peristiwa bola hoki sebagai pendorong untuk mereka sentiasa menjaga hati dan perasaan rakyat sebelum terlambat.Kejatuhan Shah Iran raja yang telah memerintah 2500 tahun, raja segala raja ketangan seorang tua yang berumur 80 tahun tanpa senjata.



Ingatan King Faruk bahawa akhirnya hanya tinggal lima raja sahaja di dunia yang diingatkan oleh Tengku Abdul Rahman semasa krisis Sultan Johor dengan Tan Sri Othman Saat tidak mahu dijadikan tauladan. Sekarang bila media massa membuat liputan baru pertama kali nak marah pasal apa? Raja buat 23 kali salah rakyat senyap saja.



Di Indonesia, serentak dengan revolusi kemerdekaan, raja-raja Melayu dan Jawa pun dihapuskan. Pada hal feudalisme Jawa cukup kuat malah sampai sekarang pun masih ada yang diamalkan dalam masyarakat Jawa. Semua orang tahu bahawa rakyat itu berkuasa.Dalam tinjauan bapak tun majoriti rakyat yang di bawah 30 tahun mahu pindaan perlembagaan dilakukan walaupun raja-raja tidak bersetuju, kerana majoriti rakyat bersetuju.



Parlimen pun telah mencapai kata sebulat suara kerana raja mesti ingat tidak ada raja tanpa rakyat. Masakan raja yang cuma sembilan orang melawan rakyat seramai 18 juta?Orang-orang Melayu yang sudah tahu tentang kemungkaran raja mulai 'hot' dan baran kerana adanya taukeh-taukeh ala "Tengku Wong" di semua negeri kerana merekalah yang mengaut keuntungan berjuta-juta dari kawasan balak, tanah perindustrian dan perumahan, dan bermacam-macam projek lagi yang diberi atas nama atau kerana istana.



Orang Melayu duduk atas tanah haram jadi sasaran dan buruan pasti akan bersama-sama Mahathir. Inilah yang menyebabkan Mahathir kuat bukan batang tubuhnya.Sudah menjadikebiasaan orang Melayu mempunyai ingatan yang singkat "Malay people have short memory" bahawa ketuanan Melayu berada di tangan rakyat. Kita menjadi tuan kerana kuasa politik di tangan kita.



Kuasa politik UMNO dan rakyat Melayulah yang menabalkan kembali raja-raja. Dengan kuasa politik inilah juga kita bangunkan pelajaran dan kemahiran serta menebus maruah bahasa dan ekonomi Melayu.



Maka kita pun menjadi tuan dan dihormati. Ketuanan inilah yang wajib dipelihara dan dipertahankan habis-habisan. Semoga Allah merestui usaha kita untuk mengembalikan raja-raja kita kepada akidah Islam yang sebenarnya.Seandainya Sultan Johor berfikir bahawa sebagai orang Islam selaku umat Muhammad kita diwajibkan meraikan dan melayani tetamu yang datang ke rumah, kita tak patut pukul tetamu dan hina mereka kalau ini dilakukan, tentu isu pukul Gomez ini tidak akan meletus sebesar ini.



Atau sekurang-kurang baginda selaku seorang besar sebagai raja yang memerintah sesudah melakukan kesalahan terus meminta maaf tentu dengan mudah kes ini akan tertutup begitu sahaja.Sebenarnya ini zaman penutup tahun dua ribu. Semasa Isma Isma manusia mulai hapus dan terkubur.Kejajian sehari-hari kita saksikan bahawa anak-anak sudah tidak lagi menghormati ayah dan ibu mereka. Murid sekolah tidak lagi menghormati guru.



Mereka tidak lagi mahu mempercayai perkataan berkat seorang murid dipukul guru. Ibubapa dan orang ramai bertindak terhadap guru. Inilah zaman bila raja pukul seorang rakyat satu negara bangun memusuhi raja.Begitu juga dengan Majikan dan pekerja ini zaman buruh yang memerintah bukan majikan yang berkuasa.



Tetapi raja bukan nampak ini semua kerana mereka kebal dalam istana, zaman pekerja boleh dipukul, bantai, dimaki hamun sesuka hati sudah berlalu seperti akan berlalunya kekebalan raja-raja kalau bukan melalui Parlimen tak mustahil melalui revolusi.Soal sama ada raja-raja bersetuju atau tidak bersetuju tentang soal pindaan perlembagaan, tidak timbul lagi. Pertimbangan sekarang bukanlah undang-undang, tetapi tuntutan demokrasi, keselamatan rakyat serta maruah para pegawai kerajaan.



Undang-undang hanya berfungsi apabila rakyat masih mengkehendakinya. Apabila rakyat menolak, tidak ada undang-undang yang berkuasa. Suara rakyat adalah suara keramat. Rakyat memberi mandat kepada pemimpin dan parti untuk membuat undang-undang melalui Parlimen. Tetapi apabila Parlimen dan rakyat tidak mahu lagi kepada undang-undang itu, maka habis dan tamatlah peranan dan kuasanya.



Para pemimpin dan parti yang diberi mandat untuk membuat undang-undang itupun, akan jatuh apabila rakyat tidak percaya kepada mereka. Segala badan penguatkuasa undang-undang pun tidak boleh berfungsi lagi.Mahathir akan menang dalam perlawanan ini bukan kerana dianya Dr. Mahathir, bukan kerana Mahathir kuat dan handal.



Tetapi doa dari mereka yang dizalimi oleh raja-raja yang tidak berperikemanusiaan dan prilaku raja yang angkuh dan zalim pasti menerima pembalasan dari Allah di dunia ini akibat terlupa bahawa Allah yang berkuasa dan bila timbul kebenaran maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.Dari Buku"Tuan Ku Mahathir Lawan Sultan Mahmud Iskandar" (1993)3. dengan rase bangganya UMNO dengan lagak samseng ,penyamun ,pengungut dan perompak pergi berak dan kencing atas kepala raja raja dan sultan sultan negeri yg beraja



Berikut tun sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.


Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.

Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.

Kelantan:Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.

Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.

Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam.

Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku

“Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.



Negeri Sembilan :Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.



Selangor :Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.



Pahang :Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.

Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.



Perak :Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.

Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.



Johor :Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan MahathirPelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.



Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.

Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.

Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.

Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.

Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.

Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.

Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.>Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.

Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan?Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?

Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.

Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.

Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…? Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.

Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.

Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua

Jumaat, 20 Februari 2009

Sarankan mufti perak isi borang umno.cayalah.......-malaysiakini

SILA RUJUK LAMAN WEB PEMUDA UMNO



Sekarang baru UMNO mahu terima pendapat Mufti Perak,
Dulu mufti perak keluar kenyataan pasal banyak melayu telah murtad.
Group UMNO ni juga yang tentang.

Fikir-fikirkanlah.
jangan ambil fatwa ni sahaja sebab dia sesuai dengan jiwa UMNO, dan buang banyak fatwa lain termasuk fatwa haram mendedahkan rambut bagi wanita (Fatwa Utama) yang mana Rosmah Mansur langgar.



Fikir-fikirkanlah
Jangan menerima sana sikit, sini sikit dan tolak hukum yang UMNO tak berkenan ikut nafsu, terimalah Islam selengkapnya jangan main pilih ikut nafsu. Fikir-fikirkanlah yang dok rasuah tu halalkah? yang politik wang tu halalkah?



saya pernah tinggal di Sabah pada PR 10 saya tengok puak-puak UMNO ni le yang paling rancak hulur rasuah pada pengundi Sabah (depan mata saya sendiri tengah malam pulak tu pergi ketuk rumah pengundi). (Sponsornya ADUN UMNO dari Selangor)



Fikir-fikirkanlah
Saya dulu nak masuk UMNO tapi dgn Pengalaman di Sabah tersebut saya terus tak jadi masuk UMNO kerana saya tak sanggup terlibat dgn politik kotor UMNO.



Pada pandangan saya penyokong UMNO seperti anda yang masih kekal dalam UMNO (tak serik nak keluar walaupun tahu banyak politik wang dalam UMNO),



yang masih setia dengan UMNO sebenarnya setia dengan imbuhan rasuah tersebut. Ingat Haram tetap Haram. Allah lebih mengetahui walaupun mahkamah dunia UMNO pandai manipulasi



(Lingam berkata corect-corect-corect, yes, yes, umm yes corect-corect-corect) Fikir-fikirkanlah

Selasa, 17 Februari 2009

Tajol Rosli kena penamporrrr-malaysiakini

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
asalamualaikumKepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah.
Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.
Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.2. 5,000 ekar di Bruas3.
1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor5.
Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.
DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.
Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.
Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!
Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.
Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Isnin, 16 Februari 2009

Awas!DSAI perlu ada penasihat kalau tak PKR lingkup-malaysiakini








Assalamualaikum dan semoga dalam keadaan semangat juang yang tinggi...semangat juang cetusan gelombang Reformasi 98 harus membara sentiasa...untuk makluman semua forum ini adalah anjuran Badan Koprat Swasta (WBC Sdn Bhd) bersama beberapa aktivis Parti Politik dan NGO....

Ajk Penganjur :
Pengerusi : Puan Nora (WBC)
Ajk : Anuar Aziz (WBC)
: Johari (Berjaya Hotel)
: Zulkifli Md Noor (DAP)
: Din Binjai ( NGO - Unit Ehsan)
: Puan Hamizah Bt Che Amat (NGO - Watami)

Tajuk : Duniaku..Suaraku...Dunia Anak Melayu Pulau Pinang
Tarikh : 20 Februari 2009
masa : 8.00 malam
Tempat : Hotel Berjaya
semua MELAYU termasuk MAMAK p.pinang dijemput hadir...

YB Chow akan Hadir...kita suarakan rintihan Melayu P.Pinang kepadanya....
Nak harap melayu keadlian....agenda untuk melayu pun entah di mana....
yang DEPA tau dok bergaduh sesama sendiri terutamanya FAIRUS....
YUSMADI dok ajak umno berdebat di awani tentang demokrasi...
Demokrasi dalam Keadilan pun hangpa rogol...6 tak sokong yusmadi 4 sokong yusmadi
Itu pun YUSMADI boleh jadi Ketua AMK P.Pinang...
BUKANKAH TELAH MEROGOL DEMOKRASI KEADILAN NAMANYA...

kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim
kami habaq, habaq dah...
jangan jadi mata ikan kering...
jangan jadi telinga kuali...
UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH

KAMI BUKAN SAHAJA MAHU MELIHAT SLOGAN, TETAPI KAMI MAHU MELIHAT SLOGAN ITU TERLAKSANA...
SAYA TAK MARAH DATO. SERI....TAPI NASIHAAAAAT.....

Sabtu, 14 Februari 2009

TAMPAR DSAI 100 KALI-malaysiakini

Sebenarnya apa yang berlaku hari ini -
politik yang berlaku dalam PKR memberi pengajaran kepada kepimpinan PKr sendiri. Kita lihat apa yang ada hari ini –
lompat parti PKR masuk ke UMNO dan ada yang paling buruk ialah lompat masuk PKR dan kembali masuk UMNO dalam beberapa hari.
PKR perlu juga belajar bahawa di keliling kamu ada oportunis yang mengambil kesempatan.
Bila ada rakyat marhaen yang menyuarakan masalah ini – tidak di endahkan.
Yang di percayai adalah mereka yang tidak pernah tahu maksud reformasi –
erti pengorbanan dalam perjuangan.
Yang ada adalah mereka yang berkepit di keliling khususnya Anwar Ibrahim bila beliau di bebaskan – mendabik dada konon-kononnya mereka adalah pejuang sejati –
mereka berkorban untuk perjuangan sedangkan mereka tidak pernah tahu suka duka derita dalam perjuangan menuntut reformasi.

Apa yang ada ialah PKR tertampar mukanya sendiri.
Bagi tun – selepas ini, cermin diri, lihat di luar sana –
ada muka-muka pejuang yang menderita tetapi masih kekal dalam perjuangan reformasi.
Ada mereka yang sudah diuji dan sudah teguh natijah perjuangan mereka, kenapa tidak disentuh mereka. Apa pun nasi belum menjadi bubur –
ubah dan mulakan senario baru.

Kesombongan hanya akan menjahanamkan diri sendiri

Jumaat, 13 Februari 2009

Hamidah Adun Sg Rapat pukul kaum india-malaysiakini


AMPUN TUANKU. Patik dah kaya,lima tahun ni patik pulun lagi......................


ini ada satu cerita di DUN Perak: Hamidah Osman (ADUN SG RAPAT, PERAK):


"Bila Nampak Ular dan Seorang India, Pukul India Dulu, SETUJU". Semua. ADUN BN, PERAK : "SETUJUUUUU"


MORALNYA: ORANG PERKAUMAN MACAM NI PUN BOLEH JADI EXCO


ISUNYA: KENAPA 6 ORANG EXCO SAJA DATANG ANGKAT SUMPAH MANA PERGI YANG LAIN.


KATA SOKONGAN PADU 28 BN + 3 ADUN BEBAS (CAKAP TAK SERUPA BIKIN).


MEREKA TAK PUAS HATI KOT TAK DAPAT JADI EXCO -


UMNO PERAK MULA GONYAH MUNGKIN BERPECAH KERANA KERAJAAN HARAM ATAU MEREKA BOIKOT MAJLIS SULTAN


-KIRA DERHAKA JUGA PADA SULTAN PERAK. ATAU SILAP-SILAP NAK LOMPAT PULAK KE PKR.


KATA NAJIB: NI SAYA BAHAGIKAN TUGAS.


HAMID ALBAR> TOLONG ARAHKAN POLIS AWASI MEREKA KALAU BOLEH KURUNG MACAM YANG KITA BUAT KAT 3 ADUN KATAK TERMASUK ADUN BOTA DULU. (BOLEH GUNA ISA TAK)




ZAMRY> TOLONG KUMPUL SEMUA MAMAK DI PERAK (MAMAK CENDOL KE, MAMAK PASEMBOR KE, MAMAK CETI KE ) CARI SELURUH PERAK. KJ> TOLONG KUMPUL SEMUA MAMAK DI MALAYSIA (MAMAK CENDOL KE, MAMAK PASEMBOR KE, MAMAK CETI KE ) CARI SELURUH MALAYSIA.




SAMY VELU>ARAHKAN SEMUA PLAZA TOL ADA WAKIL KITA DAN PERIKSA SEMUA KENDERAAN SECARA TEPERINCI KALAU TAK ADA KERJASAMA DARI RAKYAT UGUT BALIK TOL MUNGKIN DINAIKAN.




PAK LAH> MAAF TUAN PM, HANG BOLEH TIDURRRRRR SEBAB BULAN MAC NANTI HANG DAH NAK PENCEN BOLEH LE BULAN MADU DENGAN JEEANE.




SARANAN: HAMPA NI PEMUDA UMNO BUAT APA LAGI CEPAT KELUAR SAJE DARI UMNOO MASUK PARTI LAIN SELAIN BN. MASUK PARTI TUPERWARE KE, PARTI PAS KE, PARTI PKR KE PARTI DAP KE ATAU KALAU SESAK SANGAT MASUK PARTI BEBAS SAMA MACAM 3 KATAK TU BUKA PARTI BARU DENGAN LAMBANG KATAK MELOMPAT. AMPUN TUANKU

Khamis, 12 Februari 2009

Nizar-ikut sunnah Nabi dari perintah" manusia"-malaysiakini

Heboh satu Malaya.Hmm....heboh satu UMNO Malaya sebenarnya.Heboh tentang DS Nizar menderhaka. Itulah istilah yang pemimpin-pemimpin UMNO gunakan bagi mensifatkan DS Nizar.
Tapi betulkah DS Nizar derhaka? Aku rasa sebenarnya DS Nizar mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Dan sunnah Nabi SAW adalah lebih berharga dari titah mana-mana raja dalam dunia.Kerana sunnah Nabi SAW berlandaskan firman ALLAH Azza WA Jalla.
Sedangkan titah raja mungkin terdorong oleh hanya akal atau perasaan atau nafsu.
Mengikuti sunnah Nabi SAW ,InsyaALLAh akan mendapat syafaat baginda di akhirat nanti. Ikut titah raja belum tentu lagi.....
Keenganan DS Nizar meletak jawatan bila di titahkan oleh raja adalah seperti sabda Nabi SAW kepada sahabat besar Uthman bin Affan r.a. iaitu:- hadithuthman
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
Jadi, adakah derhaka jika seorang pemimpin Muslim mengikut sunnah Nabi SAW?

Selasa, 10 Februari 2009

Siapa sepatutnya raja muda(perlembagaan dipinda)-malaysiakini

Dia orang ingat kitaorang taktau ke.Sape yang patut jadi raja muda.tentulah raja dihilir,mengikut perlembagaan tubuh negeri perak.ni Anak dia pulak jadi raja muda.
Ada konsperasi mengubah perlembagaan masa ramli ngah talib jadi MB.
mai ler kita korek,korek,korek


Fakta sejarah:Tun Saban Balek adalah orang yang pergi ke kampar sumetera,dan membawa balik sultan yang pertama ke negeri perak.Sebelum itu perak diperintah oleh tun saban balek
anak tun perak yang lari ke perak.Setelah ditabal jadi sultan,sultan pun memaksa anak perempuan tun saban balek jadi gundiknya,ini menimbulkan kemarahan TUN.

Tun Saban Balek istiharkan perang dengan sultan,Sulatan mengarahkan Megat terawih
untuk menghapuskan TUN..................................berita lanjut buka.lanjutan kesultanan melaka(sejarah negeri perak)
Tok moyang Aku dibunuh.......................cissss

Sejarah Pembukaan

Mengikut catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Hulu Perak ialah Tun Saban, anak Tun Perak (Bendahara Paduka Raja, Orang Besar Istana Sultan Melaka) pada awal kurun keenam belas. Pada tahun 1511, setelah Kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah telah berpindah dan menubuhkan kerajaannya di Bentan. Pada tahun 1526, Portugis telah menyerang kerajaannya sekali lagi menyebabkan baginda terpaksa berundur ke Kampar dan menubuhkan kerajaannya di sana.
Pada masa itulah Tun Saban telah berhijrah ke Hulu Patani dan tinggal di satu tempat bernama Beredung Budi; kemudian berpindah ke Hutan Belum, di Hulu Perak, dan membuka kampung di tempat yang bernama Relap Hati lalu menjadi ketua orang-orang di Hutan Belum.

[sunting] Tun Saban
Pada masa itu, Negeri Perak belum ada raja tetapi penduduknya sudah ramai. Maka pada suatu ketika yang baik, Tun Saban telah pergi ke Kampar, mengadap Sultan Mahmud Shah, memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak. Baginda lalu mengurniakan puteranya bernama Raja Muzaffar beserta dengan alat kebesaran negeri. Pada tahun 1528, Raja Muzaffar telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah.
Setelah Tun Saban meninggal dunia,(tiada catatan mengenai tarikh sebenar) tetapi mayatnya dikebumikan di Changkat Merah dan hingga sekarang pusaranya itu terkenal dengan nama Keramat Tok Merah. Beberapa orang keturunannya dilantik menjadi Orang Besar di Negeri Perak.
Keramat Tok Merah mungkin ada kebenaran. Namun, menurut ahli surih tua. Tun Saban Makamnya dikebumikan di GUnung Bubu. Namun kesahihan ada sebetulnya kerana Gunung Bubu yang sebetulnya terletak di Kuala Kangsar.

umno perosak(yakjuj makjuj)-malaysiakini

2009 Februari 09

BENARKAH UMNO PERTAHANKAN SULTAN????
Pagi ini (9 Februari 2009) UMNO akan berhimpun di Dataran DBI dan berarak ke Istana Kinta untuk menyatakan sokongan kepada DYMM Sultan Perak. Sejak seminggu ini berkumandang laungan 'Daulat Tuanku' di mulut pemimpin dan ahli UMNO khususnya di negeri Perak. Kelihatannya UMNO begitu menjunjung kasih ke bawah DYMM Sultan dan sekelian kerabat Diraja. UMNO pembela institusi Diraja. UMNO akan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja sehingga ke titisan darah yang terakhir. UMNO mahu mengusir penderhaka dari bumi bertuah payungan Raja.Selain dari UMNO, semuanya menderhaka kepada Raja dan pengkhianat bangsa. Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah penderhaka. PAS, PKR dan DAP adalah penderhaka. Sekelian yang berbeza pendapat dengan UMNO dalam krisis di Perak adalah derhaka kepada Raja. Rakyat yang meluahkan rasa kecewa terhadap cara luarbiasa pertukaran kerajaan negeri dihukum muktamad sebagai penderhaka.Penderhaka perlu dihukum. Pingat dan gelaran yang dianugerahkan oleh Raja mesti ditarik balik. Sekelian yang tidak sependapat dengan keputusan istana mesti diusir dari bumi Darul Ridzuan. Nizar patut disumbat ke Kem Tahanan Kemunting di bawah peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).UMNO bangkit dengan suara lantang. Pemimpin UMNO berlumba muncul di media cetak dan elektronik untuk menjadi juara membela Raja. Mufti yang baru dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan turut mengecam penderhaka. Pemuda UMNO muncul di merata balai polis membuat laporan. Bloggers UMNO memaki hamun penderhaka dengan seribu satu perkataan dan ayat cemuhan. Bodoh, bangang, tolol, babi, celaka, laknat, lahanat, haramjadah, anak haram, beruk, biawak, tak sedar diri, pantat, biul, malaun dan yang semaksud dengannya dihambur oleh bloggers UMNO kepada si penderhaka daripada PAS, PKR, DAP dan siapa saja yang bersimpati dengan mereka.TV 1, 2, 3, 7, 9 dan Astro Awani bersama Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo dan Sinar Harian melapor dan mengulas perderhakaan ini dengan cukup meluas. Apa jua kenyataan resmi atau tidak resmi pemimpin Pakatan Rakyat yang boleh diolah untuk menggambarkan derhaka dan menentang Sultan, pasti dilapor dan dikembangkan dengan sempurna. Bagi mengesahkan penderhakaan itu maka apa jua kenyataan Pakatan Rakyat yang menafikan tindakan mencabar Sultan atau menjelaskan kekeliruan tanggapan yang timbul tiadalah mendapat tempat di media cetak dan elektronik itu.Benarkah UMNO pertahan Raja?Rakyat Malaysia mampu menilai realiti sikap, cara dan pendirian semua pihak khususnya parti-parti politik berhubung institusi Raja ini melalui rekod yang tidak mungkin dapat disorok oleh sesiapa pun. Arkib berita akhbar-akhbar yang sama khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian mampu menjelaskan segala-galanya. Itu pun kalau kita mahu berlaku adil dalam menganalisis dan cukup waras untuk jadi realistik. Kalau emosi menjadi tunjang dan kefanatikan merajai akal maka tiadalah yang dapat ditimbang di dalam minda dan jiwa.Krisis perlembagaan di awal tahun 80an adalah sejarah besar melibatkan institusi Raja dan Kesultanan Melayu. Media perdana kawalan UMNO menelanjangkan aib Raja, Sultan dan kerabat berbulan-bulan lamanya. Perdana Menteri UMNO mengungkit, menyindir dan menghentam Raja selagi mau. Perhimpunan-perhimpunan raksaksa diadakan di seluruh negara untuk memalukan Raja. Istana dan harta sekelian Sultan, Raja serta kerabat baginda semua dipaparkan dalam akhbar dan ke udara di media elektronik dengan rupa yang amat hodoh dan cemar sekali. Laku yang salah dan amal yang songsang sekelian Raja dan kerabat menjadi tatapan sekelian rakyat jelata hampir setiap hari selama beberapa bulan.Kemuncaknya ialah berhasil pindaan perlembagaan negara dan perlembagaan hampir semua negeri yang menamatkan imuniti Sultan dan Raja. UMNO mencipta sejarah tersendiri hasil usaha mega yang terancang mengaibkan istana semau-maunya. Kesultanan Melayu terpaksa akur dan tunduk kepada yang lebih Raja dari baginda semua iaitu pemimpin UMNO. Ahli-ahli UMNO sentiasa sibuk sepanjang tempoh menyembah derhaka kepada Raja yang memakan masa berbulan-bulan itu. Berhimpun dan berdemonstrasi. Melaungkan sembah jerit dan sembah maki kepada istana dan seluruh isinya. Raja membazir! Raja jahat! Raja membunuh! Raja berpoya-poya! Raja sombong! ... dan apa saja yang mahu UMNO katakan. Istana terkunci daya kerana rakyat jelata digerakkan oleh UMNO berpadu tenaga menyanggah selagi upaya. UMNO berjaya. Istana terhukum. Pemimpin UMNO mengambil alih kedaulatan dari Istana Negara berpindah ke Seri Perdana hingga ke Putra Jaya dan dari istana-istana negeri ke kediaman Menteri Besar masing-masing negeri.Rujuk di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan banyak lagi.Episod terbaru, berlaku hanya beberapa bulan yang lalu selepas pilihanraya umum ke 12 tahun 2008.Apabila istana Terengganu tidak sedia memberi perkenan kepada Idris Jusoh untuk bergelar Menteri Besar, UMNO murka terhadap Raja. Abdullah Ahmad Badawi Presiden UMNO bertitah di Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi menyatakan bahawa Istana tiada hak untuk tidak memberi perkenan. Istana diperingatkan tentang tanahair ini beraja dan berperlembagaan. Raja tidak sayugia menyanggah perlembagaan. UMNO berhimpun di jalanan dengan sepanduk dan slogan termasuk kata-kata "KAMI NAK IDRIS ... NATANG!" dengan maksud "hoi raja! kami mau Idris Jusoh jadi menteri besar ... binatang!". Raja dihamun dengan gelaran "binatang". Begitulah cara UMNO menjunjung kasih menyembah taat setia.Isu Terengganu boleh diimbas kembali di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan di banyak sumber lain lagi.Bukan hanya peristiwa sensasi itu sahaja malah pemimpin-pemimpin UMNO membuat kenyataan demi kenyataan sembah derhaka kepada raja. Media cetak dan elektronik tawanan UMNO tidak ketinggalan dengan laporan dan analisis yang mempertikaikan istana. Kebetulan masalah yang sama turut berlaku di Indera Kayangan. UMNO bertegang urat dan leher dengan istana walau pun akhirnya kecundang di tangan Mat Isa Sabu. Shahidan jadi sejarah.Laporan dan analisis isu Perlis di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan banyak lagi.Demikian cebisan catatan sejarah hubungan UMNO dengan Sultan, Raja dan Istana. Jika ada seminar yang panjang, banyak lagi yang boleh dibentangkan dari catatan resmi sejarah, berdalilkan majalah dan akhbar kawalan UMNO sendiri serta arkib siaran media elektronik yang juga bertuankan UMNO. Bukan bukti dari Harakah atau Malaysia Today.Tiba-tiba sehari dua ini UMNO isytihar diri sebagai pembela Kesultanan Melayu. Bangkit mempertahankan Sultan daripada onar sang penderhaka dan pengkhianat bangsa.Benarkah UMNO pembela Raja?http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/

Ahad, 8 Februari 2009

DR Zambry terang-terang makan duit haram-malaysiakini

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

Sabtu, 7 Februari 2009

Apa besarnya sultan ,manusia jugak,raja yang tak adil-malaysiakini


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Al-Hujuraat: 6].

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud]

Jumaat, 6 Februari 2009

Sejarah Peang uhud-malaysiakini

pun kerajaan negeri perak sudah bertukar tangan namun aku tidak bersedih. Kerana aku percaya episod negeri perak tidak akan berakhir walau seribu kali bertukar pentadbirnya. Hari ini para pejuang dari Pakatan Rakyat kelihatan sugul dan letih kerana kalah tanpa perjuangan. Walau pun begitu Barisan Nasional tidak juga gembira diatas kemenangan secara baculnya.Kita tahu sebahagian besar rakyat terutamanya ahli UMNO negeri Perak tidak peduli tentang kemenangan UMNO-BN merampas kembali kerajaan negeri Perak. Cuma segelinter saja yang dilihat seperti lebih suduh dari kuah.Kepada pencacai UMNO perak, kita ucapkan selamat berkhidmat sebagai kerajaan negeri perak yang baru walau pun dah berkarat. Anda boleh mendabik dada, bercakap sombong dan berkelakuan bongkak...Sekarang giliran kami jadi pembangkang pulak, kami akan lakukan sebaik mungkin sehingga UMNO-BN perak terkangkang lagi...Kepada bekas ADUN PKR yang melompat parti, anda adalah wira bagi Najib Razak. Walau pun begitu anda sedang berhadapan dengan rakyat negeri perak yang bersedih kerana anda meninggalkan mereka. Diharap anda tidak berjalan dihadapan mereka kerana mereka akan menegur dan mengeluarkan "Khaaak tuiii" pada anda. Jika ada seratus ribu penyokong Pakatan Rakyat di Perak, maka seratus ribu kali Khaaak tuii disembur pada anda.

Rabu, 4 Februari 2009

Y B Osman jailu anak mati lenggek dilori-malaysiakini

Ini komen akhir saya tentang dua exco itu. Komentar untuk merumuskan mengapa mereka berdua menjadi ‘satu senpun tak laku’. Sekiranya SPR memutuskan tiada PRK, anggaplah mereka berdua telah ‘mati’. Mati bersama ego tamak hakap dan haloba.

Sebaik sahaja PRU 13 berjaya memenangkan PR di Perak, saya dihubungi oleh pimpinan PKR negeri menanyakan pendapat saya tentang siapakah yang layak menjadi MB Perak.

Secara spontan saya menjawab bahawa tiada seorangpun YB PKR Perak yang menang layak menjadi MB. Calon-calon MB PKR telah tewas di Kg. Gajah, Bukit Chandan dan Bota. Saya tegas mencadangkan jawatan MB itu diberikan kepada PAS. Berikan jawatan MB kepada Nizar kerana Nizar lebih memahami PKR berbanding rakan-rakan PAS yang lain. Ini kerana MB Nizar adalah adik kepada arwah Cikgu Khalil Shah, mantan Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Jikalau arwah banyak idea, tentulah adiknya juga begitu. Mungkin lebih hebat lagi kerana Nizar lebih mudah menggarap dan mengolah perjuangan PAS dan PKR untuk disebatikan dalam pentadbiran negeri. DAP akan menyokong sesiapa sahaja yang dicadangkan oleh PKR.

Pelik bin ajaib, si Jamal ada hati nak jadi MB Perak. Gara-gara kerenah si Jamal inilah, tarikh angkat sumpah MB Perak tertangguh. Betapa malunya PR Perak kerana istana menunjuk ajar mereka melalui Aku Janji yang mesti ditandatangani oleh semua YB PR. Mereka bersumpah taat setia bersama PR. Jikalau tidak setia dengan PR, maka kerusi DUN diistiharkan kosong serta merta.

Si Jamal dilantik sebagai exco walaupun tidak layak. Exco Pertanian. Exco yang akan menghubungkan terus kerajaan negeri dengan masyarakat Melayu kampung melalui aktiviti-aktiviti pertanian. Exco yang boleh menerobos kubu-kubu kuat di kampung-kampung UMNO. Tetapi rupa-rupanya si Jamal ini yang diterobos oleh UMNO.

Si Jamal dan sahabatnya si Osman gagal menyerlahkan bidang tugas mereka selaku exco di Perak. MB Nizarpun bosan dengan kerenah mereka berdua yang hanya ‘makan gaji buta’. Pimpinan PKR Perak yang diterajui oleh Hj. Ismail ketika itu meminta agar kedua exco ini membentangkan program yang berkaitan dengan bidang tugas exco mereka kepada parti. Mereka gagal. PKR Perak cuba untuk membantu mereka dengan menawarkan segala kepakaran yang berkaitan dengan pertanian dan pelancongan. Kedua exco tetap begitu, ‘bodoh sombong’.

Lalu si Jamal mengadu kepada Azmin dan seterusnya Azmin memanjangkan kepada DSAI. PKR Perak telah mengganggu tugas mereka sebagai exco. Mereka mendakwa tidak boleh buat kerja selagi ada Hj. Ismail di kerusi tertinggi PKR Perak. Mereka tiada kuasa mutlak melaksanakan program pembangunan ekonomi pertanian dan pelancongan negeri. Ketidakpuasan hati mereka didengari dan dipenuhi oleh DSAI. DSAI cuba berprasangka baik, mungkin betul luahan hati si Jamal ini. Lagipun DSAI tahu bahawa Hj. Ismail sememangnya garang dan tegas memimpin PKR Perak. Lalu Hj. Osman yang sememangnya rapat dengan si Jamal dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Perak dan si Jamal pula dilantik sebagai timbalannya. Akhirnya si Jamal telah memiliki kuasa yang mahu dimilikinya. Mudahlah si Jamal merangka dan melaksanakan pembangunan pertanian negeri nanti.

Tunggu punya tunggu, nanti punya nanti, satu habuk ideapun tiada yang keluar daripada mulut mereka berdua sama ada melalui mesyuarat exco negeri yang dipengerusikan oleh MB Nizar atau melalui mesyuarat PKR Perak. Sebab itu saya pernah katakan bahawa mereka tiada nilai walaupun satu sen. Mereka pergi bukan dihalau, tetapi pergi kerana menanggung malu yang amat sangat. Malu kerana kebodohan dan ketenginan mereka telah begitu terserlah. Mereka berasa begitu kerdil berhadapan dengan MB dan rakan-rakan exco yang lain. Mereka melarikan diri kepada UMNO walaupun sedar yang UMNO hanya memperalatkan mereka. Saya pernah menulis sebelum ini bahawa kedua exco ini tiada nilai kepada UMNO setelah YB. Bota keluar daripada UMNO. Padan muka mereka berdua.

Saya yakin mereka hilang bukan kerana tawaran wang berjuta. Mereka mengadap UMNO bukan kerana minta dibebaskan daripada kes rasuah yang akan mula dibicarakan pada 10 Feb. ini. Kaitan mereka dengan kes ini begitu longgar. Mustahil si Jamal tidak mengerti dengan permainan helah UMNO. Mustahil si Osman memerlukan wang berjuta kerana diapun datang daripada keluarga berada. Mustahil .. mustahil ..

Kecuali satu alasan sahaja, mereka hilang kerana malu kepada rakyat Perak. Mereka malu akan sifat kebodohsombong mereka kepada MB dan PKR. Mereka malu berhadapan dengan rakyat dan penyokong yang mengundi mereka di DUN Behrang dan Changkat Jering. Mereka malu secara bersama. Hari ini mereka sakit bersama lagi. Macam-macam ..

Rumusannya, mereka hanya pandai komplen tetapi tidak pandai buat kerja. Eloklah beredar ..

Jamal .. Kite tetap kawan walaupun kite berkelahi kerana rakyat. Nanti kita pegi tengak bola sama-sama yer. Teman belanja mike makan kueytiaw kerang dan teh tarik sebelum masuk stadium. Mike jangan ceghite lagi pasai politik. Kite citer pasai bola pulak. Teman janji tak citer lagi pasai mike di sini

Dulu anak perempuannya lenggek ditayar lori,tiada penyesalan.

Selasa, 3 Februari 2009

MElayu makan babi pun ada?


Aku nak tanya kepada semua pimpinan baik parti pemerintah atau pun pembangkang..kenapa pada dasarnya semua menyebut nak memperjuangkan MELAYU!!!Aku petik kata Tuan Guru Nik Aziz apa nilai melayu diakhirat???Cuba hangpa bagitau aku....Adakah kat akhirat nanti Tuhan akan cakap pasal BANGSA???Setahu aku AGAMA itu lebih penting dari BANGSA..!!!Kenapa kita tak memeperjuangkan Islam itu sendiri sedangkan asas kepada MELAYU itu ialah ISLAM!!!Mana ada orang akan mengaku mati dalam MELAYU,semua akan cakap ISLAM..Pemimpin yang ada sibuk nak memperjuangkan MELAYU,padahal dah berapa banyak manusia yang dibawah pemerintahan pemimpin yang ada mati dalam MELAYU!!!Betul kata orang dulu kalau baik asuhannya maka baiklah perwatakan seorang itu....Namun tak semua yang mengaku Islam mampu nak pikul tanggungjawab ISLAM itu...Politik ni kalau diteruskan dengan semangat ASOBIYAH ini la hasilnya...Kalau kita hanya bercakap bahawa kita memperjuangkan islam tapi dimana ISLAMNYA yang kita letakan dalam parti itu!!!Cukupkah hanya sekadar NAMA???Bab nak pilih Pemimpin pun macam tu jugak kita perlu tengok panduan dalam memilih pimpinan seperti yang telah termaktub didalam Al-Quran dan Sunnah Nabi....Jangan main hentam je,Bukan mudah nak jadi pemimpin!!!!Kita kena ingat kita memegang Amanah Allah swt...Silap langkah kita akan binasa kerana gagalnya kita dalam membentuk orang yang nak dipimpin!!!!So buat semua jadikan apa yang berlaku buat masa ni sebagai iktibar,Ingat ni baru sikit Tuhan uji kita dah Kelam Kabut....Selagi cara pimpinan itu tidak berlandaskan Islam selagi itu la ia tidak akan kemana.....Aku yang berfikir!!!!

Isnin, 2 Februari 2009

YB yusmadi buat laporan polis,baner hilang buat tutup motor kut.-malaysiakini

BALIK PULAU .YB yusmadi telah buat,laporan polis akan kehilangan 4 baner yang dipasangnya.Kehilangannya menjadi persoalan...........................................................................................................
.......................................................................................................................
.....................................................................................................................
.............................................................................................................................
..........................................................................................................................
nak tahu lebuh lanjut baca akhbar sinar hari ini.


aku ingat lah ni mat mat rempit punya kerja kot.depa berkenan ler tu.mungkin buat tutup motor ke.balut nangka ke atau buat selimut .

Baguihhh jugak polis siasat kes ni.lepaihh biar tertangkap sipengkhianat tu.

Duit tak dapat.orang tamak selalu rugi.

Orang tamak selalu rugi,Iktibar buat meka-meka yang kelapaq sangat projek dan berkempentingan.
tingok apa sudah jadi itu anak haram 2 orang.duit tak dapat,silap hari bulan masuk dalam.
Jika tiada keikhlasan dalam hati untuk memperjuangkan rakyat ,ni la jadinya.
Kepada budak budak AMK penang yang baru masuk lepaihh pilihanraya,yang duduk dalam
jawatankuasa negeri tu ,bukan nya orang tak kenai.semua perkempentingan dan tak habis cari peluang,kerja tak buat,tapi dilantik ke jawatankuasa negeri.Yusmadi cari penyakit.Patik tahu orang lama tu bukan nak berebut jawatan,tapi nak jaga PKR ini lebih baik daripada masuknya puak-puak yang perkempentiingan.Tapi kalau DSAI pun dah suka kita tengok saja lah kehancuran yang akan menjelama.ini bukan doa tapi kenyataan.
macam mana boleh PKR boleh jadi seteruk ini.Bukan buka pekong didada,lawan tetap lawan
kalu Orang dalam parti pun salah takan kita nak lindung juga,Bacul namanya.

Tunggu kehancuran nya.kalu tak disekat dari sekarang

Ahad, 1 Februari 2009