SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Sabtu, 27 Februari 2010

Transaksi akaun bank RM200 juta-malaysiakini


Rupanya 2.2 juta duit yang disimpan didalam rumah diBkt Mertajam minggu lalu,Tidak diketahui oleh situan rumah itu dari mana datangnya,mungkin dia letak sepasang duit didalam kotak itu dan beranak pinak.
Dan transaksi keluar masuk akaun si budak yang berumur 30an itu bernilai hampir RM200 juta.Wow(terkejut)
nak buat Putrajaya satu lagi ke.Atau duit yang disimpan dari turun temurun 7 keturunan
didalam rumah tu.2 tahun baru kerja pencacai Menteri dah sekaya itu,Rezeki apa nak buat sapu je ler......
Agaknya apa tindakan Sprm.kes masa pilihanraya P pmtg Pauh dulu pun mereka sempat melarikan RM12 juta bila terhidu bau sprm atau sprm.....dot dot
Duit saja kerja mereka..............

Jumaat, 26 Februari 2010

Ahli Parlimen diistihar Muflis-malaysiakini


jeng jeng jeng oak oak oak
Ada Ahli Parlimen dari Pulau Pinang Akan DiIstihar Muflis sikit hari lagi.
Siapa orang itu???????????????????????????
hanya Tun saja yang tahu...................................................
Bank Mana
Hanya Tun saja yang tahu.....................................................
jenis apakah orang itu??????????????????????????????
Reptilia berdarah panas.......................................................

Rabu, 24 Februari 2010

Ahli Majlis Rekod Paling Teruk-malaysiakini

Hari ini Pulau Pinang mempunyai Kontraktor Kontraktor yang berjaya dan bermaruah(bukan Baruah) .Kerana mereka berani masuk tender terbuka dan tidak mengunakan tongkat untuk berdiri......
Mereka ini lahir dari jiwa dan muka muka yang bersih dan pandai cerdik, bukan seperti muka muka kontraktor tajaan umno yang gemuk muka sembam sembam macam mahiyideen yasssin.
Kontraktor Kontraktor umno ini perlukan tongkat selama ini untuk mendapatkan tender.......
Tun amat berbangga pada Kontraktor Kontraktor melayu ini,berani dan boleh menang tender walaupun kita tahu ekonomi dipeggang oleh kaum lain sejak dari 50 tahun dahulu.
Statistik menunjukkan tahun lepas saja melayu memenangi peratus tertinggi dapat kan tender cara telus......
Sudah Rizal Faris Pengerusi DPMMPP,Anda telah dilantik untuk jadi Ahli Majlis untuk pada 2008.Apa yang Kamu buat,Rekod kehadiran yang paling teruk yang kamu gondol...Macam mana nak perjuangkan nasib Peniaga melayu.Bila dah tersepit dengan pemilihan jawatan Dpmpp ,barulah kamu nak gunakan Orang melayu diPulau Pinang.
Dulu tak pernah dengar pun DPMPP ambil berat pasai Penjaja melayu,sehingga melayu masih berniaga ditanah tanah haram,lesen pun takde
Tolonglah apa yang kamu mahukan sebenarnya....

Sabtu, 20 Februari 2010

Blogger teramai,Tempat Zahrainlah...-malysiakini

Tahniah kepada Blogger Blogger Dari Bayan Baru pulau Pinang yang paling ramai jadi Blogger sukarelawan,yang lebih menyedap lagi ,bila Boss depa lompat tapi satu Blogger pun yang tak lompat,Tahniah pada semua Blogger Bayan Baru sekali lagi,semoga ramai lagi Blogger akan muncul.....
Blogger dari Bayan Baru

http;//zulmamak.blogspot.com/ Tim Ketua Amk Cabang
http://bloghijat.blogspot.com/ Naib Ketua 1 Amk Cabang
http://kerani-opis.blogspot.com/ Ketua AMK Cabang
http://usopsontoroyo.blogspot.com/ Naib Ketua 2 Amk Cabang
http://sangklibot.blogspot.com/ Ajk Amk Cabang
http://aidilsaloon.blogspot.com/ Ajk Amk Cabang
http://paksupir.blogspot.com/ SetiusahaAmkCabang
http://tunsabanbalek.blogspot.com/ Bendahari Amk Cabang
http://kerissilau.blogspot.com/ Ketua Penerangan Cabang
http://amkbayanbaru.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://n37batumaung.blogspot.com/
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://onenieadvertising.blogspot.com/
http://www.pantaijerejak.com/

Jumaat, 19 Februari 2010

kedai melayu tersergam ditepi jalan-malaysiakini

Patutnya Umno dah settle masalah orang melayu berniaga,dapatkan lesen dan duduk dikedai atau restoran yang hebat,tengok kedai tomyam(thailand)mamak begitu hebat,Tapi melayu 52 tahun memerintah ini jadinya.Semoga Pakatan Rakyat Akan bagi sinar pengharapan untuk peniaga melayu............

Nah orang melayu buat kedai kat teluk kumbar,tak kena runtuh pun




























Malah dan macam kedai,siap naik bata ,macam rumah,yamg kita percaya media BN tu pasai apa,
















tu apa ,Butik lah braderrrr


























kedai basikal kepong habis,tak kena runtuh pun










ni lagi best,jalan besar,boleh taruh
pintu roller lagi.....setakat satu dua kedai kena roboh d MPPP pasai ganggu lalulintas biasalah....bukan tak bagi kedai yang elok...












negeri lain boleh buat macam ni ka...
zaman BN boleh buat ka .Tu yang tindas orang melayu apa lagi.mai duduk Penang, tengok sendiri

Rabu, 17 Februari 2010

Beratus juta dirampas hangattt!!!-malaysiakini


Macam ni lah ,kalau punya banyak ramailah yang akan lompat,bukan setakat melompat mengesot pun takpa....
lepaih tu ,dudok ngan binatang,sebab dah jadi haiwan kah kah kah
berbaik baik ngan singa sebab orang dah tak mau kat hang
Pistol pun boleh gadai kat Ah Rahnu Yapeim alah si nakhaie......
pasang bodyguard kat pusat khidmat bebas
















Selasa, 16 Februari 2010

PANTUN UNTUK ZAHRAIN-MALAYSIAKINI


LETAK JAWATANLAH ZAHRAIN
RAKYAT YANG BAYAR CUKAI
MANA PI HANG PUNYA BRAIN
PETUGAS SAMPAI NAIK POKAI

AMANAT TAK KAU JALANKAN
HANYA MAKAN DUIT HARAM
GAJI PUN KAMI SELESAIKAN
BEZAKANLAH GULA DAN GARAM

3 TAHUN KENA POLITIK WANG
MASUK PKR ADA TUJUAN
BUAT PENGUNDI OTAK BERSAWANG
JALAN SENGET PATUK DITEBUAN

BUKAN RAKYAT DIUTAMAKAN
SEBOK RUMPUT YANG KAU JAGA
MEMANG TAMAK TAK CUKUP MAKAN
AKHIRNYA MAIL KERANG JADI JAGA

KAH KEH KEH KAH!!!1

Ahad, 14 Februari 2010

RM 2 juta bersepah dalam bilik-malaysiakini

Tuan tolong tengok kot kot anak buah tuan kena cekup.........
BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.

Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.

5 isu tanya keluarga anda-malaysiakini


Judul: 5 Isu Untuk DiTanyakan Kepada Keluarga Anda

1. KrisisPerak
5 hakim tidak sewajarnya membuat keputusan untuk 2.5juta rakyat Perak. Barisan Nasional tidak harus takut untuk
membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk menyelesaikan krisis ini



2. Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta Kenaikan Harga Barang
Kebanyakan pekerja sudahpun merana akibat tidak kenaikan gaji serta bonus tahun ini. Keadaan semakin memburuk apabila
cukai Barangan dan Perkhidmatan dikenakan ke atas kita semua. Jika tidak percaya tanyalah ibu dan isteri kamu.



3. Fitnah Ke Atas Anwar
Fakta: Empat doktor telah mengesahkan dalam laporan perubatan tiadanya penetrasi jadi tiada sodomi/liwat
Fakta: Najib Razak and Rosmah met Saiful sebelum melaporkan fitnah itu kepada polis
Anwar mangsa kerakusan pihak pendakwa.



4.1 malaysia-1 Malapetaka

Najib menggunakan khidmat agensi yahudi APCO International dengan bayaran RM 20 juta. Namun hasilnya pegawainya Datuk
Nasir Safar selama 20 tahun menggelar orang bukan Melayu sebagai pendatang, "orang India sebagai pengemis dan orang cina
datang terutamanya wanita sebagai pelacur"

5. Malaysia Boleh: Enjin Jet Lesap, Kapal Selam Tidak Boleh Menyelam

RM 3.4billion dibelanjakan untuk kapal selam scorpene yang tidak boleh menyelam. Manakala enjin jet hilang entah ke mana?


Sabtu, 13 Februari 2010

Pengkhianat baru 4 tahun masuk PKR-malaysiakini



Bermacam cerita pasai Dz ni,Tun tak mau panggil Dato Seri dah ,Tun tarik balik anugerah tu ,kerana terlalu bahlollll.
Dulu simpan saja dalam hati sebab Boss katakan,apa buat semua betoi lah.Tengok bila pengundian bajet dulu pun dia tak ada kat Parlimen, dah tau sikap dia dah berpihak kepada Umno Barisan Nasional.Masa pegang Cabang pun ,caranya memang mengajar kami cara Umno........
Aihk tuihhh najis juga rupanya.....tak dapat jawatan ,dah nak pusing.....memang pejuang haram jadah.....Kawasan pun tak turun,yang nak berjawab kami........Kami kata ada kat Parlimen ,tapi kat parlimen pun takda..... Apa cerita.......
Kalau dah dok hentam jerrr,tak kira Guang Eng ke Dsai ke Yb Malik ke, nampaknya macam dah termakan pujuk BN.......
Dari dulu lagi memang dah tau...Kalau hilang jawatan mesti meloncat punya,,Tu lagi sorang Tat Tet Beng pun sama,dia jangka jadi Timbalan Pegerusi tapi kecewa,Syukurlah banyak yang kita dah nampak perjuangan kebendaan dan jawatan,,,sedangkan jawatan Dato Seri pun dicadangkan sendiri..........Apakan Padang Golf,arrrrr arrrr memang tak syak lagi.......
Banyak juga dia janji pada Amk Bila dah pegang pusat nanti,Ajar cara macam umno...janji Glc ni ,tulah
Ingat ofer gitu ,Amk nak tutup mulut ,ini Anak muda barulah.......
Satu lagi Jeff OOii,nak mengata jaga sikit bukan semua PKR macam tu.....Lu kena tarik balik lu punya ayat.Jangan kurang ajar sangat.
Memang sahih lah yang zahrain ni mau swastakan golf projek tu kat company anak dia. kita kata BN projek juta juta bagi kat company RM 2 ,ni kita pulak nak buat apa cerita.......Pilah zahrain ,bulu roma Tun tak naik pun bila kau letak jawatan,bersyukur panjang lagi ye.
Rakyat pun tahu sekarang n PRi masa buang toksin toksin dalam parti yang merosak dan gugatkan parti.Ini bukan Parti rumah asuhan yang boleh dibelai manja,merajuk sikit nak belah .

blah blah blah le,
Dulang Dulang dapat tanah liat,orang mendulang dapat emas.........
tu yang dia Blah tu.......
perasit duit tak cukup cukup........
Pada pandangan Tun tindakan beberapa pemimpin parti KEADILAN yang meletakkan jawatan didalam parti bahkan yang keluar parti.
Tun langsung tidak risau walaupun sedikit. Jelas Tun nyatakan bahawa puluhan ribu ahli UMNO sudah keluar parti, ada yang masuk PAS dan ada yang masuk KEADILAN.
Sesetengah mereka itu masuk kerana kesedaran, ada sesetengah mereka itu tinggalkan UMNO kerana keciwa tak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Ada diantara mereka itu yang ada pengaruh, dan diterima menjadi pimpinan samada dalam PAS atau KEADILAN.
Dan apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendakki mereka keluar pula dari PAS atau KEADILAN.
Yang paling banyak berhijrah ke parti-parti lain adalah dari UMNO, merekalah yang banyak keluar. Mungkin 1/3 atau lebih dari anggota-anggota KEADILAN adalah dari UMNO, kadang-kadang mereka ini terbawa-bawa dengan budaya yang mereka ambil dari UMNO.
Orang-orang UMNO suka berkomplot, suka fitnah-memfitnah, suka menjatuhkan sesama sendiri, dan perkara ini kadang -kadang terikut-ikut juga dalam KEADILAN.
Tetapi bukan semua mereka dari UMNO itu yang berperangai buruk sedemikian rupa. Lebih ramai yang baik, mereka keluar dari UMNO kerana keinsafan dan kesedaran, mereka tidak suka sifat-sifat buruk didalam UMNO, mereka menyertai KEADILAN dan mereka tidak mahu sifat-sifat buruk itu berlaku didalam KEADILAN.
Mana yang nak keluar dari KEADILAN itu, keluarlah, tak siapa yang nak dan boleh menghalang mereka. Mungkin, mereka tidak dapat apa yang mereka hajatkan dari KEADILAN.
Seperkara yang pasti bahawa didalam KEADILAN tidak ada projek ini dan projek itu, dan jauh sekali kalau nak jadi exco atau menteri, kerana KEADILAN adalah sebuah parti pembangkang diperingkat Persekutuan.
Namun, jika KEADILAN memerintah pun, tak semudah itu projek-projek dan kontrak-kontrak akan diberikan kerana jelas dasar dan dinyatakan didalam manifesto KEADILAN bahawa parti itu menentang kronism, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.
Tun tengok pemerintahan Negeri Selangor tidak ada pemberian projek secara pilih-kasih kepada kroni-kroni. Kontrak-kontrak diberikan secara tender terbuka. Semua orang berpeluang mendapat kontrak termasuk kontraktor-kontraktor dari UMNO dan lain-lain parti. KEADILAN bukan sekadar hanya bercakap tetapi apa yang dicakapkan adalah dikotakan.
Ada orang tidak suka dengan keadaan ini, mereka kata, didalam pemerintahan UMNO hanya ahli-ahli UMNO dan kroni pemimpin-pemimpin saja yang dapat projek dan kontrak, kenapa didalam KEADILAN tidak dibuat begitu?
KEADILAN berjuang untuk keadilan untuk semua, kerajaan KEADILAN adalah kerajaan untuk semua rakyat, dan dengan melakukan keadilan untuk semua, rakyat boleh menilai dan rakyat akan terus menyokong KEADILAN.
Pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri eloklah keluar dari parti supaya perbuatan dan tindakan mereka yang akan menyeleweng itu tidak merosakkan parti.
Orang-orang seperti itu elo0klah berada didalam UMNO dan lain-lain parti didalam BN dan tidak ada faedahnya jika mereka menempel didalam KEADILAN, dan bagi KEADILAN pula tindakan mereka itu bolehlah dianggap sebagai pembersihan parti.
So, Tun tidak risau, bahkan mengalu-alukan supaya mereka keluar dari KEADILAN

Walaikum salam. say no to "salam 2 all"

Jumaat, 5 Februari 2010

Statistik Tender dan Perbezaan gerai roboh P.Pinang-malaysiakini

KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN

Kenyataan Media

Oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan
Dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri Pulau Pinang

Pada Rabu, 3 Februari 2010 Di Komtar, Pulau Pinang

KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN
DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN

Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan
pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa
Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran
penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.
Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis
Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk
menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan
penguatkuasaan.

(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT
Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah
seperti berikut:
Tahun Melayu Cina India Tidak Diketahui
2008 3 2 1 2
2009 4 3 2 4
2010 2 0 0 0

Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung
dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan.
Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di
atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Mereka sudahpun
diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah. Akhirnya operasi
ditangguhkan.
Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit
di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town.
Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha ditawarkan gerai
alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi enggan menerimanya.
Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan.
Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan
dimulakan.

(II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA
Tahun Melayu Cina India Tidak Diketahui
2007 1 0 0 0
2008 0 0 0 0
2009 0 5 2 0

Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu. Lima kes
yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di
mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis.

(III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang
Undang Kecil.

(a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

Tahun Melayu Cina India
2006 84 58 16
2007 65 35 11
2008 132 110 17
2009 152 84 17

Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak melibatkan
perobohan gerai.

(b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat
Tahun Melayu Cina India
2009 23 3 2

(c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)
Tahun Melayu Cina India
2006 106 46 16
2007 106 51 21
2008 50 13 12
2009 38 21 15

Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain lain
barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain lain.
Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada
zaman pemerintahan Barisan Nasional.

(d) Kacau Ganggu - Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam
Tahun Melayu Cina India
2006 3 1 26
2007 3 1 13
2008 4 0 14
2009 6 0 8

(e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974
Tahun Melayu Cina India
2008 1 16 1
2009 9 40 5

(f) Notis Keluar - Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP
Tahun Melayu Cina India
2008 219 103 46
2009 78 52 26

(g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)
Tahun Melayu Cina India Jumlah
2008 785 1,082 196 2,063
2009 815 1,727 247 2,789

Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP telah
mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.
Jenis Lesen Tahun 2008
- Melayu Cina India Jumlah
Pasar 369 1,724 118 2,211
Kompleks 627 741 78 1,446
TPS 422 1,826 104 2,352

Jenis Lesen Tahun 2009
- Melayu Cina India Jumlah
Pasar 391 1,660 119 2,170
Kompleks 464 538 62 1,046
TPS 449 1,843 105 2,397

Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis notis kepada premis yang tidak mematuhi mana
mana Undang Undang dan Undang Undang Kecil.
Tahun 2008 Tahun 2009
Establishment Makanan 1,661 1,325
Tred Perniagaan/Industri 488 566
* Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.

Rumusan
(1) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan dasar untuk
mensasarkan mana mana kaum dalam tindakan penguatkuasaan.
(2) Statistik menunjukkan tindakan penguatkuasaan diambil atas pertimbangan tidak
pematuhan Undang Undang dan Undang Undang Kecil dan BUKAN atas pertimbangan
kaum.
(3) Tidak ada kaum yang menikmati immuniti daripada tindakan penguatkuasaan. Isu
sebenar adalah tidak pematuhan bukan perkauman ( non compliance ). Di seluruh Negeri
Pulau Pinang, ada banyak kes tidak pematuhan yang masih belum ditangani.
(4) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan tidak
benar.
Bilangan kontraktor Bumiputera/Bukan Bumiputera bagi Tahun 2008 dan 2009 adalah seperti
berikut:
Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan
Bumiputera Bagi Tahun 2008

Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2008

Bil.

Kontraktor

Sebut Harga

Tender

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Bumiputera

Bukan Bumiputera

1.

Bekalan

29

5

-

-

2.

Perkhidmatan

26

26

-

1

3.

Kerja

23

4

1

-


Jumlah

78

(69.03%)

35

(30.97%)

1

(50%)

1

(50%)

Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2009

Bil.

Kontraktor

Sebut Harga

Tender

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Bumiputera

Bukan Bumiputera

1.

Bekalan

33

5

8

4

2.

Perkhidmatan

29

2

34

-

3.

Kerja

27

12

3

2


Jumlah

89

(82.4%)

19

(17.6%)

45

(88.23

Rabu, 3 Februari 2010

DAP MENINDAS ORANG MELAYU-MALAYSIAKINI

Seramai lima ahli dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya pada kira-kira 8.30 malam tanggal 31 Januari 2010.

Mereka mengatakan kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP kejam dan zalim bagaikan Israel. Oleh kerana itu, mereka rasa terpanggil untuk mewakili kesemua kaum Melayu untuk bangkit dan bersuara.

Faktor yang menimbulkan kemarahan ini adalah disebabkan oleh perobohan beberapa gerai makanan di tepi laut oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

Pada masa yang sama, Kerajaan Pulau Pinang yang terdiri dari Exco-exco kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan ada mengadakan sessi bersama media.

Timbalan Ketua Menteri 1, YB Mansor Othman, YB Chow Kon Yeow Exco dan Pegawai Daerah Timur Laut menerangkan isu sebenar kepada kesemua! yang hadir termasuk MPPP, PBA, PDC dan ahli media.

TENGOK YOUTUBE KAT ATAS.kEDAI CINA YANG KENA RUNTUH MEDIA TAK CERITA.KAT SG NIBONG SEBELAH SHELL HAMPIR 50 GERAI CINA JUAL BABI DAN ARAK TELAH DIROBOH KEDAINYA.DAN TELAH DIAMBIL TANAH SEMULA OLEH JABATAN AGAMA ISLAM,DULU PUAK UMNO NI KASI SEWA SAMA CINA.......LA NI KITA AMIK, BALIK....

lapan kampung nak, kena roboh -malaysiakini

Wakil penduduk di sebuah penempatan setinggan di Johor Bahru menuntut supaya menteri besar menganjurkan pertemuan bagi menyelesaikan masalah pemindahan hampir 3,000 penduduk di lapan kampung di kawasan tersebut.

Penduduk meminta supaya pertemuan itu juga dihadiri wakil rakyat, unit perancang ekonomi negeri Johor (UPEN, mewakili menteri besar) dan juga Malaysian Resources Berhad (MRCB) yang merupakan pemaju projek pembinaan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

Setakat ini, projek itu masih terhenti di Kampung Belantik, salah sebuah daripada lapan kampung terbabit, kerana penduduk berkenaan masih belum berpindah, kata pengerusi jawatankuasa induk bertindak bagi kawasan setinggan berkenaan, Syed Othman Syed Abdullah.

Turut terjejas ialah penduduk di Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Makmur, Kampung Desa Jaya, Kampung Tengah, Kampung Tok Siak, dan Kampung Bakar Batu dan juga Kampung Hajah Hasnah.

Syed Othman menjelaskan, penduduk berkenaan yang diberi tempoh sebelum 2012 untuk berpindah, kini masih tiada jalan keluar kerana unit rumah pangsa untuk menggantikan rumah setinggan sedia ada, masih belum pun didirikan.

"Jadi kita mahu jaminan daripada kerajaan negeri untuk penduduk ini berpindah ke mana, sebab rumah yang dijanjikan di Stulang Baru itu belum buat lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau juga hari ini menyerahkan memorandum kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman bagi meminta beliau campur tangan dan segera bertemu penduduk.

Syed Othman menjelaskan, isu pampasan kepada penduduk berkenaan juga perlu dijelaskan kerana kenyataan ahli parlimen Pasir Gudang, Datuk Khaled Nordin semalam didakwa mengelirukan.

"Semalam Datuk Khaled Nordin beri kenyataan (seperti dilaporkan media) hanya seramai 1,382 penduduk yang dapat gantirugi sedangkan bancian menunjukkan seramai 2,973 orang penduduk yang layak,” katanya.

Jelasnya, gantirugi berkenaan, yang akan dibayar oleh MRCB, adalah sebagai sagu hati sebanyak RM380 sebulan, selama tiga tahun, sebagai sewa bagi rumah gantian (berjumlah RM13,680).

Menurut memorandum tersebut, MRCB juga akan membayar kepada penduduk berkenaan sebanyak RM2,000 sebagai kos pemindahan.

Ia juga menyebut, penjelasan dari ahli parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Samad dalam majlis taklimat bersama penduduk itu kelmarin, juga mengelirukan kerana meminta penduduk tidak berpindah, sedangkan MRCB terus menekan penduduk supaya berpindah.

Sehubungan itu, pemaju projek penempatan semula tersebut, Tebrau Teguh Sdn Bhd juga diminta memberikan penjelasan kerana perkembangan projek pembinaan itu berjalan dengan sangat "lembab dan perlahan."

Selain itu, memorandum itu berkenaan turut menuntut supaya penduduk terlibat tidak perlu menyewa unit rumah kos sederhana rendah bagi penempatan semula itu, sebaliknya diberikan status hak milik kekal.

Dihubungi petang ini, setiausaha politik menteri besar, Dr Gunawan Mahmood mengesahkan menerima memorandum tersebut daripada sekumpulan penduduk berkenaan pagi ini.

Katanya, tarikh bagi pertemuan seperti yang dituntut wakil berkenaan bagaimanapun belum ditetapkan, namun beliau telah memanjangkan perkara itu kepada UPEN dan juga ahli exco Ahmad Zahari Jamil.

mai dari Putrajaya,jadi pendatang kat melaka-malaysiakini





Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.


Menurutnya lagi, kenyataan Nasir itu juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.

Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

Memang dasar PM dasar perkauman,dah terlepas tembelang apa yang bos dia nak cakap atau depan melayu cakap lain,belakang melayu cakap lain,contoh isu kalimah Allah ,ada negeri boleh pakai ada negeri tak boleh pakai,apa la musibat punya ketua negara.nah sekarang sape mau kaya pi lah ke sabah dan sarawak.macam macam dilaborkan disana,kat semenanjung ilek pocik....kah kah kah satu malaysia

Tun selalu pi Roadwalk kat jalan kulit penang , dari dulu dah tengok,bukan sekadar satu malaysia, macam macam bangsa peniaga yang ada disana.