SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Rabu, 3 Februari 2010

lapan kampung nak, kena roboh -malaysiakini

Wakil penduduk di sebuah penempatan setinggan di Johor Bahru menuntut supaya menteri besar menganjurkan pertemuan bagi menyelesaikan masalah pemindahan hampir 3,000 penduduk di lapan kampung di kawasan tersebut.

Penduduk meminta supaya pertemuan itu juga dihadiri wakil rakyat, unit perancang ekonomi negeri Johor (UPEN, mewakili menteri besar) dan juga Malaysian Resources Berhad (MRCB) yang merupakan pemaju projek pembinaan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

Setakat ini, projek itu masih terhenti di Kampung Belantik, salah sebuah daripada lapan kampung terbabit, kerana penduduk berkenaan masih belum berpindah, kata pengerusi jawatankuasa induk bertindak bagi kawasan setinggan berkenaan, Syed Othman Syed Abdullah.

Turut terjejas ialah penduduk di Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Makmur, Kampung Desa Jaya, Kampung Tengah, Kampung Tok Siak, dan Kampung Bakar Batu dan juga Kampung Hajah Hasnah.

Syed Othman menjelaskan, penduduk berkenaan yang diberi tempoh sebelum 2012 untuk berpindah, kini masih tiada jalan keluar kerana unit rumah pangsa untuk menggantikan rumah setinggan sedia ada, masih belum pun didirikan.

"Jadi kita mahu jaminan daripada kerajaan negeri untuk penduduk ini berpindah ke mana, sebab rumah yang dijanjikan di Stulang Baru itu belum buat lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau juga hari ini menyerahkan memorandum kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman bagi meminta beliau campur tangan dan segera bertemu penduduk.

Syed Othman menjelaskan, isu pampasan kepada penduduk berkenaan juga perlu dijelaskan kerana kenyataan ahli parlimen Pasir Gudang, Datuk Khaled Nordin semalam didakwa mengelirukan.

"Semalam Datuk Khaled Nordin beri kenyataan (seperti dilaporkan media) hanya seramai 1,382 penduduk yang dapat gantirugi sedangkan bancian menunjukkan seramai 2,973 orang penduduk yang layak,” katanya.

Jelasnya, gantirugi berkenaan, yang akan dibayar oleh MRCB, adalah sebagai sagu hati sebanyak RM380 sebulan, selama tiga tahun, sebagai sewa bagi rumah gantian (berjumlah RM13,680).

Menurut memorandum tersebut, MRCB juga akan membayar kepada penduduk berkenaan sebanyak RM2,000 sebagai kos pemindahan.

Ia juga menyebut, penjelasan dari ahli parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Samad dalam majlis taklimat bersama penduduk itu kelmarin, juga mengelirukan kerana meminta penduduk tidak berpindah, sedangkan MRCB terus menekan penduduk supaya berpindah.

Sehubungan itu, pemaju projek penempatan semula tersebut, Tebrau Teguh Sdn Bhd juga diminta memberikan penjelasan kerana perkembangan projek pembinaan itu berjalan dengan sangat "lembab dan perlahan."

Selain itu, memorandum itu berkenaan turut menuntut supaya penduduk terlibat tidak perlu menyewa unit rumah kos sederhana rendah bagi penempatan semula itu, sebaliknya diberikan status hak milik kekal.

Dihubungi petang ini, setiausaha politik menteri besar, Dr Gunawan Mahmood mengesahkan menerima memorandum tersebut daripada sekumpulan penduduk berkenaan pagi ini.

Katanya, tarikh bagi pertemuan seperti yang dituntut wakil berkenaan bagaimanapun belum ditetapkan, namun beliau telah memanjangkan perkara itu kepada UPEN dan juga ahli exco Ahmad Zahari Jamil.

Tiada ulasan: