SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Jumaat, 9 April 2010

Anak kita kat mana-malaysiakini

kegiatan melepak, Santai sambil merokok sudah semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar-pelajar sekolah akhir-akhir ini.
Aktiviti ini sama ada disedari atau tidak, ibu bapa dan guru-guru perlu duduk semeja untuk berbincang kenapa masalah itu semakin tidak terkawal.

Kes lepak dan merokok di kalangan pelajar sekolah mengisi perbincangan pro dan kontra di kalangan warga Keningau, Sabah. Seterusnya membawa kepada usul untuk mendedahkan aktiviti tersebut melalui akhbar.
Bertindak daripada aduan, AMKNPP telah melakukan intipan beberapa hari di beberapa kawasan strategi, dan mendapati dakwaan itu benar-benar berlaku.
  1. “Bosan di rumah,” itulah jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah, ketika diajukan soalan.
  2. Sambil merokok dan bergurau senda dengan rakan-rakan lepak, pelajar itu mendakwa mereka kehilangan hala tuju apabila ibu bapa gagal menunaikan permintaan mereka untuk mendapatkan sesuatu, seperti telefon bimbit dan pakaian.
  3. “Ibu bapa kami sentiasa menyogokkan jawapan tidak ada duit … ini yang membosankan,” jelas pelajar-pelajar ini dan menambah, mereka melepak sekadar untuk menghilangkan tekanan keluarga.
  • Intipan yang dibuat mendapati, kebanyakan pelajar yang terlibat melakukan aktiviti itu selepas waktu sekolah, atau mereka yang ponteng sekolah.
  • Satu kes yang berasingan dalam kumpulan gadis-gadis remaja, mereka mendakwa terpaksa melepak untuk mencari peluang daripada kalangan rakan-rakan lelaki atau orang awam yang sanggup menunaikan permintaan mereka. “Pok makan, bos,” inilah jawapan yang mereka berikan kepada wartawan.
  • Kajian mendapati berpuluh gadis remaja yang tersungkur dan terpaksa mengakui hakikat dijadikan ‘perempuan simpanan’, di kalangan tertentu semata-mata untuk mengejar kemewahan.
  • Terdapat pelajar turut terlibat dalam kes-kes seumpama, dan kajian mendapati kebanyakannya berasal daripada keluarga miskin.
  • “Kemiskinan mendorong kami untuk melakukan semua ini,” jelas seorang pelajar yang kini sebagai perempuan simpanan kepada seorang lelaki yang tidak dinamakan.
  • Orang ramai yang turut diminta pendapat mencadangkan, sekolah perlu melalui proses penjenamaan semula dalam usaha memartabatkan gedung ilmu itu, bukan sekadar melahirkan pelajar berilmu tetapi pelajar bermoral tinggi

Tiada ulasan: