SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Khamis, 8 April 2010

Z dan Z pi ikut Najib ke USA-malaysiakini

DUA BEKAS AHLI PARLIMEN PKR SERTAI NAJIB KE AMERIKA SYARIKAT


MP Bayan Baru - Zahrain Hasim

Dua MP Bebas, Datuk Seri Zahrain dan Zulkifli Nordin menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat, demikian laporan portal Malaysian Insider. Kedua-dua bekas MP dari PKR itu akan menghadiri Malaysia-United States Caucus yang akan dilancar Najib di Washington pada Rabu depan.

Difahamkan, rombongan yang sepatutnya akan disertai beberapa MP daripada BN itu telah menerima arahan daripada Perdana Menteri supaya tidak sertai rombongannya. Maklumat itu disahkan Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi MP. Menurutnya, senarai rombongan MP dari BN telah disediakan, namun Najib berubah fikiran dan meminta MP kerajaan hadir dalam Dewan Parlimen yang sedang bersidang sekarang mempastikan semua bil kerajaan mendapat sokongan.

Najib dikatakan tidak ingin peristiwa hampir tewas ketika pembentangan Budget 2010 pada Disember lepas akan berulang. Dalam Dewan Rakyat, BN mempunyai majoriti tipis dengan jumlah 137 MP berbanding 78 MP dari Pakatan Rakyat. Malah pemimpin veteran seperti Tun Abdullah Badawi dan Datuk Paduka Rafidah Aziz juga diminta menghadiri sidang parlimen.

"Yang pasti Datuk Seri Rais ada dalam trip itu" jelas Datuk Wan Junaidi lagi.

Selain itu seorang lagi MP Wangsa Maju Wee Ka Siong daripada PKR telahpun berlepas awal bersama rombongan yang diketuai Datuk Seri Nazri Aziz.

Najib yang akan berada di Amerika Syarikat selama seminggu juga dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Barrack Obama.

1 ulasan:

merbok berkata...

wah wah zullllll... bukan main hang no.. ikut P***M** pi jalan-jalan. boleh laa pi disneyland sekali.. pi la jalan puaih2.. hang balik kulim siap la hang muka hang aku ludah!