SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Rabu, 26 Mei 2010

Perang!perang! KJ jadi ackar-malaysiakini

KJ SUDAH MASUK WATANIAH, ANDA BILA LAGI????



KJ SUDAH MASUK WATANIAH, ANDA BILA LAGI????

1. Macam tidak percaya tapi itulah hakikatnya apabila saya menyaksikan sendiri Ahli Parlimen Rembau dan juga Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin (KJ) mengetuai kawad selepas tamat latihan sebagai askar dalam Wataniah.

2. Saya memang selalu menghadirkan diri dalam majlis-majlis anjuran tentera, hari ini saya pelik apabila melihat mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pun datang dengan isterinya, malah "orang rumah" KJ pun datang.

3. Habis gemparlah Kem Wataniah Rasah untuk Rejimen 508 Askar Wataniah itu dengan segala VIP macam Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan...dan....Jason Lo pun ada. Jason ni penyanyi lagu "Evening News", emmm apa kena mengena Jason ini dengan KJ atau isteri dia yang ada kaitan dengan KJ atau keluarga Pak Lah.

4. Agak kurus dan rentung KJ tetapi saya akui lah walaupun saya bukan penyokong beliau, tetapi secara ikhlas saya fikir langkah beliau menyertai Wataniah ini merupakan satu perkara yang sangat baik malah beliau sendiri segak dan berkarisma sebagai seorang tentera.

5.Oleh kerana kawan wartawan mengenali saya sebagai blogger, maka saya dijemput sama untuk menyertai sidang media bersama KJ, jadi marilah kita ikuti temubual saya dengan KJ dan apa KJ cakap pasal Askar Wataniah :

SHAHPASKAL : INI PASAI APA SAUDARA KJ MASUK WATANIAH NI?

KJ : 6210405 itu identiti saya selama satu bulan, di Rejimen 508 Wataniah di mana apabila kita masuk dalam rejimen ini, kita tinggal segala gelaran, pangkat di luar pagar

KJ : Di sini tidak ada siapa panggil saya yang berhormat atau YB, saya tidak diberi apa apa keistimewaan, saya dianggap sebagai perajurit biasa dan seperti mana, yang disebut oleh Menteri Besar tadi, daripada saya hanya menerima pangkat kehormat, sedangkan saya masih lagi muda, ada sedikit stamina, baik saya sertai terus Askar Wataniah.

KJ : Memamg betul saya ditawar pangkat kehormat (pangkat tanpa latihanlah), mejar ke, kolonel ke, tetapi bagi saya kalau nak pakai uniform itu, terutama sebagai orang yang masih muda kita kena lalui daripada bawah. Jadi dalam askar ini dia tidak ada jalan pintas, dia kena mula dari bawah.

KJ : "I was a normal rekrut like any other rekrut dan saya tidur dengan dia orang, saya masak dengan dia orang, saya makan dengan dia orang, saya mandi dengan dia orang, semualah kita buat sama,".

KJ : Sebab saya hendak tunjuk askar Wataniah ini satu program yang bagus yang perlu dapat sokongan dan penglibatan daripada generasi muda di Malaysia. Kkita tidak ada kerahan tenaga seperti negara negara lain, kita ada PLKN tetapi PLKN dia lebih kepada satu latihan yang boleh dikatakan ringan. Walaupun PLKN tiga bulan dan Askar Wataniah ini satu bulan, askar ini, saya belajar satu benda.

KJ : A.S.K.A.R maknanya Azab Seksa Kau akan Rasa.

SHAHPASKAL : APA YANG SAUDARA KJ BELAJAQ DALAM WATANIAH, DIA ADA BAGI KFC KE DALAM HUTAN
KJ : So saudara-saudara tengok saya dulu dan hari ini memang saya dah rentung, dah kurus, inilah buktinya, kenapa saya buat ini selain untuk berkhidmat untuk negara selain. Saya hendak tunjuk pada generasi muda yang saya sebagai Ketua Pemuda Umno boleh masuk Wataniah, kerana kita hendak anak-anak muda buat sesuatu kita sendiri kena buat walaupun sebulan, azab seksa walaupun kalau budak2 kena kawad tengah malam, ada satu malam tu kita kawad sampai tengah malam.

KJ : Kita kena tukar baju 7-8 kali, sebab dendalah ada kelakuan yang salah, atau pun kena buat pumping, 10,20, 30 kali kita buat juga barulah anak-anak muda kata ok, bila ada pemimpin kata buat sesuatu, dia pun buat, maksudnya kita kena buat juga, We must lead from the front.

KJ : Jadi saya amat berterima kasih kepada pasukan simpanan yang telah membenarkan saya buat benda-benda ini, never member of parliamant buat ini daripada rekrut, Insya Allah saya akan teruskan latihan dengan pasukan simpanan.

KJ : Latihan ini bukan untuk semua orang, yang mana kalau tidak ada kesihatan yang baik, atau pun keinginan yang bersungguh, dia dalam minggu pertama dia akan keluar, dalam skuad saya daripada 87 orang saya rasa tidak kurang dari 10 orang keluar pada hari kedua

KJ : Kalau saya nak paksa saya rasa susah untuk semua anggota pemuda Umno tetapi saya akan minta dari bahagian pasukan simpanan tentera darat Malaysia, sejauh mana saya boleh bawa mereka dalam Pemuda Umno atau Pemuda Barisan Nasional yang ada semangat serta ketahanan mental yang tinggi untuk masuk dalam Wataniah.

SHAHPASKAL : INI ADA UDANG BALIK MEE KAH, MUNGKIN SAUDARA NAK JADIKAN WATANIAH INI PLATFORM POLITIK ?

KJ : Pada masa yang sama saya amat peka, bahawa we dont to politicize the army, army is army, politics is politics, tetapi pasal simpanan maka saya sebagai pemimpin politik pemuda saya boleh galakkan Pemuda Umno dan Pemuda Barisan Nasional untuk turut serta.

KJ : Dalam skuad saya, ada rekrut seramai 87 orang, 85 orang Melayu, 2 orang bukan Melayu dan dua itu adalah India jadi saya betul betul harap mungkin kalau saya ada sedikit pengaruh saya boleh promote dan war-warkan peluang askar Wataniah ini kepada masyarakat terutama kepada kaum Cina dan kaum India because satu benda yang saya belajar hidup dalam kem ini, it doesnt matter, tak kesah sama ada malay, chinese, India pasal bila kita kawad kita kena kerjasama dalam kumpulan.

KJ : When we serve the county dan ingat dalam kepala ini satu hari nanti kalau dikerah dalam perang, when u have to defend your freind dari kena bunuh, x kesahlah Melayu, India, Cina ke kena pertahankan negara so bila kita duduk dalam kem satu bulan buat semua sekali, kita ada buddy, bila kita keluar masuk hutan ke, kita ada buddy, my buddy is one of the Indian guy, Rajah, dan dia umur 19 tahun dan saya 34 tahun we have nothing in common tapi we became a very good freind.

SHAHPASKAL : TAK NAK AJAK PAS, PKR DAN DAP JOIN WATANIAH KAH?

KJ : Kalau pemuda PAS nak masuk, kalau pemuda DAP nak masuk go ahead, saya tidak halang. Saya galakkan Ketua Pemuda Keadilan, Ketua Pemuda PAS, Ketua Pemuda DAP masuk rekrut, bawa kawan kawan masuk sekali pasal askar ini tidak tengok pada kesungguhan politik, dia tengok pada kebolehan kita.

3 ulasan:

azmie berkata...

pangkat kehormat wataniah tu kj ingat mcm pangkat yg dlm army betoi ka? toksah buat lawak la kj

Cu tuk Merah berkata...

salam,
Putera raja England dah buat kerja macam ni...ni kira nak cari pembahruan la untuk pemuda umno...atau pun untuk penampilan diri...penampilan baru ketua pemuda...dari yang dulu lembik,kini betul betul keras!aaarr

Tanpa Nama berkata...

to azmie,ni bukan lawak bro..........pangkat kehormat tu p kedai beli pakai kat bju..yang k.j buat ni bermula dri bwah baru tak jadi kaduk naik junjung..pangkat dia sama ngok cuma cara dapat tak sama.

to cu tuk merah.......tu putera england kita tak tau samada p dok saje je,ni k.j susah senang aku tgk dan rasa sama2...6210996/1115884 ha tu no aku 2 kali p rekrut saje nak rasa rekrut wataniah sedang kan aku dah rasa rekrut regular....ternyata tak de ape yang membezakanya cuma masa yang tak sama..aku bkn orang politik aku cuma org biasa,cuma aku respect kt k.j walaupun dia tak kenal aku pun..kepada yang bermulut keparat AKU ANAK MELAYU CABAR TUNJUKAN KELAKIAN KORANG TUNJUK MANA SEMANGAT CINTAKAN NEGARA>