Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar
Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.
Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.
Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.
Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.
Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.
"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.
"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.
Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.
Tulisan dalam kotak biru " Orang Melayu Gadaikan Maruah Agama Pada Kafir"
"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.
Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini. - Mkini
Note: Kah..kah..kah..kah.. Kantoi lagi... Hamba kagum dengan kerajinan siapa yang mengedit gambar lim guan eng ni.. Yang lawaknya terserlah pula kebodohan orang yang menyebarkan risalah ni.. Kah..kah..kah..kah.. Mungkin orang PAS kot yang mengedarkan risalah ni.. Kah..kah..kah..kah..
Note: Yang jahatnya risalah ini meniupkan api perkauman.. cuba besarkan dan lihat betul-betul apa yang dia tulis disebelah gambar Lim Guan Eng berkopiah tu? " Orang Melayu Gadaikan Maruah Agama Pada Kafir"
Note: Kah..kah..kah..kah.. Yang rasa lawaknya baru hari ni aku dengar ada "agama melayu.." Kah..kah..kah..kah..
Note: Kah..kah..kah..kah.. baru aku tahu pakai kopiah tu rupanya gadai maruah agama kepada kafir.. di Indonesia ramai kristian pakai kopiah.. mesti orang indoh dah gadai maruah agama indon pada kafir... kah..kah..kah..kah... di negara arab ramai yahudi pakai kopiah.. mesti orang arab ni dah gadai maruah agama dia pada kafir.. kah..kah..kah..kah.. di negara Israel ramai kafir yahudi pakai kopiah.. mesti kapir yahudi ni dah gadaikan agama dia pada kafir.. Kah..kah..kah..kah.. di negeri cina ramai cina pakai kopiah.. mesti cina ni dah gadaikan maruah agamanya pada kafir.. Kah..kah..kah..kah.. bodoh memantul...!!!!
Note: Yang paling menghairankan Melayu ni senyap dan tak marah pun bila pelakon porno MCA (cua soi lek) terang-terang memperlekeh dan menghina islam dengan perkataan dan niat. Ye la kan... Melayu ni tak marah mungkin sebab pelakon porno tu hina agama islam tapi bukan hina agama melayu... Kah..kah..kah..kah...
SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!
Jumaat, 11 Februari 2011
Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar-malaysiakini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan