SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Jumaat, 18 Februari 2011

Saman Ekor ,kroni yang kaya-malaysiakini




Saman ekor: Syarikat proksi rompak duit rakyat

GOMBAK, : Pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor (KASE – Kempen Anti Saman Ekor) Pakatan Rakyat dengan rasminya bermula dan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa KASE, Datuk Mahfuz Omar di Dewan MuhibbahTaman Bolton, Batu Caves, malam tadi.

Majlis yang bermula pada jam 9 malam itu turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.Kempen penerangan tentang saman ekor ini bertujuan membela mangsa saman dan menyedarkan tentang hak-hak mereka mengikut undang-undang.

Menurut Mahfuz, pesalah saman ekor kini berjumlah 4 juta orang yang membabitkan 15 juta saman.Pesalah juga, katanya tidak tahu mereka sebenarnya menerima notis bukan saman.Saman yang sebenar dikeluarkan apabila pesalah tidak membayar jumlah tersebut dan dihadapkan ke mahkamah.Tambahnya, selepas perbicaraan, mahkamah akan memutuskan seseorang itu bersalah dan mesti membayar saman.

Namun, ujarnya selepas pindaan yang akan dibuat nanti pesalah akan diberi notis dan saman sekaligus.“PR pada dasarnya bersetuju saman yang dikeluarkan kepada pesalah trafik, yang bertujuan mendidik agar mereka lebih berdisiplin di jalan raya bagi mengurangkan berlakunya kemalangan. Tetapi pada masa yang sama PR mahu biarlah hukuman yang dikenakan itu tidak menganiaya rakyat,” ujar Mahfuz.Menurutnya, ada tiga perkara yang menjadi kebimbangan PR dalam isu saman ekor iaitu pindaan akta JPJ baru-baru ini tidak menyentuh langkah-langkah untuk mengatasi kemalangan maut, padahal perkara itulah yang patut ditekankan.

Keduanya, kata beliau rakyat dianiaya kerana

Tiada ulasan: