SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Selasa, 8 Mac 2011

Apa nak jadi,kenapa rakyat membisu-malaysiakini


Perjanjian Malaysia Singapura?

Pastinya ramai yang mengetahui yang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib baru-baru ini telah mengadakan pertemuan 4 mata dengan Perdana Menteri Singapura. Apabila ada perjumpaan akan ada usaha menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam pada masa yang sama mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Itu secara umumnya. Terbaru, perjanjian Malaysia Singapura telah berjaya dimeterai iaitu……………

Ini salah satu kandungan daripada salah satu perjanjian terbaru Malaysia Singapura.SELEPAS hampir 20 tahun dipertikaikan, Singapura dan Malaysia akhirnya mencapai kata sepakat bersejarah untuk menghuraikan isu-isu tertunggak dalam Butiran Perjanjian (POA) melibatkan tanah Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB).” Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP. Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura”Singapura dan Malaysia juga bersetuju membangunkan secara bersama tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga lagi di Bukit Timah milik KTMB.Okey ada beberapa persoalan disebalik perjanjian terbaru Malaysia Singapura ini :Boleh saya tahu apa yang Malaysia dapat faedahnya daripada perjanjian terbaru Malaysia Singapura ini? Pihak manakah yang mendapat “durian runtuh” sebenarnya? Kenapa perkhidmatan KTM ke Singapura, iaitu laluan KTM hanya berakhir di Woodland sahaja sedangkan stesen di Johor Bahru hanya sejengkal sahaja jarak perjalanan dengan Woodland? What’s the point?

Sekurang-kurangnya Tanjung Pagar sudah dekat dengan CBD (Johor Bahru Central Business District) Contoh paling mudah. Anda (Pak Mat bukan nama sebenar) ada memiliki tanah sekarang ini, adakah anda mahu menjual tanah dalam keadaan ekonomi Pak Mat di kedudukan yang cukup selesa? Sebegitu mudah ker Pak Mat mahu menjualnya? Sedangkan harga tanah sekarang ini semakin melambung tinggi? Biasanya yang nak jual tanah ini, sebab apa? Ya…wang boleh diperolehi, kedaulatan negara walaupun hanya tanah KTMB sekalipun? Kenapa hal-hal sebesar ini apabila ingin memeteraikan perjanjian Malaysia Singapura terutamanya melibatkan tanah negara dan hak negara tidak dibincangkan di parlimen? Mengapa kerajaan Malaysia begitu mudah menurunkan tol SECOND LINK sedangkan tol-tol di Malaysia semakin meningkat? Nak tanya sikitla….kepada wahai pemimpin-pemimpinku di Malaysia, kenapa Malaysia terlalu bergantung kepada Singapura dalam Pembangunan Iskandar Malaysia? Ada yang mengatakan bagus perjanjian Malaysia Singapura kali ini. Contohnya : penumpang KTMB semakin berkurang, kos penyelenggeraan laluan keretapi semakin melambung tinggi? Lebih baik kita berikan kepada Singapura daripada menggunakan duit rakyat jikalau 6 bulan keretapi tidak dapat beroperasi. Kalau disingkap perjalanan perjanjian Malaysia Singapura ternyata memang rumit. Realitinya Singapura tidak akan bertindak jika keuntungan besar berbalik kepada mereka. Lihat sahaja contoh paling mudah dalam perjanjian air Malaysia Singapura sebelum ini.Itu belum masuk lagi, Malaysia telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands yang mana pernah berlaku dahulu di mana pengkalan TLDM di Singapura telah tergadai dek kerana Singapura bertindak menaikkan cukai tanah pada kadar yang tak munasabah. Terbaru kerugian bernilai RM320 billion (Isu Limbang)

Tiada ulasan: