Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.
Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.
“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.
“Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang ‘kuat agama’ terpedaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - Utusan
APA KATA ABIM
Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) mengingatkan tentang kesalahan Qazaf dalam sistem perundangan Islam yang menanti pembuat "dakwaan liar'' di luar prosiding perundangan tanpa saksi mencukupi.
Presiden ABIM Dr Muhamad Razak Idris berkata, hal itu selari prinsip utama Maqasid Syariah atau tujuan Undang-undang Islam bagi untuk melindungi maruah individu dan memelihara hubungan antara manusia.
"Dalam hal ini, ABIM memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping ikrar daripada individu yang dituduh," katanya.
Mengulas pananyangan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas pemimpin ABIM, Dr Muhamad Razak berkata, kegagalan memenuhi prasyarat yang ditetapkan akan meletakkan pihak yang terlibat dalam hukuman jenayah Qazaf.
Ia juga turut menafikan haknya sebagai saksi di masa-masa akan datang, tambah Dr Muhamad Razak.
Dalam konteks perundangan negara yang unik pula, tambahnya, mangsa tuduhan berhak mendapat perbicaraan dan membela dirinya sama ada melalui perundangan sivil atau erbicaraan Mahkamah Syariah.
"Justeru, ABIM menggesa agar semua pihak menghormati segala ketetapan syariah yang telah digariskan oleh Syariah untuk kebaikan bersama," katanya.
"ABIM juga meminta sebarang perbincangan serta perbicaraan kes hanya dilakukan oleh autoriti-autoriti yang berkenaan menerusi perundangan yang telah ditetapkan di samping mengelak untuk membicarakannya secara meluas tanpa dilandasi sebarang etika."
Note: Kah..kah..kah..kah.. Macam ni boleh jadi peguam.. kah..kah..kah..kah.. macam ni konon berlagak warak... kah..kah..kah..kah.. aku ingat mamat zol ni dah terencat akal la.. Maklumlah PRU dah hampir ni. Kalau tak nampak sungguh-sungguh cuba menjatuhkan Anwar takut najib tak nak pakai dia untuk dicalonkan menjadi MP umno.. kah..kah..kah..kah.. apa nak dikata jadi peguam pun bodoh klau tak dapat jadi MP takkan nak jual ponggong yang bisul tu kat belakang bus stand... kah..kah..kah..kah..
SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!
Rabu, 23 Mac 2011
ZOL NORDIN TENGOK VIDEO LUCAH ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan