Demo bantah DNA, Ketua AMK Pulau Pinang ditahan polis
NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali dan timbalannya yang dikenali sebagai Haji Wan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Jawi di sini, petang ini.
Mereka ditahan jam 6 petang dan disoal siasat selepas mengadakan demontrasi membantah mana-mana pihak mengenakan tekanan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA kepada mahkamah.
Demontrasi penyokong anwar yang dihalau pihak polis selepas dua minit bermula.
“Ketua Polis Daerah memberi masa dua minit untuk bersurai dan kami akur. Sebaliknya, mereka meminta kad pengenalan Amir dan Haji Wan sebelum dibawa ke balai polis,” kata Zulfadli Md Noordin kepada KeadilanDaily.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Cabang Bayan Baru, berkata demontrasi itu disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.
Rakyat Pulau Pinang bangkit mempertahankan Anwar dari manipulasi bukti mahkamah
Ironinya, satu demontrasi yang disertai badan bukan kerajaan (NGO mesra Barisan Nasional, antaranya Perkasa dan Gaps di depan ibu pejabat KEADILAN, baru-baru ini pula tidak ‘disentuh’ polis.
Undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti. - HD
Demontrasi puak umno yang tiada seorang polis pun yang berani ganggu.
Note: Pro umno buat demo ok jer.. bila pro PR buat demo kena tangkap pula.. Kah..kah..kah..kah.. Ni negara apa ni? Beginikah namanya demokrasi? Bukankah ini dinamakan kuku besi? ke rosmah gergasi? kah..kah..kah..kah.
SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!
Khamis, 17 Mac 2011
DEMO MINTA DNA OK DEMO BANTAH DNA KO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan