SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.

SUDAH KAMU CACATKAN RAJA RAJA ,HARI INI KAMU NAK GUNA RAJA RAJA DEMI POLTIK UMCO.
MARI ANAK MUDA KITA TENGOK ,KITA KAJI SIAPA PENGKHIANAT RAJA MELAYU
http://www.youtube.com/watch?v=fwxAwEONiaQ&feature=player_embedded#!

Jumaat, 17 Jun 2011

KINI AKU PERCAYA YANG 'TOYOL' ITU MEMANG WUJUD



Pengarah Ditamas: Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM

SHAH ALAM, 16 Jun – Saksi utama kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo hari ini mendakwa bekas menteri Besar itu telah menggesa beliau agar berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak melibatkannya.

Dalam keterangannya, Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni berkata Dr Khir (gambar) ada meminta agar tidak melibatkan beliau ketika memberikan keterangan kepada SPRM dua tahun lalu.

“Banyak kali, saya dijanjikan bahawa kes ini akan diselesaikan dan beliau (Dr Khir) dan saya tidak akan didakwa,” kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

“Apabila saya pergi ke SPRM, saya percaya saya cuma (jadi) seorang saksi... apabila SPRM datang dengan kertas tuduhan di mahkamah, Datuk Seri Khir Toyo memberitahu saya ‘jangan risau Shamsuddin. Kita boleh selesaikan ini’,” kata beliau.

Shamsuddin dalam suara tersekat-sekat memberitahu, dia tidak mahu mengaibkan sesiapa sebelum Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mencelah dan memberitahu bahawa “ini bukan forum untuk memberi ucapan.”

“Saya dituduh dan saya tidak tahu mengapa saya didakwa,” kata ahli perniagaan berusia 55 tahun itu.

Shamsuddin yang berkata, dia digesa oleh Dr Khir agar tidak mengaitkan beliau.

Semalam, Shamsuddin yang berkata dia telah diminta memaklumkan SPRM pada 2009 bahawa dia menjual rumah agamnya dan dua bidang tanah di Seksyen 7 di sini untuk menampung kerugian dialami, hari ini berkata itu tidak benar.

Ahli perniagaan itu berkata dia memaklumkan SPRM bahawa dia telah melantik seorang artis landskap Nasir Ismail untuk mengubah suai rumahnya, tetapi semalam menekankan bahawa individu itu sebenarnya dilantik oleh Dr Khir.

Kata Shamsuddin, dia tidak memberitahu SPRM bahawa dia menjual hartanahnya kepada seorang, yang menerajui negeri paling kaya selama lapan tahun, di bawah harga pasaran.

Peguam Dr Khir, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, “adakah anda bersetuju bahawa anda telah memberi satu kenyataan palsu (kepada SPRM pada 2009) yang merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM?”

“Kenyataan ini adalah kerana tekanan daripada Datuk Seri Khir Toyo,” jawab Shamsuddin, sambil menambah SPRM tidak memaksanya memberikan kenyataan palsu. - tmi

Note: Kah kah kah kah.. dah tersungkur baru dapat tahu lobang dia.. kah kah kah kah.. baru kita tahu rupanya toyol boleh ditangkap.. kah kah kah kah.. ini toyol internasional.. tak main curi sekupang dua.. kah kah kah kah.. ni toyol curi RM juta-juta punya.. kah kah kah kah..

1 ulasan:

seksyen 7 berkata...

mampus laa kau khir toyo.. aku tak halalkan duit cukai pintu yg aku bayar tetiap tahun kalau kau guna duit tu untuk tujuan peribadi.. kalau bersalah, walaupun cuma 2 tahun penjara.. aku harap kau akan jadi gila duduk dalam jel. biar padan muka kau.. tak beramanah punya malaon.. tak ingat dosa pahala.. kau main langgar je masa kau ada kuasa!! kau tak ingat Allah ke masa kau suruh mamat tu berbohong dgn SPRM??

baik kau main judi loteri je, sekurang-kurangnya kau berdosa dgn Allah je.. ini, kau amal rasuah, melibatkan org lain. apa punya bongok laa.