LONDON: Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.
Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran.
Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.
Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.
“Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif,” katanya.
Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah.
Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin.
Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama “indah” dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa “kekuatan sangat bertamadun.” Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah “buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul.” Adik ipar Blair, Lauren Booth, memeluk Islam pada September tahun lalu dan membuat pengumuman terbuka mengenainya kira-kira sebulan kemudian. - DM
Note: Orang UMNO mengamuk kalau ada ahli DAP baca ayat Al-quran.. kih kih kih kih.. sebab mereka sendiri pun tak baca al-quran tiba-tiba ahli DAP pulak yang lebih pandai.. Kah kah kah kah
1 ulasan:
hah! perkasa, pekida .. tony blair hina islam tunggu kepala bapak apa lagi?? protes laa.
Catat Ulasan